Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ter-


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dengan imbuhan kata kerja pasif di-, ber-, ter-, ke-…-an, ter-…-kan, dan ter-…-i. Contoh: 1.Lelaki itu kemalangan. 2.Kelazatan makanan itu tak terkatakan. Bagaimana kita nak tukar jadi ayat aktif. Boleh kongsi jawapan.1. Kemalangan menimpa lelaki itu. 2. Makanan itu kelazatan tidak terkata.Tatabahasa29.04.2013
Mona terpukau dengan barangan yang dijual itu. munsyi, adakah terpukau oleh lebigh sesuai kerana banyak buku yang mengatakan bahawa ter~ + oleh , tetapi ada pula buku mengatakan ter~ + oleh atau ter~ + dengan adalah sama. Ini memang menimbulkan kesulitan untuk memastikan kebenaran. TKFrasa "terpukau oleh" dan "terpukau dengan" kedua-duanya membawa maksud yang sama.Tatabahasa16.04.2012
Salam 1 Malaysia, saya sudah merujuk tatabahasa dewan seperti yang disarankan oleh pihak tuan, tetapi kemusykilan saya ialah 'ter' yang dinyatakan dalam contoh hanya merujuk kepada 'ter' yang bergabung dengan kata dasarnya kata adjektif sahaja yang tidak boleh menerima kata penguat darjah penghabisan (ter-, paling dan sekali) contonya * tercantik sekali, *paling pandai sekali. Pandai dan cantik memang kata adjektif namun perkataan 'nama' (Kata Nama), 'desak'(Kata Kerja), yang bergabung dengan imbuhan 'ter-' menjadi 'ternama' dan 'terdesak' tidak dijelaskan berhubung dengan hukum penggunaannya. Persoalannya, adakah 'ter' dalam kes ini berfungsi sebagai imbuhan dan bukannya kata penguat dan peranannya hanya menukar golongan kata nama (nama) menjadi kata adjektif (ternama) dan kata kerja (desak) menjadi kata adjektif (terdesak). Jika ini berlaku, maksudnya, 'ternama' dan 'terdesak' boleh menerima kata penguat paling dan sekali contohnya 'paling ternama' dan 'terdesak sekali'. Saya bertanyakan soalan ini kerana saya perlu menjelaskannya kepada pelajar saya. Terima kasih.Lihat semula buku Tatabahasa Dewan, halaman 170, di bawah tajuk Awalan teR-. Jelas dinyatakan dalam halaman berkenaan ternama dan terdesak hasil gabungan awalan teR- dan kata nama/kata kerja, dan bukannya darjah penghabisan seperti tercantik. Lihat juga halaman 244 dan bezakan fungsi kedua-dua kata tersebut.Tatabahasa30.01.2013
saya keliru dengan penggunaan perkataan 'ter'. apekah fungsi dalam penggunaan bahasa. contoh kedai kereta terpakai.setahu saya 'ter' untuk perbuatan tidak sengaja. terima kasih.Imbuhan teR juga memberi pengertian dalam keadaan tersedia. Dalam hal ini "terpakai" bermaksud "sedia dipakai". Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 175.Tatabahasa23.03.2010
salam sejahtera, saya ada kemusykilan tentang imbuhan 'ter' yang dikatakan hanya bergabung dengan kata adjektif, contohnya 'tercantik ' tidak boleh hadir bersama-sama kata penguat paling dan sekali. Persoalannya, bagaimana dengan imbuhan 'ter' yang bergabung dengan kata nama contohnya 'ternama' dan yang bergabung dengan kata kerja contohnya 'terdesak'. Bolehkah perkataan-perkataan tersebut menerima kata penguat paling dan sekali. Sekian, terima kasih.Ada dua isu yang berbeza dalam hal ini. Pertama, awalan teR- boleh bergabung dengan kata kerja (terduduk) dan kata nama (ternama). Dan kedua ter + kata adjektif bagi mengungkapkan darjah penghabisan tidak termasuk dalam awalan teR-. Penggunaan kata adjektif yang betul ialah ter + kata adjektif (tercantik), kata adjektif + sekali (cantik sekali) dan amat/sangat/sungguh + kata adjektif + sekali (amat cantik sekali). Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 170 dan 244.Tatabahasa29.01.2013
Adakah imbuhan ter- yang membawa makna keupayaan tidak boleh dipasifkan? contoh: Saya terangkat beg yang berat itu. Beg yang berat itu terangkat oleh saya. Sekian, terima kasih.Ada dua rumus yang perlu kita teliti dalam kes ini. Pertama Awalan teR- yang membawa pengertian keupayaan (Tatabahasa Dewan, halaman 175), namun dalam ayat contoh yang diberi tidak ada awalan teR- dengan kata ganti nama diri pertama. Rujuk pula halaman 490: Ayat pasif dengan kata kerja pasif ter-, kata sendi nama oleh tidak boleh digugurkan, walau bagaimanapun dalam ayat contoh yang diberi tidak ada kata kerja pasif ter- dengan kata ganti nama diri pertama; dan pada halaman 491 diterangkan Ayat Pasid Kata Ganti Nama Diri Pertama, kata ganti nama diri diletakkan di hadapan kata kerja dasar. Hal ini berlaku demikian kerana kata ganti nama diri orang pertama tidak boleh menerima kata kerja dengan imbuhan pasif di-. Berdasarkan ketiga-tiga rumus tersebut penggunaan ayat pasif diri orang pertama yang gramatis (berdasarkan konteks yang diperlukan) ialah Beg yang berat itu telah saya angkat. Untuk maklumat lanjut, rujuk tajuk-tajuk yang berkaitan seperti pada halaman yang diberi dalam buku Tatabahasa Dewan.Tatabahasa30.09.2011
sila beri nota tentang imbuhan ter dan maknanyaAwalan teR- boleh digabungkan dengan kata kerja transitif atau tak transitif, dan boleh digabungkan dengan kata kerja aktif atau pasif. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 170.Tatabahasa20.11.2010
apakah perbezaan diantara imbuhan apitan ter-..-kan dengan imbuhan apitan ter-..-i, terima kasih

