Mengapakah DBP menetapkan ejaan 'swasambada' sebagai baku (terakam dalam kamus dewan) dan bukannya swasembada seperti yang terakam dalam kamus besar bahasa Indonesia yang mungkin lebih tepat kerana dalam kamus dewan dam kbbi menyenaraikan kata dasar swasembada yakni 'sembada' (swa- + sembada) sebagai entri baku bukan sambada (tiada dalam kedua - duanya). | Swasambada dalam Kamus Dewan dilabelkan sebagai Bahasa Indonesia. Oleh itu, apabila terdapat kekeliruan antara data Kamus Dewan dengan Kamus Besar Indonesia maka data Kamus Besar Indonesia lebih persis. | Tatabahasa | 30.10.2018 |
Dalam korpus DBP, berapa banyak kalikah kata 'cangkerang' terakam dan berapa banyak kali pula kata 'cengkerang' terakam? | Data korpus DBP boleh diakses oleh pengguna melalui laman web www.dbp.gov.my. Pilih menu yang berkenaan satu demi satu: Perkhidmatan, Produk Penyelidikan Bahasa Melayu, Pengkomputeran Bahasa dan akhirnya Pangkalan Data Korpus. Kami berharap pengguna dapat menggunakan kemudahan yang ada dan memanfaatkan data berkenaan dengan sebaik-baiknya. | Lain-lain | 19.11.2018 |
Makna marapuan dan primarama (terakam dalam daftar rumi-jawi). | Kata marapuan dan primarama hanya terakam dalam daftar rumi-jawi tetapi makna kedua-dua kata tersebut tiada dalam pangkalan DBP. Carian kami di Internet mendapati marapuan ialah kata sukuan Sabah seperti dalam ayat ‘ Sistem hubungan kekerabatan negara Toraja didominasikan oleh kelompok yang disebut marapauan atau pa’rapuan.' | Makna | 09.07.2018 |
Apakah maksud graduasi, dari mana asal perkataan ini dan bolehkah digunakan dalam bahasa Melayu? | Tiada kata graduasi terakam dalam Kamus Dewan Edisi Empat. Hanya kata graduan yang terakam dalam kamus, iaitu mahasiswa yg akan menerima ijazah pd hari penyampaian ijazah. | Lain-lain | 29.09.2010 |
apakah maksud senuk/senok? atau mungkin ada ejaan yang hampir sama dengan perkataan itu? | Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, tidak terakam kata senuk atau senok. Walau bagaimanapun, kata senuk terakam dalam Kamus Bahasa Melayu Nusantara bermaksud tapir, tenuk. | Lain-lain | 09.07.2010 |
yang mana betul, harapkan paga, pagar makan padi atau harapkan pegar, pegar makan padi. mohon pencerahan. terima kasih. | Peribahasa yang terakam dalam buku peribahasa ialah "harapkan pagar, pagar makan padi". Peribahasa terakam dalam kepustakaan Melayu sejak dahulu lagi, walaupun dicetak berulang kali bentuk asal peribahasa tetap dikekalkan.
| Tatabahasa | 29.09.2014 |
Yang mana betul, 1. 'harapkan pagar, pagar makan padi' atau 'harapkan pegar, pegar makan padi'. 2. 'melepaskan batuk di tangga' atau 'melepaskan batok di tangga' | Peribahasa yang terakam dalam buku peribahasa ialah 'harapkan pagar, pagar makan padi' dan 'melepaskan batuk di tangga'. Peribahasa terakam dalam kepustakaan Melayu sejak dahulu lagi, walaupun dicetak berulang kali tetapi bentuk peribahasa tetap dikekalkan. | Lain-lain | 31.01.2012 |
Salam. Saya ingin bertanya mengenai perkataan 'buntat' dalam dialek Pahang. Adakah perkataan buntat yang bermaksud budak kecil mengikut dialek Pahang? Dan adakah sejarah asal usulnya? Terima kasih. | DBP ada menerbitkan Glosari Dialek Pahang pada tahun 2015, namun begitu tidak terakam perkataan “buntat” dalam glosari tersebut. Perkataan “buntat” terakam dalam Kamus Dewan Edisi Keempat terbitan tahun 2015, antaranya untuk penggunaannya dalam contoh peribahasa “buntat hendak menjadi gemala” yang bermaksud orang kecil hendak menjadi orang besar. Kamus Istimewa Peribahasa Melayu Edisi Kedua terbitan DBP tahun 2016 juga terakam “buntat hendak jadi gemala” yang bermaksud tidak tahu kekurangan dirinya. Maksud yang diberikan dalam ketiga-tiga buku tersebut tidak membawa maksud budak kecil dan tidak merakam asal usulnya. | Istilah | 21.12.2017 |
Saya dapati perkataan "inspirasi" terakam dalam KD4 dengan terbitan "berinspirasi", "menginspirasi" dan "menginspirasikan". Adakah bentuk terbitan "terinspirasi" juga boleh digunakan (dengan makna "berilhamkan")? | 1. Perkataan terinspirasi masih belum wujud dalam pangkalan data kami. Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud inspirasi ialah sesuatu yg menggerakkan hati untuk mencipta sesuatu (hasil seni dan lain-lain) dan merupakan sinonim dengan perkataan ilham. Maksud berilhamkan pula ialah mempunyai sesuatu sebagai ilham manakala berinspirasi pula bermaksud mempunyai inspirasi. Maka maksud berilhamkan tidak boleh digunakan dengan terinspirasi. Perkataan yang sinonim dengan berilhamkan ialah berinspirasi. | Istilah | 29.04.2019 |
Ejaan yang betul bagi habatussauda? | Ejaan yang terakam dalam data kami ialah habatussauda | Ejaan | 27.12.2018 |