apakah terjemahan kepada directed content analysis dalam Bahasa melayu? adakah analisis kandungan terarah? | Kata "directed content analysis" tiada dalam pangkalan data DBP. Namun, terjemahan secara langsung frasa tersebut ialah "analisis kandungan terarah". Untuk keterangan lebih lanjut, mohon kemukakan maklumat seperti konteks dan konsep penggunaan perkataan ini atau contoh ayat penggunaan kata tersebut. | Penyemakan dan penterjemahan | 29.11.2019 |
Mohon penjelasan tuan, bolehkah perkataan intention di terjemahkan sebagai' terarah'. Saya mendapati perkataan ini mempunyai banyak maksud. Mohon tuan cadangkan terjemahan yang mengambarkan kata kerja bagi perkataan ini. tk | Seperti yang puan sedia maklum, terjemahan perkataan ini tidak mutlak kepada satu perkataan sahaja. Sila lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=intention pelbagai terjemahan bagi perkataan intention mengikut bidang dan konteks penggunaannya dan puan boleh sesuaikan dengan konteks penggunaannya. | Penyemakan dan penterjemahan | 23.02.2015 |
Apakah maksud ataupun terjemahan bagi "consumer-directed" websites. Terima kasih | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah berarahkan pengguna atau terarah pengguna. | Istilah | 17.06.2016 |
saya ingin bertanya buku rujukan berdasarkan buku teks buku rujukan apa ya?? | Sebelum saudara ingin mencari buku rujukan pastikan dahulu apa perkara yang hendak dibuat rujukan supaya pencarian lebih terarah dan tidak membuang masa. Saya tidak jelas apa perkara yang saudara hendak rujuk. Sebagai panduan, dalam proses pembelajaran yang berkesan seseorang itu mestilah mempunyai tujuan untuk belajar. Juga jika ingin membuat rujukan secara berkesan kita mesti tahu apa tujuan kita hendak membuat rujukan. Adakah kita ingin mengetahui sesuatu topik lebih mendalam maka kita perlu membuat rujukan dengan lebih lanjut. Atau kita ingin mengumpulkan buku-buku rujukan tidak kira bidang untuk tujuan rujukan rakan-rakan atau murid-murid? | Lain-lain | 19.10.2010 |
trangkan kata mjmuk y terdri drpd istilah khusus? | Kata majmuk yang juga merupakan istilah khusus dalam bidang ilmiah, contohnya graf terarah, program bahasa dan analisis teks. | Tatabahasa | 24.06.2011 |
Mengapakah "terima kasih" kata majmuk rangkai kata bebas, bukannya istilah khusus? | “Terima kasih” bukan merupakan istilah khusus dalam bidang ilmiah tertentu. Contoh istilah khusus dalam bidang ilmiah ialah “graf terarah”. Oleh hal yang demikian, “terima kasih” merupakan kata majmuk daripada rangkai kata bebas. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 133-134. | Tatabahasa | 02.11.2024 |
Bolehkah tuan berikan saya jenis-jenis kata majmuk dalam Bahasa Melayu utk kegunaan diri dan pelajar saya? | Kata majmuk terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Jenis-jenis kata majmuk terbahagi tiga iaitu: 1) Kata majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas, contohnya guru besar, tengah hari dan balai raya. 2) Kata majmuk yang juga merupakan istilah khusus dalam bidang ilmiah, contohnya graf terarah, program bahasa dan analisis teks. 3) Kata majmuk yang mendokong maksud kiasan, iaitu simpulan bahasa, contohnya cakar ayam, lipas kudung dan anak emas. Sila rujuk Tatabahasa Dewan halaman 131. | Tatabahasa | 16.01.2008 |
Bahasa yang sesuai untuk forum. Mohon jasa baik pihak DBP untuk membantu kami yang mempunyai pertanyaan untuk forum. | Forum merupakan program rasmi atau separa rasmi yang memerlukan penggunaan bahasa Melayu yang standard dan jelas bagi membincangkan sesuatu isu atau topik yang terbuka kepada beberapa orang ahli panel dan seorang pengerusi atau moderator. Oleh yang demikian, penggunaan bahasa Melayu yang standard (baku) amat digalakkan dalam sesuatu sesi forum bagi memastikan maklumat dan isu dapat disampaikan dan dikupas dengan jelas dan terarah. Tuan/Puan boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014) dan pangkalan data prpm.dbp.gov.my untuk menyemak aspek tatabahasa dan penggunaan istilah yang betul. | Lain-lain | 29.07.2024 |
adakah bongkah polistirena dan bola ping pong serta penyambung "L" merupakan kata majmuk rangkai kata bebas? | Kata majmuk ialah perkataan yang dibentuk dengan merangkaikan beberapa kata dasar; bentuk yang terhasil membawa makna tertentu, dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, contohnya kapal terbang, ibu bapa sapu tangan dan sebagainya. Kata majmuk terbahagi kepada tiga jenis, iaitu: 1) Kata majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas, contohnya guru besar, tengah hari dan balai raya. 2) Kata majmuk yang juga merupakan istilah khusus dalam bidang ilmiah, contohnya graf terarah, program bahasa dan analisis teks. 3) Kata majmuk yang mendokong maksud kiasan, iaitu simpulan bahasa, contohnya cakar ayam, lipas kudung dan anak emas. kata majmuk yang mantap sahaja dieja satu perkataan iaitu warganegara, setiausaha, olahraga, jawatankuasa, tandatangan, suruhanjaya, tanggungjawab, kakitangan, antarabangsa, jawatankuasa, pesuruhjaya, matahari, bumiputera, sukarela, kerjasama, beritahu. Kata majmuk yang lain dieja dua perkataan Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 133. Jika merujuk kepada maksud tersebut, ini bermakna bongkah polistirena, bola pingpong dan penyambung 'L' merupakan kata majmuk bebas. | Tatabahasa | 29.12.2015 |
1.apakah cabaran bahasa malayu dalam era globalisasi ? . 2.wajarkah bahasa melatu di politikkan ? 3. apakah tindakan dbp dalam menjadi jabatan yang telus dari unsur yang mengganggu gugat status yang bebas (badan berkecuali). 4.kenapa bahasa melayu sukar untuk bersaing di peringkat global? | 1. Cabaran BM dalam era globalisasi antaranya penggunaan BI yg berleluasa, pengaruh media asing termasuk cetak dan elektronik, budaya luar yg sedikit sebanyak menggugat budaya tempatan dsbnya. 2. Soalan sdr agak sinikal, tetapi politik yg bagaimana sdr maksudkan?3. Soalan sdr agak kabur, tetapi dalam banyak hal DBP bertindak rasional dan terarah. 4. Dlm keadaan sekarang bahasa Inggeris lebih diutamakan sebagai bahasa ekonomi global. Untuk bersaing agak sukar, tetapi dalam waktu yg sama kita berusaha utk menjadikan BM sebagai bahasa di peringkat dunia. T kasih. | Lain-lain | 15.09.2008 |