Salam sejahtera. “Pertandingan ini terhad kepada 50 orang terawal sahaja.” Bolehkah perkataan “terhad” dalam ayat ini digantikan dengan perkataan “terlimit” dan menjadi “Pertandingan ini terlimit kepada 50 orang terawal sahaja.” Terima kasih. | Perkataan "terhad" boleh digantikan dengan perkataan "terlimit" dalam ayat tersebut dan membawa maksud yang sama. Walau bagaimanapun perkataan "terhad" lebih luas digunakan. manakala perkataan "terlimit" jarang digunakan. | Tatabahasa | 05.08.2019 |
Terima kasih atas maklumbalas kepada soalan terawal. Pan fry adalah kaedah memasak tanpa menggunakan minyak, sebagai contoh ikan salmon akan dipan fry sebab kandungan minyaknya tinggi, dan ia akan masak dengan minyak sendiri. Sekian, terima kasih. | Dalam data rujukan kami, terdapat istilah pan frying yang dipadankan sebagai goreng tohor dalam bahasa Melayu. Goreng tohor dihuraikan sebagai kaedah menggoreng dengan minyak yang sedikit. Sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=Pan+frying&d=129316&#LIHATSINI | Penyemakan dan penterjemahan | 24.09.2017 |