Apakah yang di maksudkan dengan HUBUNGAN SULIT. | Hubungan atau pertalian yang dilakukan bukan secara terang-terangan tanpa pengetahuan orang lain. | Makna | 04.03.2010 |
Adakah suatu istilah lain yang dapat digunakan bagi merujuk "bible" selain daripada Injil? Ini kerana, Injil merupakan sebuah kitab yang diturunkan Allah kepada Isa alaihis salam, sedangkan "bible" adalah suatu rekaan manusia yang terang-terangan bukan wahyu Allah subhanahu wataala. Pada pendapat saya, menyatakan "bible" sebagai Injil merupakan suatu pendustaan dan menghina ajaran Islam. | Buku istilah DBP menterjemahkan bible menjadi Injil dalam bahasa Melayu, hal ini sememangnya membawa kepada perbincangan yang lebih lanjut di kalangan sesetengah pihak dan pihak DBP mengambil maklum perkara ini, terima kasih. | Lain-lain | 21.10.2008 |
Assalamualaikum wbt Tuan/Puan. Saya ingin mendapatkan nasihat tentang padanan bagi istilah 'sexting' dalam bahasa Melayu. Istilah 'sexting' diguna pakai pada masa kini untuk menunjukkan aktiviti penghantaran mesej secara digital (teks, gambar, emotikon dll) berunsur seks secara terang-terangan dalam pelbagai platform maya. Terima kasih. | Cadangan kami "sexting" diterjemahkan kepada hantaran seks kerana "sexting" dikaitkan dengan perbuatan menghantar teks, imej, video dan sebagainya melalui telefon bimbit. | Penyemakan dan penterjemahan | 30.08.2019 |
assalamualaikum.tuan, sy ingin bertanya, apakah maksud implisit beserta huraiannya sekali? sy sedang mengkaji unsur implisit dalam teks ucapan.adakah implisit itu mempunyai banyak cabang pula id bawahnya? adakah eufemisme dan retorik termasuk dalam implisit? | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, implisit didefinisikan seperti yang berikut: (dinyatakan secara) tidak langsung atau tidak terang-terangan, tersirat. Contoh penggunaan: Hampir separuh sandiwara mengutarakan persoalan nasionalisme, baik secara implisit mahupun eksplisit. Untuk makluman, kami tidak mempunyai maklumat tentang cabang di bawah implisit seperti eufemisme dan retorik. Kami hanya boleh berikan maksud perkataan tersebut seperti yang berikut: Eufemisme bermaksud ungkapan yang lebih lembut (sopan, manis, dan sebagainya) untuk menggantikan ungkapan yg dianggap kasar. Retorik pula bermaksud 1. (Linguistik) kajian tentang teknik pemakaian bahasa secara berkesan dalam penulisan atau pertuturan 2. seni menggunakan atau memakai bahasa yg indah dan menarik untuk memujuk atau mempengaruhi pemikiran pendengar, seni berpidato 3. pertuturan atau tulisan yg menggunakan bahasa atau kata-kata yg indah atau muluk-muluk untuk mempengaruhi pemikiran pendengar 4. berkaitan dengan, penuh dengan atau menggunakan bahasa atau kata-kata yang indah atau muluk-muluk nutuk mempengaruhi pemikiran pendengar | Makna | 24.04.2012 |
Dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020: 796), kata 'ianya' dimasukkan/dirakamkan kerana kata ini hadir dalam penggunaan masyarakat penutur bahasa Melayu, khususnya dalam karya-karya klasik. Sila lihat contoh penggunaan kata 'ianya' yang diberikan dalam kamus ini. Bandingkan juga contoh penggunaan bagi kata 'ia'. Dalam kamus dewan perdana, contoh "ianya" juga merangkumi penggunaan ayat moden yang menyatakan itu ialah kata ganti diri bukan manusia walaupun sudah terang-terangan pakar bahasa menyatakan ianya ialah betuk bahasa yang salah, mohon pencerahan. Menteri itu mencadangkan ianya diseragamkan dengan kaedah penilaian barangan import. | 1. Pemasukan kata ianya berserta takrif dan contoh perkataan adalah bertujuan perakaman penggunaan kata tersebut. 2.Tatabahasa Dewan (DBP, 2008: 104) tidak menyenaraikan ianya sebagai kata ganti nama diri orang ketiga. Namun buku ini menyatakan kata ganti nama diri orang ketiga -nya boleh juga berfungsi sebagai penekan dan pembenda. 3. Nahu Melayu Mutakhir (DBP, 2009:91) menyatakan bahawa ianya merupakan ganti nama diri bukan manusia (kata nama abstrak) yang digunakan dalam teks-teks lama. Menurut buku ini lagi, kata ianya muncul semula dalam tahun 1960-an. 4. Analisis korpus terkini mendapati bahawa penggunaan kata ianya terdapat dalam teks moden yang ilmiah walaupun pengajaran di sekolah telah menyatakan bentuk ini adalah salah. Hasil analisis mendapati bahawa makna bagi kata ianya adalah seperti yang terkandung dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020:796). | Makna | 26.08.2022 |
http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=broad&d=139128LIHATSINI Sila semak semula tafsiran berikut. Ia salah sama sekali. day-labourer broad ~, hari sudah siang: we had planned to arrive before dawn,but when we did it was broad ~, kami bercadang utk tiba sebelum waktu subuh, tetapi apabila kami tiba hari sudah siang; in ~, semasa hari (masih) siang: I was anxious to see what the place looks like in ~, saya tdk sabar-sabar lagi hendak melihat rupa tempat itu semasa hari siang; in broad ~, a. in the daytime, pd /siang hari, waktu siang/; b. in public, secara terang-terangan; see ~, understand st previously puzzling or obscure, faham, mengerti. | Terima kasih atas maklumat yang diberikan, kami akan menyalurkan maklumat tersebut kepada pihak yang berkenaan. | Lain-lain | 22.04.2020 |