makna JAWATAN TERAPUNG BESERTA CONTOH | Bagi mendapatkan jawapan yang tepat, saya sarankan soalan ini diajukan terus kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Awam melalui laman webnya http://www.jpa.gov.my/ | Lain-lain | 26.02.2008 |
Apakah maksud fail timbul? | Fail timbul atau fail terapung ialah fail yang mengandungi salinan surat daripada fail induk atau fail asal. Fail ini digunakan oleh ketua atau pegawai berkenaan sebagai rujukan untuk mengambil tindakan tanpa perlu menggunakan fail induk. Dalam bahasa Inggeris fail ini dinamai floating file. | Lain-lain | 18.11.2008 |
1. Tiap-tiap petang, abang mengambil upah memotong rumput.Betulkah struktur ayat ini? 2. Ahli bomba memadamkan api dengan paip air. Atau Ahli bomba memadamkan api dengan air paip. 3. Penggunaan alat moden dalam pertanian memerlukan modal yang besar dan tidak mampu dibiayai oleh petani kebiasan di negara ini.Betulkah penggunaan imbuhan kebiasan dalam ayat ini ? 4. Mayat yang dijumpai terapung di tasik itu kembang perutnya.Apakah kata yang sesuai untuk menggantikan kata kembang? | Ayat sdr yang telah disemak dan disahkan penggunaan bahasa Melayu betul adalah seperti yang berikut: 1. Tiap-tiap petang abang mengambil upah memotong rumput. atau: Abang mengambil upah memotong rumput pada setiap petang. 2. Ahli bomba memadamkan api dengan air paip. 3. Penggunaan alat moden dalam pertanian memerlukan modal yang besar dan tidak mampu dibiayai oleh petani yang miskin di negara ini. (Nota: Kata "kebiasaan" membawa makna hal yang biasa dilakukan oleh seseorang. Oleh itu, kata kebiasaan ini tidak merujuk taraf petani tersebut. Justeru, frasa yang tepat ialah petani yang miskin yang tidak mempunyai kemampuan untuk membeli peralatan moden seperti jentera untuk bertani.) 4. Mayat yang dijumpai terapung di tasik itu kembung perutnya. (Nota: kata kembung menunjukkan perut mayat tersebut membesar akibat dimasuki air dan udara, manakala kata kembang merujuk keadaan sesuatu benda yang terbuka atau terbentang luas. Misalnya, bunga yang telah kembang itu terbuka luas. Begitu juga kata kembang merujuk perasaan seseorang. Contohnya, hidungnya kembang apabila dipuji oleh ketuanya ). | Tatabahasa | 09.04.2009 |
Rujukan sajak bertajuk Di Perpustakaan.Karya Shafie Abu Bakar. | Di Perpustakaan Melangkah ke ruangmu satu pertukaran yang kontras dari kehangatan merata ke kedinginan yang menerpa terlalu hening di sini gua pendeta bersemadi di puncak sepi di sana sini kepala-kepala runduk meneliti mata dan fikir bersebati. Maju ke ruang buku terlalu kerdil aku di sini terapung di laut ilmu tercurah berzaman dalam tak terselam betapa pun kulayari bahtera ilmu di sini tak terteroka yang akan kucatat hanya setitik dari tinta yang akan kupetik hanya sebiji dari mutiara engkau adalah pusaka moyang gedung peradaban insan terhimpun berzaman. bersemadi di sini aku adalah pelayar yang dahaga di dada samudera tak berpantai betapa pun keteguk darinya dahaga tak pernah langsai | Lain-lain | 28.03.2010 |