Perkataan baru padanannya 'just'. Perkataan baharu padanannya 'new' Bagaimana pula terbaru @ terbaharu . Umum mula menggunakan TERBAHARU kerana beranggapan perkataan BARU sudah ditukar ejaannya menjadi BAHARU. Begitu juga BARU-BARU INI menjadi BAHARU-BAHARU INI.. Bukankah perkataan yang berkaitan dengan masa menggunakan BARU, jadi BARU-BARU ini ialah ejaan dan betul. Begitu juga Terbaru. Mohon penjelasan. | Kamus Inggeris - Melayu Dewan menterjemahkan new kepada baru dan baharu. Oleh itu, dalam kamus kita temui kedua-dua bentuk kata terbaru dan terbaharu bagi menandai latest dalam bahasa Melayu. Sila rujuk kamus dan saudara akan temukan kata terbitan yang lain, iaitu baru-baru, membarukan, membaharui, pembaharuan, memperbaharu dan kebaharuan. | Tatabahasa | 26.09.2012 |
"Judul Terbaru" ataupun "Judul Terbaharu"?"Terbitan Terbaru" ataupun "Terbitan Terbaharu"? | Judul Terbaru dan Judul Terbaharu, kedua-duanya betul kerana perkataan baru dan baharu membawa makna yang sama; dan baru dan baharu dianggap varian dalam bahasa Melayu. | Tatabahasa | 04.09.2014 |
Salam, yang manakah betul? 'model terbaharu kereta' atau 'model kereta terbaharu'?terima kasih. | Model kereta terbaharu. | Tatabahasa | 12.03.2013 |
Penggunaan perkatan Terbaharu & Terbaru dalam iklan. Yang mana patut digunakan? | Kedua-dua perkataan ini adalah betul dan boleh digunakan. | Ejaan | 20.10.2011 |
"terbaru" atau "terbaharu"? | Jawapan yang betulnya ialah terbaharu. | Ejaan | 16.07.2007 |
Apakah judul novel terbaharu terbitan DBP Sarawak? | Judul-judul novel terbaharu terbitan DBP Cawangan Sarawak bagi tahun 2007 ialah Katarsis Perjuangan (Mohd. Faizal Jamil), Naluri Hidayah (Sarimah Alit), Bara Yang Menyala (Jaya Ramba), Kumpulan Cerita Rakyat Sarawak Dayang Puteri (diselenggara oleh Jiso Rutan), Bunga Yang Menangis (Jaafar Hamdan) dan Sari Rahsia Terindah (Rosani Hiplee) | Lain-lain | 12.11.2007 |
Tuan, saya ingin tahu, apa sebab ayat pertama boleh tulis sebagai baju baru, tapi, ayat kedua pula tulis sebagai permainan terbaharu? 1. Kini, sudah ada orang yang menyediakan baju baru untuknya. 2. Ini permainan terbaharu di Internet. Terima kasih. | Kata baru dan baharu dianggap sebagai variasi dalam bahasa Melayu dan membawa makna yang sama. Akan tetapi, lazimnya penggunaan baru dan baharu sebagai kata adjektif digunakan dalam konteks rumah baru/baharu, tahun baru/baharu, baju baru/baharu. Padanan bahasa Inggerisnya ialah new, manakala baru sebagai kata bantu digunakan dalam konteks baru-baru ini, baru tiba, baru sampai. Padanan bahasa Inggerisnya ialah just. | Tatabahasa | 15.06.2020 |
Salam, jadi berdasarkan soalan sebelum ini benarkah ayat ini "Basikal paling baharu itu abang gemari" atau "Basikal model terbaharu itu abang gemari". | Kedua-dua ayat, iaitu "Basikal paling baharu itu abang gemari" atau "Basikal model terbaharu itu abang gemari" adalah betul. | Tatabahasa | 04.04.2013 |
Tuan, saya ingin tahu, apa sebab ayat pertama boleh tulis sebagai baju, tapi, ayat kedua pula tulis sebagai permainan terbaharu? Ayat yang betul 1. Kini, sudah ada orang yang menyediakan baju baru untuknya. 2. Ini permainan terbaharu di Internet. Terima kasih. | Maaf tuan, soalan kurang jelas. Sila maklumkan kepada kami konteks ayat atau istilah untuk kami bantu menjawab dengan jelas soalan yang dikemukakan. | Makna | 11.06.2020 |
Sila jawab soalan di bawah. Arahan terbaharu itu datang---- Bahagian Kewangan pejabat tersebut. A dari B daripada 2.Pemuda itu---- batang kayu untuk dijadikan tiang rumahnya. A menarah B menakik 3. ---- semua murid yang meminati bidang sukan dan olahraga. A Tidak B Bukan. Mohon beri penjelasan untuk semua jawapan. | 1. Arahan terbaharu itu datang___________ Bahagian Kewangan pejabat tersebut. Jawapan A. dari (kata sendi nama yang menerangkan tempat bermulanya sesuatu) 2. Pemuda itu__________ batang kayu untuk dijadikan tiang rumahnya. Jawapan A. Menarah (meratakan kayu dan sebagainya dengan kapak dan lain-lain. 3. 3. __________ semua murid yang meminati bidang sukan dan olahraga. Jawapan B. Bukan (Dalam wacana bahasa Melayu, kata nafi bukan menjadi unsur nafi frasa nama dan frasa sendi nama. Kata nafi tidak pula ialah unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif. Walau bagaimanapun, kata nafi bukan boleh juga hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika kedua-dua frasa tersebut mendukung maksud pertentangan maklumat. | Lain-lain | 29.08.2015 |