"terbaru" atau "terbaharu"? | Jawapan yang betulnya ialah terbaharu. | Ejaan | 16.07.2007 |
Produk terbaru daripada syarikat itu boleh menghilangkan kulit yang ____________ dan bintik-bintik hitam di muka. Manakah jawapan yang sesuai? Dan Mengapa??? Jawapan: berkerut atau berkedut | Sekiranya dilihat makna kedua-dua kata yang diberikan di bawah ini, "berkerut" lebih tepat untuk digunakan. berkerut : 1. tidak licin atau rata (bkn kulit dll), berkedut, bergelembur (bkn kulit dll): lehernya dan dahinya sudah mulai ~; keningnya kelihatan berkerut-kerut spt orang yg sedang mengingatkan sesuatu; ~ seribu banyak kerut, berkedut-kedut; 2. Mn keriting, ikal: rambut yg berkerut(-kerut); berkedut: berlipat-lipat (tidak rata atau licin), berkerut (kulit dll), renyuk (kertas dll), beropol-ropol (kain): seorang tua yg putih rambutnya dan sangat ~ kulitnya menghampirinya; dipakainya juga bajunya yg lusuh dan ~ itu; | Lain-lain | 23.07.2009 |
apakah karya terbaru elias haji idris? apakah anugerah yang ernah dirangkul oleh beliau? apakah laman web yang menceritakan tentang beliau secara terperinci? | Sdr. Karya terkini Elias Hj. Idris adalah Kembang tak jadi, Anak perempuan kabaret, Tebingan sungai, dan Musim buah-buahan 2007). Karya tahun 2008 adalah Gadis terbuang, Semadi cinta di Kuala Lumpur, Luka siapa dan 2 judul buku politik iaitu Siapa PM selepas ini dan 51 dalil Anwar jadi PM. Beliau adalah penerima Anugerah Majlis Buku Kebangsaan Malaysia - Novel Terbaik 1994 bagi buku Kehilangan dan Anugerah Kerajaan Negeri Perak - Novelis Perak 1995. | Lain-lain | 17.03.2008 |
Apa kamus terbaru, Ekabahasa dan Dwibahasa keluaran DBP? | Kamus terbaru ekabahasa ialah Kamus Dewan Edisi ke-4, dan Kamus Dwibahasa ialah Kamus Dwibahasa Bahasa Inggeris- Bahasa Melayu DBP. | Lain-lain | 26.02.2009 |
apakah kamus dewan yang terbaru? | Kamus Dewan yang terbaru ialah Edisi Keempat. | Lain-lain | 18.08.2008 |
saya mahasiswa di YIU ingin bertanya, apakah buku jawi terbaru. dan apakah tata bahasa | Buku terbaru ialah Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi dan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Lain-lain | 14.07.2010 |
Perkataan baru padanannya 'just'. Perkataan baharu padanannya 'new' Bagaimana pula terbaru @ terbaharu . Umum mula menggunakan TERBAHARU kerana beranggapan perkataan BARU sudah ditukar ejaannya menjadi BAHARU. Begitu juga BARU-BARU INI menjadi BAHARU-BAHARU INI.. Bukankah perkataan yang berkaitan dengan masa menggunakan BARU, jadi BARU-BARU ini ialah ejaan dan betul. Begitu juga Terbaru. Mohon penjelasan. | Kamus Inggeris - Melayu Dewan menterjemahkan new kepada baru dan baharu. Oleh itu, dalam kamus kita temui kedua-dua bentuk kata terbaru dan terbaharu bagi menandai latest dalam bahasa Melayu. Sila rujuk kamus dan saudara akan temukan kata terbitan yang lain, iaitu baru-baru, membarukan, membaharui, pembaharuan, memperbaharu dan kebaharuan. | Tatabahasa | 26.09.2012 |
Yang manakah ayat yang betul? (a) Peragawan-peragawan itu memperagakan fesyen-fesyen pakaian yang terbaru. (b) Kejayaan seseorang itu banyak bergantung kepada usahanya sendiri. Jika ayat tersebut mempunyai kesalahan, minta berikan penjelasan. Terima kasih. | (a) Peragawan-peragawan itu memperagakan fesyen pakaian yang terbaru. Fesyen-fesyen sudah menunjukkan banyak, oleh itu, tidak perlu digandakan. (b) Kejayaan seseorang itu banyak bergantung pada usahanya sendiri. Kata sendi nama pada digunakan untuk menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 275. | Tatabahasa | 07.03.2010 |
Salam sejahtera, Apakah edisi-edisi yang ada untuk Kamus Inggeris-Melayu Dewan (KIMD) semenjak penerbitan pertama (1991)? KIMD edisi keberapa yang digunakan dalam laman web PRPM? Terima kasih. | Edisi terbaru yang digunakan dalam PRPM ialah edisi yang terbaru. | Lain-lain | 26.04.2010 |
Tuan / Puan, Salam sejahtera. 1) Di mana dapat saya carikan indeks / penunjuk ejaan terbaru untuk perkataan BM? Contohnya, perkataan "Baru" telah ditukar ke "Baharu" "Bahru" dan kini saya tidak pasti yang mana adalah ejaan yang tepat. 2) Di manakah dapat saya carikan kamus terjemahan B.Inggeris-BM? Terdapat banyak perkataan yang kena diterjemahkan tetapi, jarang terdapat laman terjemahan BI ke BM yang memuaskan, kebanyakan adalah laman dari Indonesia. terima kasih. yang benar, suki goh | 1. Semua entri baru dimasukkan dalam Kamus Dewan Edisi terbaru atau saudara boleh juga merujuk Kosa Kata aru dan Istilah Semasa dalam Klik DP yang disiarkan pada setiap bulan, hari rabu minggu ketiga bersama-sama dwngan akhar Berita Harian. 2. DBP hanya menerbitkan Kamus Inggeris Melayu Dewan ukan kamus terjemahan. sila rujuk penerbit besar yang lain untuk mencari Kamus terjemahan. | Tatabahasa | 21.08.2008 |