Beberapa buah buku yang dibelinya itu. tonggeng terbalik muka suratnya. munsyi, apakah kesalahan dalam ayat ini? TK SEKALUNG BUDI ATAS BANTUAN MUNSYI | Kesalahan dalam ayat tersebut ialah penggunaan kata tonggeng terbalik yang tidak tepat dari segi semantik dalam ayat tersebut. Sila rujuk kamus untuk maklumat lanjut. | Sastera | 16.04.2012 |
Argot merupakan bahasa rahsiA seperti bahasa terbalik. Bahasa INI digunakan supaya individu lain tidak dapat memahami perbualan pengguna bahasa rahsia. Benar atau tidal? Mengapakah argot dikaitkan dengan jargon? Apakah perbezaan argot dan jargon? Terdapat kekeliruan. Terima kasih maklum balas pihak tuan/puan | Menurut Kamus Dewan edisi keempat, argot ialah bahasa yang khusus digunakan oleh kumpulan sosial tertentu, biasanya bersifat rahsia dan dikaitkan dengan kelas sosial rendah seperti pencuri atau penyeluk saku. Manakala jargon bermaksud bahasa khusus yang digunakan dalam bidang tertentu. | Tatabahasa | 17.04.2014 |
Apakah fungsi ayat songsang dalam bahasa Melayu? | Ayat songsang bermakna ayat yang ditulis terbalik daripada gaya biasa. Ayat biasa ialah ayat yang dimulai dengan subjek dan diikuti dengan predikat. Ayat songsang berlaku apabila predikat mendahului subjek ayat. Sebagai contoh: Ali sudah mengambil barang itu semalam. ("Ali" ialah subjek, manakala "sudah mengambil barang itu semalam" ialah predikat atau frasa yang menerangkan subjek) Ayat songsang: 1. Sudah mengambil barang itu semalam Ali. 2. Semalam Ali sudah mengambil barang itu. | Tatabahasa | 15.06.2016 |
Saya Faisol Kama Sedang Belajar Baahasamelayu Dasar di Universiti Fatoni. ingin DBP,Maksud Ayat Sunsung Terima kasih. | Ayat songsang bermakna ayat yang ditulis terbalik daripada gaya biasa. Ayat biasa ialah ayat yang dimulai dengan subjek dan diikuti dengan predikat. Ayat songsang berlaku apabila predikat mendahului subjek ayat. Sebagai contoh: Ali sudah mengambil barang itu semalam. ("Ali" ialah subjek, manakala "sudah mengambil barang itu semalam" ialah predikat atau frasa yang menerangkan subjek) Ayat songsang: 1. Sudah mengambil barang itu semalam Ali. 2. Semalam Ali sudah mengambil barang itu. | Tatabahasa | 08.09.2016 |
Saya Chenabilah binti Chebueraheng sedang belajar di universiti Fatoni, bahasa melayu dasar ingin tentang bertanya bahas. apakah ayat sungsang? Terimakasih. | Ayat songsang bermakna ayat yang ditulis terbalik daripada gaya biasa. Ayat biasa ialah ayat yang dimulai dengan subjek dan diikuti dengan predikat. Ayat songsang berlaku apabila predikat mendahului subjek ayat. Sebagai contoh: Ali sudah mengambil barang itu semalam. ("Ali" ialah subjek, manakala "sudah mengambil barang itu semalam" ialah predikat atau frasa yang menerangkan subjek) Ayat songsang: 1. Sudah mengambil barang itu semalam Ali. 2. Semalam Ali sudah mengambil barang itu. | Tatabahasa | 29.01.2016 |
Salam sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Sepasang tangan mempunyai sepuluh batang jari. 2. Pipi gadis itu merah sekali. 3. Sekolah akan bercuti panjang mulai bulan November. 4. Kakak suka menanam bunga orkid. ( atau ) Kakak suka menanam orkid. 5. Ombak menghempas perahu itu sehingga terbalik. Terima kasih. | 1. Sepasang tangan mempunyai sepuluh batang jari. 2. Pipi gadis itu merah sekali. 3. Sekolah akan bercuti panjang mulai bulan November hingga .... 4. Kakak suka menanam pokok orkid. 5. Ombak menghempas perahu itu sehingga terbalik. | Tatabahasa | 26.12.2012 |
Songsangkan ayat berikut: Program itu dilaksanakan sepanjang tahun. Bolehkah ayat songsangnya seperti berikut: Sepanjang tahun program itu dilaksanakan. Jika tidak boleh kemukakan alasan dan jawapan yang betul. | Ayat songsang bermakna ayat yang ditulis terbalik daripada gaya biasa. Ayat biasa ialah ayat yang dimulai dengan subjek dan diikuti dengan predikat. Ayat songsang berlaku apabila predikat mendahului subjek ayat. Dilaksanakan sepanjang tahun (predikat) program itu (subjek). | Tatabahasa | 05.09.2016 |
1) Bagaimana mahu terjemah mengikut susunan yang betul? a newly designed 20.4MP MOS sensor 2) Mohon terangkan susunan tatabahasa ayat yang betul untuk saya gunakan dalam penulisan. Terima kasih. | Kebiasaannya terjemahan bahasa Inggeris ke bahasa Melayu adalah terbalik dari perkataan bahasa Inggeris dan mengikut kesusaian konteks ayat. Bagi terjemahan ayat a newly designed 20.4MP MOS sensor ialah Reka bentuk terbaharu 20.4 MP bersama sensor MOS | Makna | 05.10.2016 |
Ejaan nama Zainal Abidin bin Ahmad: (1) Z‘aba (koma di atas sebelum huruf a, berhujung tajam di atas seperti tanda penyingkat = ain), (2) Za’ba (koma di atas selepas huruf a, berhujung tajam ke bawah = hamzah), (3) Za‘ba (koma di atas, berhujung tajam ke atas seperti koma terbalik, selepas huruf a = ain). Ejaan yang manakah diiktiraf oleh KNDBP? Terima kasih. | Ejaan yang banyak terakam dalam pangkalan data kami ialah Za'ba. | Ejaan | 11.06.2012 |
Salam. Saya sedang berbengkel untuk buku teks Sains. Dalam perbincangan berkaitan "Faktor yang Mempengaruhi Bentuk Bayang-bayang". Selama ini, kita hanya diberitahu faktor yang mempengaruhi bentuk bayang-bayang ialah kedudukan objek dan saiz objek. Malangnya, dalam perbincangan ini, timbul satu isu berhubung faktor lain yang mempengaruhi bentuk bayang-bayang iaitu ORIENTASI objek. ORIENTASI yang dimaksudkan di sini ialah keadaan/kedudukan objek (botol) yang disengetkan, terbalik, terbaring dll. Adakah terma yang digunakan ini tepat? | Dalam Kamus Dewan, kedudukan bermaksud keadaan yang sebenar, dan keadaan ialah hal atau kedudukan pada sesuatu ketika. Pada pandangan kami senget atau terbalik masih boleh diklasifikasikan dalam kedudukan sesuatu objek, melainkan ada dapatan lain/baharu yang menyatakan sebaliknya. Dalam hal ini, ada baiknya dapatan yang ditemukan (jika persis) dibincangkan dengan Bahagian Peristilahan dan Leksikologi. | Tatabahasa | 19.01.2014 |