Apakah perbezaan antara 'tersangat' dengan 'sangat'? | Tersangat ialah terlalu sangat; teramat sangat: ~ pedihnya. Sangat pula ialah kata yang digunakan untuk menyatakan perbandingan yang tinggi; terlalu; terlampau: Harganya ~ tinggi. 2 makin menjadi (berkenaan penyakit); teruk; kuat: Penyakitnya bertambah ~. 3 dengan sungguh-sungguh benar; tidak main-main: Saya hendak ~ pergi ke sana. | Makna | 22.07.2013 |
Penggunaan 'Maha'? Untuk Tuhan,raja dan lawak(maharajalawak). Kesuaian dan konsep boleh tuan jelaskan? | Perkataan maha membawa maksud yang teramat, sangat, amat. Maha ialah awalan asing besar, tertinggi, misalnya mahaguru, mahasiswa, maharaja, mahakarya. | Istilah | 16.11.2012 |
SAYA MENGHADAPI MASALAH BAGAIMANA HENDAK MENERANGKAN KEPADA PELAJAR SAYA TENTANG PENGGUNAAN AWALAN TER DIGABUNG DENGAN KATA PENGUAT AMAT DAN SANGAT. CONTOH TERAMAT SANGAT.HARAP DAPAT MEMBANTU. TERIMA KASIH | Lihat Buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, halaman 244: Ter + amat, sangat + kata adjektif seperti teramat cantik dan tersangat indah. Penggunaan yang tak dibenarkan ialah ter + amat, sangat + kata adjektif + sekali seperti teramat cantik sekali. Untuk maklumat lanjut, semak halaman berkenaan dalam buku Tatabahasa. | Tatabahasa | 12.02.2012 |
Salam 1Malaysia. Persoalan yang sering mengelirukan pengguna bahasa adalah tentang penggunaan kata penguat. (i) Bolehkah kata penguat bebas dan kata penguat bebas , misalnya amat sangat, boleh hadir secara berderetan? Hal ini saya katakan demikian kerana munsyi dewan memberikan pandangan yang berbeza-beza. Pandangan sedemikian memang memeningkan kepala pengguna bahasa seperti saya. (ii) Adakah binaan teramat sangat betul? Dalam Kamus Dewan Edisi Ke-4 dan Kamus Pelajar Edisi Ke-2 frasa teramat sangat memang wujud, sementelahan kemusyikilan ini tidak wujud dalam rekod soal jawab. Besarlah harapan saya bahawa kemusyikilan ini dapat dileraikan. Sekian, terima kasih. KAY SEVEN | Kata penguat boleh hadir berderetan, seperti contoh ayat; sungguh amat merdu. Begitu juga dengan kata penguat amat sangat yang bermaksud terlampau, boleh hadir secara berturutan. Binaan ayat daripada pola ter + amat + sangat adalah tidak gramatis, yang betul ialah daripada binaan ter + amat + kata adjektif seperti teramat baik dan teramat cantik. | Tatabahasa | 28.07.2011 |
1.sata teramat gembira apabila ketahui khabar baik ini. adakah betul penyata ini? bolehkah teramat digunakan untuk bermaksud sangat? 2.dia melalui jalan itu atau dia lalu jalan itu? mengapa? 3.bahawa kegiatan samseng semakin berleluasa di sekolah adalah benar? adakah soalan ini salah dari segi ayat tergantung? 4.i)saya menghidangi tetamu makanan.(ii)saya menghidangkan makanann kepada tetamu. tetapi (iii) saya mengambilkan tetamu makanan. apakah beza ketiga-tiga ayat ini? apakah kontex kegunaan imbuhan me...i, me...kan? terima kasih atas bantuan yang dihulurkan | 1. Ayat itu betul, teramat gembira atau tersangat gembira. 2. Dia melalui jalan itu, kata kerja transitif perlu ada imbuhan me. 3. Ayat itu tidak lengkap. 4. Dua ayat itu betul, ayat ketiga sepatutnya Saya mengambilkan makanan untuk tetamu. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 191 dan 202. | Tatabahasa | 12.05.2010 |
