kata gandaan yang betul bagi kapal terbang dan garis panduan; adakah kapal-kapal terbang atau kapal terbang-kapal terbang; dan garis-garis panduan atau garis panduan-garis panduan? | kapal-kapal terbang dan garis-garis panduan. | Tatabahasa | 23.07.2007 |
Slm, Mohon check ayat di bawah. 1) Serangga apa yang mempunyai kelajuan terbang yang paling laju? Pepatung merupakan serangga yang terbang paling laju dalam kalangan serangga. Ia boleh terbang dalam kelajuan 90 km per jam. Serangga kedua terbang paling laju ialah Human Botfly yang mempunyai kelajuan terbang sebanyak 50 km per jam. Bumblebee pula boleh terbang dalam kelajuan 18 km per jam. tq | Apakah serangga yang terbang yang paling laju? Pepatung merupakan serangga yang terbang paling laju. Ia boleh terbang dalam kelajuan 90 km per jam. Serangga kedua yang terbang paling laju ialah Human Botfly yang mempunyai kelajuan terbang sebanyak 50 km per jam. Bumblebee pula boleh terbang dalam kelajuan 18 km per jam. | Tatabahasa | 19.08.2015 |
Sila nyatakan jawapan yang betul. Pameran_________akan diadakaan di Pulau Langkawi bermula pada bulan November. A. kapal terbang B. kapal-kapal terbang | Pameran kapal terbang akan diadakaan di Pulau Langkawi bermula pada bulan November. | Tatabahasa | 12.08.2012 |
Tuan Adakah perkataan Udara Diraja Malaysia diambil kira sbg kata nama khas tak hidup berdasarkan ayat di bawah? Ayat: Sebuah kapal terbang penumpang Udara Diraja Malaysia telah mendarat di lapangan terbang KLIA. | Ayat yang gramatis ialah Sebuah kapal terbang Tentera Udara Diraja Malaysia telah mendarat di lapangan terbang KLIA. Kapal terbang Tentera Udara Diraja Malaysia bukan kapal terbang penumpang. | Tatabahasa | 03.05.2017 |
Apakah yang dimaksudkan dengan terbang lintas hormat? | Terbang lintas hormat ialah padanan flypast dalam bahasa Melayu, iaitu acara lintas hormat kepada tetamu kenamaan melalui penerbangan. | Lain-lain | 25.08.2016 |
Apakah terjemahan yang paling tepat bagi "taxiway," iaitu laluan kapal terbang di lapangan terbang yang biasa digunakan selepas mendarat untuk menuju ke bangunan terminal tanpa mengganggu laluan landasan yang akan digunakan oleh pesawat lain? | Padanan bahasa Melayu bagi perkataan tersebut ialah jalan rayap. | Istilah | 22.06.2009 |
Bolehkah 'airside' diterjemahkan sebagai 'kawasan lapangan terbang' (konteks : bahagian airside di lapangan terbang) | Dalam pangkalan data istilah DBP, padanan bahasa Melayu untuk "airside' ialah rusuk udara. Maksud istilah ini ialah kawasan di lapangan terbang atau bangunan terminal yang pergerakan masuk orang ramai dikawal. | Istilah | 26.08.2016 |
Apakah penjodoh bilangan yang paling sesuai bagi landasan kapal terbang? Contoh ayat: "Dua buah landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur" atau "Dua batang landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur." | Jika kita menggunakan ungkapan sebatang jalan, maka untuk konsep yang hampir sama, iaitu landasan penjodoh bilangan yang sesuai ialah batang. | Tatabahasa | 14.11.2012 |
1. Tentara udara itu membuat terjunan dari kapal terbang tentera. 2. Tentara udara itu membuat terjunan daripada kapal terbang tentera. Penggunaan "dari" dan "daripada", manakah satu ayat yang betul? Mengapa? | Encik Yong, Frasa yang betul ialah dari kapal terbang, iaitu merujuk tempat. | Tatabahasa | 10.03.2010 |
Terdapat satu tempat di tepi landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang dinamakan sebagai "Anjung Spotter", iaitu sebuah anjung untuk melihat kapal terbang berlepas dan mendarat. "Spotter" tersebut sepatutnya apa di dalam bahasa Melayu? Adakah sepatutnya "Anjung Pengesan Kapal Terbang"? | Padanan bahasa Melayu bagi istilah spotter ialah pengesan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 18.10.2022 |