Selamat pagi dan salam sejahtera. Dalam bahasa malaysia, tempat isi buah terap melekat dipanggil sebagai apa? Kalau dalam bahasa Kadazandusun dipanggil sebagai BADUL. Begitu juga dengan buah seperti nangka dan cempedak. terima kasih. | Tidak ada maklumat yang diperlukan termasuk Badul dalam pangkalan data kami. Penggunaan yang umum ialah bekas. Kami mencadangkan tuan memasukkan perkataan baharu termasuk Badul dalam perbandaharaan kata bahasa kita melalui "Gerbang Kata Dewan Bahasa dan Pustaka" di laman http://ekamus.dbp.gov.my/. | Istilah | 04.08.2014 |
Boleh saya tahu apa perkataan yang sesuai untuk "DIE-LINE MOCKUP"? Perkataan tersebut digunakan di dalam bidang pencetakan. | Perkataan Die-Line Mockup tiada dalam pangkalan data DBP. Namun daripada contoh pembentukan istilah yang berkaitan dengan "Die Line" kami mencadangkan padanan "Contoh Garis Terap". Kami sertakan juga contoh istilah yang berkaitan untuk makluman pihak puan selanjutnya: - die cut line - garis potong terap
- die cut (graphic) - potong terap
- mock up - contoh, model kasar
| Istilah | 08.12.2018 |
Adakah istilah menyeberang boleh digunakan untuk menyeberang jalan Raya atau untuk sungai sahaja? | Perkataan menyeberang menurut Kamus Dewan Ediri Keempat: pergi ke seberang sana (sungai, jalan, dll), melintas (jalan), mengharung: mari kita naik pelampung terap ini, kita ~ ke seberang sungai itu; 2. ki memihak kpd musuh (lawan dll), membelot: terdapat juga menteri-menteri kerajaan yg ~ ke pihak pembangkang; Perkataan menyeberang boleh digunakan untuk jalan raya mahupun sungai. Terima kasih. | Istilah | 14.08.2017 |
Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan/puan dapat memberikan terjemahan bagi istilah-istilah berikut: 1.Beam Presses 2.Blanking Presses 3.C-frame Presses 4.Clamping Presses 5.Clicker Presses 6.Coining Presses Sekian, terima kasih. | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: 1.Beam Presses - Penekan Alur 2.Blanking Presses - Penekan Tebuk 3.C-frame Presses - Penekan Kerangka C 4.Clamping Presses – Penekan Kapit 5.Clicker Presses –Penekan Potong Terap 6.Coining Presses – Penekan Tera | Istilah | 05.04.2016 |