Salam sejahtera, (1) Adakah " teramat tinggi benar " dan " teramat tinggi betul " itu salah ? (penggunaan imbuhan " ter " tdk perlu diikuti dgn kata penguat selain perkataan " terkenal " ? ) (2) Bagaimana pula dgn " sungguh hebat benar " & " sungguh hebat betul " ? Saya difahamkan yang " sungguh hebat SEKALI " itu gramatis (kata penguat bebas " sungguh ", " amat " dan " sangat " boleh menerima KATA PENGUAT KEDUA iaitu " SEKALI " ) . (3) Bagaimana pula dengan KATA PENGUAT KEDUA yang lain seperti " benar " & " betul " ? Contoh [ sungguh/amat /sangat .... benar/ betul/nian ? ] (4) Bagaimanakah pula dengan kata " begitu " - adakah " begitu hebat sekali " , dan " begitu hebat benar " itu gramatis ? Terima kasih. | (1) Binaan ter- + kata adjektif tidak perlu diikuti oleh kata penguat. (2) Binaan darjah penghabisan boleh juga menerima kata penguat belakang sekali dengan kata penguat bebas amat, sangat atau sungguh yang hadir sebelum kata adjektif. Ayat : sungguh hebat sekali betul. (3) Kata 'benar' dan betul' bukan kata penguat tetapi merupakan kata pembenar. (4) Kata 'begitu' tergolong dalam kata peguat golongan kata tugas. Frasa ...begitu hebat sekali adalah gramatis. Kesimpulannya, yang tidak digunakan ialah ter-, kata penguat sekali dan paling dalam satu ayat/serentak kerana kerana ketiga-tiga kata dan imbuhan tersebut sudah menunjukkan darjah penghabisan. | Tatabahasa | 21.02.2011 |
jamil teramat kesal akan kelakuan isterinya....betul atu tidak penggunaan kata teramat kesal? | betul. Dalam buku Tatabahasa Dewan, ada diterangkan tentang ungkapan Darjah Penghabisan dapat dilakukan mengikut cara-cara yang berikut: i. Se- + kata adjektif + gandaan + nama (sepandai-pandai tupai) ii. Ter- + kata adjektif (terpandai) iii. Paling + kata adjektif (paling pandai) iv. Ter- + amat/sangat + kata adjektif (teramat/tersangat cantik) v. Amat/sangat/sungguh + kata adjektif + sekali (amat/sangat/sungguh cantik sekali) Untuk maklumat lanjut, rujuk halaman 245 dan 260. | Tatabahasa | 03.09.2012 |
Setelah merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 245, didapati tiada tatabahasa yang mengatakan "amat sangat sakit" adalah gramatis. Jika tatabahasa ini diterima, maka "sangat amat sedih" atau "amat sungguh sedih" pun menjadi gramatis. Sila berikan penerangan yang jelas. Kenapa tatabahasa "(sangat/amat/sungguh) + adjektif + nian" digugurkan dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga? Adakah tatabahasa tersebut tidak gramatis lagi? | Merujuk halaman 245, buku Tatabahasa Dewan, pola yang ada ialah (v) ter- + {amat/sangat} + kata adjektif dan (vi) {amat/sungguh/sangat} + kata adjektif sekali. Oleh itu, berdasarkan pola tersebut contoh yang saudara beri "amat sangat sakit" tidak gramatis kerana bentuk yang betul teramat sakit atau tersangat sakit (pola v) dan amat sakit sekali atau sungguh sakit sekali atau sangat sakit sekali (pola vi). Sebarang persoalan tentang kandungan buku Tatabahasa Dewan saya cadangkan saudara berhubung terus dengan editor yang terlibat. | Tatabahasa | 27.08.2009 |
Penggunaan kata penguat 'ter' bolehkah di gabungkan dengan 'amat' atau 'sangat'? Contohnya, Azli terkencing kerana teramat takut akan cerita hantu yang disampaikan oleh neneknya. Tolong jelaskan. | Saudara, Kata penguat 'ter' boleh digabungkan dengan kata penguat bebas 'amat' dan 'sangat' dan hadir sebelum kata adjektif bagi menandakan darjah penghabisan. | Tatabahasa | 05.08.2010 |
Ayat' Dia teramat pandai dalam matematik'. Perlukah huruf 'm' pada kata 'matematik; ditulis huruf besar ? | Ayat yang betul ialah' Dia sangat/amat pandai dalam matematik'. Huruf m pada perkataan matematik tidak perlu ditulis huruf besar kecuali untuk kata nama khas seperti Mata Pelajaran Matematik. | Tatabahasa | 13.04.2010 |