Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ba.yang] | تربايڠ

Definisi : 1. seakanakan tampak: wajah anaknya ~ di matanya: 2. kelihatan, tampak: pd mukanya ~ cahaya gembira; 3. (sudah) ada tanda-tandanya, (sudah) kelihatan tetapi tidak dgn jelas sekali: konsep struktur dalaman dan struktur permukaan diperkenalkan dgn tegas dlm versi ini walaupun konsepnya telah ~ dlm versi 1957; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ba.yang] | تربايڠ

Definisi : 1 seakan-akan dpt dilihat: Wajah anaknya ~ di ruang matanya. 2 kelihatan bayangnya; tampak berbayang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terbayang

Puisi
 

Penatlah saya menanam padi,
     Sayang keladi dipatah jua;
Penatlah saya menahan hati,
     Wajah tuan terbayang jua.


Lihat selanjutnya...(7)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, adakah ayat ini betul? Ayat: Narut terbayang gadis dalam kostum opera Cina yang berwarna merah. Adakah "dalam" digunakan dengan betul dalam ayat ini? Pada pengetahuan saya, "dalam" sebagai kata sendi nama bermaksud lingkungan yang tidak berjarak atau tidak beruang. Tetapi, "baju" ada ruang dan merupakan benda konkrit. Jadi, adakah kata "dalam" tidak patut digunakan dalam ayat ini? Adakah "dalam" perlu diganti dengan "di dalam"?Betul, kata sendi nama "dalam" hadir di hadapan kata nama yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Mengambil ayat daripada sumber karya kreatif sebagai contoh untuk memahamkan aspek tatabahasa, perlu dielak kerana sebahagian karya kreatif tidak mematuhi seratus peratus peraturan tatabahasa.Tatabahasa20.03.2015
Tuan; 1- Adakah wujud perbezaan dalam penggunaan nostalgia dan kenangan? Jika ada perbezaan, boleh tuan berikan contoh ayat? 2- Toleransi sama juga maksud dengan tolak-ansur. Benarkah?

1. Nostalgia bermaksud kerinduan pada sesuatu yang pernah dialami (dinikmati dan sebagainya) pada masa lalu atau kenang-kenangan disertai keinginan terhadap sesuatu yang telah berlalu, manakala kenangan pula ialah apa yang dikenangkan atau yang timbul (terbayang) dalam ingatan tetapi tidak membabitkan perasaan rindu atau keinginan terhadap sesuatu.

2. Toleransi ialah sikap toleran, iaitu sedia menghormati atau menerima pendapat orang lain yang berbeza daripada pendirian sendiri, manakala tolak ansur saling menuruti atau saling memberi.

Makna30.09.2011
Adakah perkataan"citra" diterima dan digalakkan untuk ditulis dalam karangan spm untuk menggantikan perkataan "imej".Merujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020: 440 dan 818)

citra kata nama
1 gambaran keperibadian seseorang atau sesuatu pihak secara umum menurut tanggapan orang atau pihak lain:
Citra ini terbina hasil daripada himpunan kegiatan kakitangan UKM yang mengharumkan namanya di dalam atau di luar negara. Salah satu aspek untuk membentuk sikap patriotisme adalah dengan mencintai bahasa kerana bahasa merupakan citra sebuah bangsa.

2 bahasa klasik gambar, lukisan atau arca;

imej kata nama
1 gambaran keperibadian seseorang atau sesuatu menurut tanggapan orang atau pihak lain; citra:
Perubahan imej Jabur daripada kekampungan kepada kebandaran menjadi tanda tanya kawan-kawannya. Perbuatan gadis itu betul-betul memalukan nama dan imej sekolah kami.

2 gambaran seseorang atau sesuatu objek dalam fikiran:
Tiba-tiba terbayang imej ayahnya sedang bekerja. Imej rumah berhantu itu menakutkan saya.

3 gambaran mental atau asosiasi idea seseorang pengarang dalam sesebuah karya: Sastera Melayu banyak melukiskan imej-imej tradisi. imej wanita dalam novel-novel Khadijah Hashim;

4 gambar, terutamanya yang diukir menyerupai seseorang atau sesuatu:
Dia menghulurkan kepingan emas dengan imej binatang yang menyerupai seekor lembu.

5 Fizik
salinan sesuatu objek yang dihasilkan secara pemfokusan sinaran elektromagnet, bunyi atau cahaya yang terpancar daripada objek atau yang terpantul oleh objek;

Pengantian kata hanya memenuhi sebahagian daripada makna dan penggunaannya dalam konteks tertentu. Secara umumnya, kata citra lebih bersifat kejatidirian berbanding kata imej yang bersifat kata pinjaman.
Makna18.05.2023

Kembali ke atas