Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
mcm mana maksud ayat ini..di sudut luar rumah terdapat bebberapa buah pasu bunga yang tidak bersusun dan terbiar di bawah pangkal pokok.sebuah daripada pasu itu tergolek dan pecah.tanah dan pokok bunga terkeluar daripada pasu tersebut.kelihatan juga sebahagian roda basikal terletak berhampiran

Dalam bentuk biasa ayat ini menceritakan keadaan pasu bunga yang tidak tersusun dan terbiar yang terletak di bahagian luar rumah. Walau bagaimanapun dalam bentuk kreatif ayat ini mungkin mengandungi makna yang tersirat disebaliknya. Hal ini perlu diperhalusi dengan lebih mendalam lagi.

Lain-lain19.11.2008
apakah maksud hutan kita khazanah kita?Menurut Kamus Dewan, hutan bermaksud kawasan yg ditumbuhi pokok-pokok liar (terbiar) atau rimba. Khazanah pula beerti barang-barang kepunyaan, harta benda, kumpulan atau himpunan. (Erti khazanah - Melihat kepada konteks penggunaan ayat). Hutan kita khazanah kita bermaksud kawasan yg ditumbuhi pokok-pokok liar yang merupakan simpanan atau menjadi kepunyaan atau perlindungan kita (kerajaan, negara dan lain-lain). Contohnya hutan simpan atau hutan dara. Bagi memahami penggunaan kata hutan kita khazanah kita dengan lebih jelas, saudara boleh merujuk Kamus Dewan Edisi keempat terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Terima kasih kerana menggunakan Khidmat Nasihat Bahasa DBP.Lain-lain09.02.2007
askum n slamat sejahtera Encik.saya nak tahu takrif,definisi,maksud dan sewaktu dengannyer berkaitan dengan TANAH sebab saya perlu selesaikan tugasan esei berkaitan dengan TANAH TERBIAR.. Harap,pihak Encik dapat membantu saya.Sekian,terima kasehTanah ialah lapisan bumi yg di atas sekali. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan.Makna16.08.2008
Ramai wartawan atau pengguna bahasa Melayu sudah terbiasa dengan penggunaan perkataan TERLANTAR yang acap digunakan untuk merujuk kepada orang yang sakit. Contoh ayat : 1. Datin Orkid Abdullah kini TERLANTAR sakit ketumbuhan. 2. Ibu Halimah TERLANTAR sakit di hospital. Jika dilihat dari konteks makna, maksud perkataan TERLANTAR ialah terbiar tanpa penjagaan dalam tempoh yang lama.

Antara maksud terlantar termasuklah dalam keadaan yang tidak dijaga atau dipelihara, tetapi saudara juga perlu merujuk makna terlantar yang pertama, iaitu terletak atau terbaring (di). Berdasrkan makna yang tersebut penggunaan kata terlantar adalah betul tetapi ayat itu perlu diperbetulkan menjadi "Datin Orkid Abdullah kini terlantar di rumahnya kerana sakit ketumbuhan".

Tatabahasa02.05.2011

Kembali ke atas