Salam, saya ada terjumpa satu ayat ini : 1)Lihan turut melahirkan kekaguman dengan semangat Randy. betulkah ayat ini?bolehkah perkataan "kekaguman" digunakan dalam ayat ini? ataupun ia perlu digantikan dengan "rasa kagum". situasi yang bagaimana perkataan kekagumaan boleh digunakan dalam ayat? 2) Serupa juga dalam permohonan mendapatkan biasiswa yang membabitkan anak-anak di kawasan luar bandar, yang mana ibu bapa mereka tidak brpelajaran serta tidak tahu bagaimana untuk memohon biasiswa. banyak kesalahan yang terdapat dalam ayat ini,minta tolong betulkan kesalahan-kesalahn tersebut dan terangkan mengapa? terangkan secara terperinci maksud "di dalam" dan "dalam" beserta contoh. | 1. Ayat tersebut betul kerana kekaguman bermaksud keadaan atau hal kagum. Walau bagaimanapun, perkataan tersebut boleh digantikan dengan rasa kagum. Penggunaan kekaguman lebih sesuai digunakan untuk menerangkan perihal kagum, contoh faktor kekaguman. 2) Ayat tersebut dibetulkan begini: Masalah bagi permohonan mendapatkan biasiswa yang membabitkan anak-anak luar bandar ialah ibu bapa mereka tidak berpelajaran dan tidak tahu cara memohon biasiswa tersebut. 3) Penggunaan kata sendi "di" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat, misalnya di Kuala Lumpur dan di lapangan terbang, manakala "dalam" di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak seperti perkara, peristiwa dan sebagainya. Sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 265. | Tatabahasa | 07.08.2010 |