Ejaan manakah yang tepat, trampil atau terampil? Kedua-dua ejaan ini terdapat dalam Kamus Dewan dan merujuk makna yang sama. Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah terampil. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 1664. | Ejaan | 10.03.2009 |
Salam tuan, bagaimanakah kedudukan hierarki antara istilah mahir, pakar, cekap, kompeten dan terampil? | Dari segi makna, khususnya dalam kamus bahasa Melayu, tiada susunan hierarki bagi kata mahir, pakar, cekap, kompeten dan terampil. Saudara bolehlah merujuk kepada pihak atau organisasi yang membuat penilaian bagi sesuatu pencapaian yang menggunakan skala tertentu bagi membezakan nilai bagi kata-kata tersebut. Untuk mendapatkan maklumat, khususnya makna bagi sesuatu kata dalam bahasa Melayu, sila rujuk kamus yang terkini terbitan DBP iaitu Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020). | Makna | 30.04.2024 |
ejaan terkini utk: 1. perlaksanaan 2. trampil 3. fasalitas | 1. Perlaksanaan = pelaksanaan 2. Trampil = terampil 3. Fasalitas = Kemudahan | Ejaan | 24.07.2013 |
saya sering menemui perkataan "KETERAMPILAN' digunakan dengan meluas di majalah fesyen, iklan, buku mengenai gaya hidup. Perkataan ini seolah-olah bermaksud penampilan menarik atau berpenampilan hebat walhal setelah merujuk Kamus Dewan, ia bermaksud kecekapan atau kemampuan yang tinggi. Bolehkah tuan jelaskan apa maksud sebenar 'KETERAMPILAN" atau "TERAMPIL"? Patutkah saya rasa keliru? | Betul seperti yang saudara nyatakan terampil bermaksud cekap (dlm melaksanakan sesuatu, menyelesaikan masalah, dsb) dan keterampilan bermaksud wibawa seseorang apabila dapat melaksanakan sesuatu tugas. | Tatabahasa | 11.10.2011 |
Definisi modal insan dan definisi pembangunan modal insan | Modal insan dalam konteks organisasi merujuk kepada staf atau pekerja didalam organisasi.Pembangunan modal insan pula merujuk kepada usaha-usaha dan tindakan/aktiviti yang dilaksanakan oleh organisasi untuk membangunkan pekerja supaya terampil dari aspek pengetahuan,kemahiran dan pembentukan sikap dalam melaksanakan tugas. | Lain-lain | 13.02.2008 |