Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.ra.bai]/[ter.a.bai] | تراباي

Definisi : tidak diberi perhatian (bkn seseorang atau sesuatu), tidak dipedulikan (diendahkan atau digunakan), dibiarkan sahaja atau disia-siakan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.ra.bai]/[ter.a.bai] | تراباي

Definisi : tidak dipedulikan; disia-siakan; terbiar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terabai


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Istilah Sumber Istilah Malaysia Bidang neglected wife isteri terabai/terlantar Sosiologi neglected husband suami terabai/terlantar Sosiologi NEGLECTED PATIENTS adakah juga diistilahkan sebagai PESAKIT TERABAI bagaimana pula dengan maklumat berikut:- Istilah Sumber Istilah Sasar Bidang neglected child kanak-kanak terbiar Sosiologi sewajarnya KANAK-KANAK TERABAIPenggubal istilah bidang sosiologi memutuskan penggunaan “anak/kanak-kanak terbiar” untuk neglected child; isteri/suami terabai/terlantar untuk neglected wife/husband.  Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan “terbiar” juga bermaksud terabai;  terlantar.  Oleh itu, tuan/puan boleh memilih untuk menggunakan anak/kanak-kanak terabai atau anak terlantar bergantung pada penggunaan perkataan tersebut dalam ayat dan situasi. Begitu juga dengan “pesakit terabai” yang boleh digunakan sebagai padanan bahasa Melayu untuk neglected patients.Istilah18.11.2018
Istilah Sumber : neglected wife, Istilah Malaysia : isteri terabai/terlantar, Bidang : Sosiologi Istilah Sumber : neglected husband, Istilah Malaysia : suami terabai/terlantar, Bidang : Sosiologi Makanya apakah sesuai istilah neglected patients diistilahkan sebagai pesakit terabai Bagaimanapula dengan maklumat berikut : Istilah sumber : neglected child, Istilah sasar : kanak-kanak terbiar, Bidang : SosiologiPenggubal istilah bidang sosiologi memutuskan penggunaan “anak/kanak-kanak terbiar” untuk neglected child; isteri/suami terabai/terlantar untuk neglected wife/husband.  Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan “terbiar” juga bermaksud terabai;  terlantar.  Oleh itu, “pesakit terabai” boleh digunakan sebagai padanan bahasa Melayu untuk neglected patients bergantung pada penggunaan perkataan tersebut dalam ayat dan situasi.Istilah18.11.2018
Istilah abandoned child diistilah sasarkan sebagai anak terlantar yang sewajarnya diistilahkan sebagai anak terabai atau anak diabai sesuai dengan Akta Kanak-Kanak 2001 yang menjelaskan tentang pengabaian kanak-kanak.Penggubal istilah bidang sosiologi memutuskan penggunaan “anak terlantar” untuk abandoned child. Kamus Inggeris Melayu Dewan memberikan perkataan “budak terbiar/terbuang” dan “anak buangan” sebagai padanan bahasa Melayu untuk abandoned child. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat “terbiar juga bermaksud terabai;  terlantar.  Oleh itu, tuan/puan boleh memilih untuk menggunakan anak terabai, anak terbuang atau anak terlantar bergantung pada penggunaan perkataan tersebut dalam ayat dan situasi.Istilah18.11.2018
apakah penggunaan bahasa inggeris dalam matapelajaran matematik dan sains menyebabkan bahasa melayu terabai dan apakah kesannya kelak?Apabila sesuatu bahasa itu tidak lagi dijadikan bahasa ilmu, maka bahasa itu lama-kelamaan akan hanya menjadi bahasa perbualan biasa dan semestinya akan menjatuhkan martabatnya.Lain-lain17.08.2006
Mohon pengesahan istilah yang tepat untuk pesakit yang boleh /dibenarkan discaj dari wad tetapi tidak mempunyai waris dan terbiar. (Di dalam bahasa Inggeris situasi pesakit tersebut dikategorikan sebagai "stranded patient") Adakah:- 1. Pesakit Terdampar- 2. Pesakit Terlantar-Pesakit terlantar merujuk keadaan pesakit yang tidak lagi berupaya. Perkataan stranded dalam konteks yang diberikan lebih sesuai diterjemahkan kepada terabai atau terbiar, pesakit terabai atau pesakit terbiar.Istilah05.07.2018
Selamat pagi, saya mohon penjelasan apakah betul jika saya menterjemah "community events" sebagai "aktiviti beramaian" dan "empower underprivileged youth through retail training" sebagai "mewibawakan belia terabai melalui latihan jual-menjual"? Sekian, terima kasih.Community events boleh diterjemahkan kepada acara komuniti. Perkataan empower underprivileged youth through retail training boleh diterjemahkan kepada Memperkasakan belia yang kurang bernasib baik melalui latihan peruncitan.Makna17.06.2019
Mohon pengesahan perbezaan istilah "pesakit terdampar" dengan "pesakit terlantar"Terdampar bermaksud tercampak (terkandas) ke pantai setelah hanyut dibawa air, terhempas dan terkandas manakala terlantar bermaksud terletak atau terbaring, dalam keadaan yang tidak dijaga atau dipelihara, terabai, terbiar.
 
Perkataan yang sesuai digunakan ialah pesakit terlantar.

Makna30.10.2018

Kembali ke atas