Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (térapi) rawatan sesuatu penyakit fizikal atau mental secara proses pemulihan tanpa penggunaan ubat atau pembedahan; ~ peker­jaan aktiviti fizikal atau mental yg dilakukan utk membantu merawat, memulihkan atau mengatasi masalah-masalah fizikal, emosi atau sosial yg dihadapi oleh seseorang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sj tumbuhan (pokok renek), nerapi, Glycosmis puberula. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /térapi/ rawatan sesuatu penyakit fizikal atau mental secara proses pe­mulihan tanpa penggunaan ubat atau pembedahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terapi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya sedang membina Modul Pengurusan Kemarahan Remaja menggunakan Art Therapy. Boleh ke frasa Art Therapy tu saya terjemahkan kepada Terapi Seni? Saya telah merujuk kepada beberapa pakar Art Therapy tetapi mereka tidak izinkan kerana menurut mereka Terapi Seni tidak menggambar art therapy. Apakah pandangan tuan/puan?Untuk makluman, belum ada padanan bahasa Melayu yang khusus untuk "Art Therapy" dalam pangkalan data kami. Sekiranya "Terapi Seni" tidak sesuai, sila berikan konsep atau maksud "Art Therapy" supaya kami boleh cadangkan padanan bahasa Melayu yang lain.Istilah10.10.2014
Terapist - jururawat pergigianterapiLain-lain25.03.2008
KKM ada Perkhidmatan 'Occupational Therapy'. Kalau diterjemah, mana satu yang betul Perkhidmatan Pemulihan Perubatan (Carakerja) atau Perkhidmatan Pemulihan Perubatan (Cara Kerja)?Menurut data kami, dalam bidang perubatan, istilah untuk Occupational Therapy  ialah Terapi Cara Kerja.  Oleh itu, terjemahan yang sesuai ialah Perkhidmatan Terapi Cara Kerja.Istilah06.03.2017
Saya ingin menyemak dengan pihak DBP sama ada istilah ssndtray dalam bahasa Inggeris boleh ditukar ke dulang pasir dalam bahasa Melayu? Saya sedang menjalankan kajian di peringkat doktor falsafah. tahuk kajian saya ialah terapi sandtray dalam kaunseling untuk kanak-kanak ibu bapa bercerai. Terima Kasih.

Kami mencadangkan penggunaan istilah terapi dulang pasir sebagai padanan bahasa Melayu bagi sand tray therapy. Mengikut rujukan kami, kaedah terapi menggunakan elemen pasir di dalam dulang ini digunakan khusus bagi murid-murid berkeperluan khas atau kanak-kanak untuk menilai aspek perkembangan diri mereka, iaitu dari segi fizikal, mental, emosi, dan sosial.

Istilah04.04.2020
Salam Sejahtera, Saya ingin meminta bantuan pihak tuan bagi beberapa istilah / perkataan terapi bermain berikut : 1) plush doll play 2) magic wand play 3) bop bag play 4) puppet play 5) play therapy rituals 6) desensitization play 7) feeling faces 8) suitcase playroom Terima kasih atas bantuan pihak tuan. Saya amat menghargainya.

Salam Sejahtera. Menurut data kami, belum ada istilah untuk perkataan tersebut. Namun begitu, kami mencadangkan  padanan bahasa Melayu seperti yang berikut:

