List of Top 30 Equity Investment Holdings by Percentage of Issued Shares as at 31st December 2014 Apakah terjemahan dalam bahasa malaysia bagi perkataan di atas: Pilihan 1: Senarai 30 Pegangan Pelaburan Ekuiti Teratas Berdasarkan Peratusan Terbitan Saham Setakat 31 Disember 2014. | Untuk makluman tuan, kami telah menyemak teks berbahasa Melayu berkenaan, bukannya terjemahan. Senarai 30 Pegangan Pelaburan Ekuiti Teratas Berdasarkan Peratusan Terbitan Saham sehingga 31 Disember 2014. | Penyemakan dan penterjemahan | 05.02.2015 |
Salam, Perkataan terkebawah ada dalam kamus dewan,bagaimana pula dengan perkataan terkeatas.Adakah wujud perkataan terkeatas. | Perkataan terkebawah bermaksud paling bawah atau terendah. Oleh itu, untuk penggunaan yang tepat kami mencadangkan tuan menggunakan perkataan terendah atau paling bawah bagi maksud terkebawah dan lawannya paling atas atau teratas. Perkataan terkeatas tidak ditemukan dalam data kami. | Tatabahasa | 22.04.2014 |