apakah maksud berjela-jela? | Maknanya ialah tergantung terayun-ayun, berjuntai-juntai. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 28.05.2009 |
Amir terlalu asyik melihat wau yang sedang __ di udara. A)terayun-ayun B)terolang-aling C)terbuai-buai D)terlayang-layang Mengapa jawapan yang diberi ialah B) terolang-aling? | Jawapan yang betul ialah terlayang-layang. Terolang-aling bermaksud bergoyang ke kiri ke kanan seperti perahu, sampan dan sebagainya. | Tatabahasa | 30.07.2012 |
Sekumpulan ahli payung terjun____ di udara pada paras 4 000 meter. A terayun-ayun B terumbang-ambing C terawang-awang D terolang-aling Munsyi, apakah jawaban yang lebih tepat? TK | Jawapan yang betul ialah C. terawang-awang (Sekumpulan ahli payung terjun terawang-awang di udara pada paras 4 000 meter.) | Tatabahasa | 05.04.2012 |
apakah yang dimaksudkan dengan gubir? | Menurut Kamus Dewan, gubir membawa maksud gelambir iaitu : kulit yg kendur pd leher lembu (orang tua dll), gedabir;bergelambir 1. mempunyai gelambir, kendur kulitnya atau isinya: perut Tuk Wan yg tidak berbaju itu berlipat-lipat isinya dan ~; 2. = menggelambir menyerupai gelambir, terayun-ayun spt gelambir. | Makna | 21.02.2013 |
Assalam. Saya nak minta pencerahan tentang jawapan soalan di bawah : Layang-layang yang tersangkut pada pokok itu _______ apabila ditiup angin. A. terkontang-kanting B. bergoyang-goyang C. melambai-lambai D. meliang-liuk Terima kasih atas kerjasama. | Waalaikumussalam... Merujuk Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud terkontang-kanting ialah terbuai-buai atau terayun-ayun (seperti barang yang tergantung pada tali yg panjang). Manakala bergoyang-goyang pula bermaksud tidak diam keadaannya atau sentiasa bergerak berayun-ayun. Bagi melambai-lambai pula bermaksud bergerak-gerak turun naik (tentang tangan). Maksud meliang-liuk pula ialah berliuk-liuk (api pelita ditiup angin dan lain-lain. Maka jawapan yang lebih tepat ialah terkontang-kanting. | Makna | 28.06.2016 |