Bagaimana cara menentukan penggunaan imbuhan akhiran -kan pada perkataan yang huruf akhirnya K..contoh lonjak, banyak? | Saudara harus tahu membezakan kata yang terbentuk dengan akhiran -kan dan kata yang terbentuk daripada akhiran -an. Kata kerja yang terbentuk dengan akhiran -kan, seperti bukukan, carikan dan tunjukkan. Kata nama yang terbentuk daripada akhiran -an, seperti tamparan, lukisan dan sepakan. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 117 dan 183. | Tatabahasa | 10.07.2012 |
Salam sejahtera, Saya ingin meminta bantuan bagi ayat berikut: Hablur garam akan terbentuk daripada larutan tepu lampau apabila dituangkan ke/kepada/pada tempat penukleusan. Antara ke, kepada, dan pada, mana satukah penggunaan yang tepat? Terima kasih. | Salam sejahtera Hablur garam akan terbentuk daripada larutan tepu lampau apabila dituangkan ke tempat penukleusan. | Tatabahasa | 23.06.2016 |
Selamat pagi. Terdapat dua cara pembentukan aksara Cina. Pertama, aksara yang hanya terdiri daripada komponen tunggal, seperti "山" (bukit). Kedua, aksara yang terdiri daripada dua atau lebih daripada dua komponen, misalnya "好" (baik)yang terbentuk dengan gabungan dua komponen iaitu "女" dan "子". Bolehkah aksara yang terbentuk dengan komponen tunggal itu digelar "aksara bersifat tunggal / aksara tunggal" dan aksara yang terbentuk dengan cara kedua digelar "aksara bersifat majmuk / aksara majmuk"? Terima kasih. | Untuk makluman, soalan tuan adalah di luar skop Khidmat Nasihat Bahasa. Khidmat Nasihat Bahasa membantu pelanggan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan ejaan Rumi dan Jawi, semakan penggunaan perkataan dan istilah, semakan bahasa/tatabahasa dan sebagainya dalam bahasa Melayu sahaja. | Tatabahasa | 01.03.2021 |
Bagaimana membezakan antara Kata Kerja Transitif berimbuhan meN... dengan kata kerja transitif berimbuhan meN.......kan?.Tolong jelaskan. | Kata kerja yang terbentuk daripada awalan meN- ialah kata kerja yang mendukung maksud melakukan sesuatu. Penggunaan kata kerja dengan awalan meN- boleh menerbitkan dua makna, iaitu sama ada melakukan perbuatan atau menyatakan keadaan. Kata kerja yang terbentuk dengan apitan men-...-kan menghasilkan kata kerja transitif dengan maksud membuat sesuatu yang terkandung dalam kata kerja dasar, maksud kausatif atau menyebabkan dan maksud benefaktif atau manfaat. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 06.04.2012 |
Tuan, saya ingin kepastian apakah ejaan yang betul bagi perkataan MENUNJUKKAN dan bagaimanakah imbuhan meN-kan patut digunakan dengan ejaan yang betul. Tunjuk ajar tuan amat dihargai,sekian terima kasih. | Perkataan menunjukkan terbentuk daripada apitan meN-...-kan + kata dasar tunjuk. Apabila apitan meN-...-kan bergabung dengan kata dasar yang berakhir dengan huruf T seperti tunjuk, sorok dan buruk maka kata yang terbentuk mengandungi ialah menunjukkan, menyorokkan dan memburukkan. Dan jika apitan meN-...-kan bergabung dengan kata dasar lain seperti warna, sakit dan cuci maka kata yang terbentuk ialah mewarnakan, menyakitkan dan mencucikan. | Tatabahasa | 11.07.2012 |
Adakah benar perkataan terkebawah terbentuk daripada ter + ke bawah? Jika benar mengapakah ike bawah dieja bercantum? | ke bawah : dieja berasingan kerana ia menunjukkan arah . terkebawah: dieja bercantum kerana ia menujukkan kedudukan. | Ejaan | 22.04.2014 |
Selamat sejahtera saya ucapkan kepada tokoh DBP yang berpengalaman dan dihormati. Guru saya pernah mengatakan bahawa perkataan "merindui" tidak wujud dalam kosa kata, perkataan "merindukan" barulah betul. Adakah pernyataan guru saya ini betul? | Perkataan merindui terbentuk hasil gabungan apitan meN-...-i dengan rindu. Perkataan merindukan terbentuk hasil gabungan gabungan apitan meN-...-kan dengan rindu. Kedua-dua perkataan itu betul dan untuk maklumat lanjut tuan boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 191 dan 202. | Tatabahasa | 28.04.2014 |
Selamat malam, 1. Adakah perkataan "hai/ran" terbentuk daripada suku kata terbuka + suku kata tertutup ? kemusykilan saya ialah adakah bunyi diftong "ai" dianggap sebagai suku kata terbuka ? 2. Adakah perkataan "se/nang" dan "ta/rikh" terbina daripada suku kata terbuka dan suku kata tertutup ? Terima kasih. | Perkataan hairan, senang dan tarikh ialah suku kata tertutup. Diftong "ai" ialah suku kata terbuka. Untuk makluman, suku kata terbuka ialah suku kata yang diakhiri oleh huruf vokal, manakala suku kata tertutup ialah suku kata yang diakhiri oleh huruf konsonan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu, yang disusun oleh Encik Ismail Dahaman. | Tatabahasa | 21.01.2010 |
Salam, bagaimana penulisan infografik, adakah ini merupakan frasa atau terbentuk dalam satu perkataan sahaja? | Wa alaikum salam, penulisan/ ejaan bagi infografik ialah info grafik. | Ejaan | 28.07.2017 |
tiada bagi perkataan pemerataan sedangkan pemerkasaan ada | Pemerkasaan terbentuk daripada gabungan kata dasar "perkasa" + "apitan pe-...-an". Berdasarkan rumus tersebut, boleh dibentuk perkataan pemerataan, iaitu gabungan "merata" + "apitan pe-...-an". Walau bagaimanapun tidak ada bentuk penggunaan perkataan ini kerana makna pemerataan itu telah terungkap dalam kata terbitan yang sdia ada, iaitu perataan. | Tatabahasa | 10.11.2015 |