Pembentukan Kata Kerja termasuklah awalan men, me, apitan mem ...i dan banyak lagi dibincangkan dengan panjang lebar dalam buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga. Sila rujuk halaman 150 - 217 buku tersebut.

Tatabahasa15.08.2010
SAYA MENGHADAPI MASALAH BAGAIMANA HENDAK MENERANGKAN KEPADA PELAJAR SAYA TENTANG PENGGUNAAN AWALAN TER DIGABUNG DENGAN KATA PENGUAT AMAT DAN SANGAT. CONTOH TERAMAT SANGAT.HARAP DAPAT MEMBANTU. TERIMA KASIHLihat Buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, halaman 244: Ter + amat, sangat + kata adjektif seperti teramat cantik dan tersangat indah. Penggunaan yang tak dibenarkan ialah ter + amat, sangat + kata adjektif + sekali seperti teramat cantik sekali. Untuk maklumat lanjut, semak halaman berkenaan dalam buku Tatabahasa.Tatabahasa12.02.2012
Tuan , sememagnya tiada masalah menukarkan ayat aktif dengan imbuhan meN- kepada ayat pasif (melibatkan GND1/2) Bagaimana halnya dengan ayat aktif berimbuhan ter-? Bagaimanakah menukarkan ayat aktif berimbuhan ter- berikut yang menggunakan subjek GND1 dan 2: 1) Saya terpijak bunga itu. 2) Awak terangkat pasu yang berat itu. 3) Saya terambil buku bapa. Bolehkah dipasifkan ayat-ayat di atas? TKAyat pasif ter- + oleh boleh diikuti Kata Ganti Nama Diri Pertama, Kedua dan Ketiga. Ayat tersebut apabila dipasifkan menjadi Bunga itu terpijak oleh saya, Pasu yang berat itu terangkat oleh awak dan Buku bapa terambil oleh saya. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul.Tatabahasa05.03.2012
12345678910...

Kembali ke atas