Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ban.tut] | تربنتوت

Definisi : terhalang atau tersekat hingga tidak dapat tumbuh (berkembang, mencapai kejayaan atau kemajuan, dll), tidak jadi, tidak selesai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ban.tut] | تربنتوت

Definisi : terhalang atau tersekat lalu tidak dpt diteruskan, tidak tumbuh, tidak berkembang, tidak mencapai kemajuan dsb: Usaha itu ~ kerana tidak mendapat sokongan orang ramai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terbantut


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah implikasi penggunaan bahasa inggeris dalam bidang sains dan teknologi terhadap usaha mengantarabangsakan bahasa melayu?Soalan ini telah banyak kali diajukan kepada kami. Banyak implikasinya dalam bidang sains dan teknologi. Antaranya dari segi penguasaan bahasa Inggeris. Kebanyakan pelajar dari aliran kebangsaan yang bahasa pengantarnya bahasa Melayu berkemungkinan mengalami masalah dari segi pembelajaran jika dibandingkan dengan pelajar dari aliran Inggeris. Selain itu usaha untuk mengantarabangsakan bahasa Melayu pada peringkat yang lebih tinggi akan terbantut seandainya bahasa Inggeris mengambil tempat dalam mana-mana wacana keilmuan yang mengutamakan bahas Inggeris dan secara logiknya bahasa Melayu akan terus terpinggir.T.kasih.Lain-lain11.07.2008

Kembali ke atas