1)   Plush doll play – mainan patung plush

2)   Magic wand play – mainan tongkat sakti

3)   Bog bag play – mainan beg bop

4)   Puppet play – mainan boneka

5)   Ritual therapy play – mainan terapi ritual

6)   Desensitization play – mainan penyahpekaan

7)   Feeling faces – wajah beremosi

8)   Suitcase playroom – mainan bilik dalam beg pakaian

Sekian. Terima kasih.
Istilah27.09.2017
Apakah frasa yang betul, "teknik mengurut" atau "teknik urutan". Ayat contoh: Rawatan terapi sukan ini melibatkan teknik mengurut/teknik urutan tertentu."teknik mengurut" atau "teknik urutan". Kedua-duanya boleh digunakan.Tatabahasa06.08.2019
YUSMIZEE NATUROPATHIC CENTRE RAWATAN, PERUBATAN, KURSUS DAN CERAMAH RAWATAN ALTERNATIF, PENAWAR HOMEOPATI, BEKAM, AKUPUNTUR, TERAPI HIPNOSIS, RAWATAN REGANGAN TULANG PINGGUL DAN TULANG BELAKANG.Untuk pengesahan iklan, sila klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Untuk kali pertama, tuan/puan perlu mendaftar dahulu dan dapatkan kata laluan (password) yang dihantar kepada e-mel yang telah didaftarkan dan ikutilah tatacara yang seterusnya.Lain-lain13.05.2015
Terdapat tuntutan dari ahli-ahli untuk mencari istilah yang sebenar untuk Occupational Therapy. Buat masa kini Jawatan: Jurupulih Carakerja, Diploma/IJazah Jurupulih Carakerja, Kolej/fakulti Jurupulih Carakerja Adakah istilah yang digunakan ini bertepatan? Sekiranya ditukar kpd Terapi Carakerja bagaimana istilah ini boleh diguna untuk Kolej pengajian, Diploma/ijazah, dan nama jawatan. Bolehkah kami retain perkataan Occupational Therapy(Okupational Terapi??seperti Fisioterapi) dengan tidak dialih bahasa dalam semua keadaan diatas. Sekian terima kasih saya amat menghargai nasihat tuanIstilah bahasa Inggeris yang betul ialah "occupational therapist" dan padanannya ialah jurupulih pekerjaan.Istilah26.11.2009
saya perlukan maksud untuk perkataan adjunctive dalam bidang perubatan.. harap dapat di maklumkan secepat mungkinMaksud adjunctive dalam bidang perubatan ialah terapi penunjang, iaitu rawatan sokongan yang diberi bersama rawatan primer untuk membantu dalam perawatan pesakit. Ia terdiri daripada pelbagai bentuk seperti ubat, vitamin, makanan dan aktiviti sosial.Lain-lain19.05.2010
1)Pemanasan global yang berlaku adalah akibat daripada kekhilafan dan kesalahan manusia yang sangat begitu rakus sekali membaham segala-galanya kekayaan yang ada demi untuk memenuhi tuntutan duniawi. 2)senaman adalah salah satu daripada aspek yang termat penting sekali di dalam rawatan komprehensif sakit tulang belakang.Apa yang perlu kita tahu terdapat pelbagai rawatan-rawatan untuk kesakitan kronik itu seperti makan ubat,suntikan,tampalan,vitamin,fisioterapi dan terapi kogniti. 3)Bila menyentuh tentang kecantikan tentu sekali perkara yang paling dititikberatkan adalah kulit yang cantik dan sihat tanpa perlu menggunakan makeup untuk menutup kulit yang rosak yang sekaligus tidak diperlukan oleh kita menghabiskan banyak wang dan masa 4)guru sehahrusnya dapat mempamirkan sepenuhnya komitmen yang dengan seikhlas mungkin.murid-murid boleh menilai diri guru samada pengajaran yang guru lakukan hanya sekadar memenuhi masa mengajar dan menghabiskan sukatan pelajaran sahaja di samping mampu memberi bimbingan dan tanggungjawab dengan sepenuh hati.Berikut ayat yang telah disemak.

1)Pemanasan global yang berlaku merupakan kesan daripada kekhilafan manusia yang sangat rakus sekali membaham semua kekayaan yang ada demi memenuhi tuntutan duniawi.

2)Senaman ialah salah satu daripada aspek yang amat penting sekali dalam rawatan komprehensif sakit tulang belakang. Kita perlu mengetahui terdapat pelbagai rawatan untuk penyakit kronik itu seperti memakan ubat,suntikan,tampalan,vitamin,fisioterapi dan terapi kogniti.

3)Apabila  menyentuh mengenai kecantikan, tentu sekali perkara yang paling dititikberatkan ialah kulit yang cantik dan sihat tanpa perlu menggunakan mekap bagi menutup kulit yang rosak serta mengelakkan pembaziran banyak wang dan masa.
 
4) Guru seharusnya dapat mempamerkan sepenuh komitmen dengan ikhlas. Murid-murid boleh menilai guru sama ada pengajaran yang diberikan hanya sekadar memenuhi masa mengajar dan menghabiskan sukatan pelajaran sahaja atau mampu memberi bimbingan dan tanggungjawab dengan sepenuh hati.
Tatabahasa04.03.2013
12

Kembali ke atas