Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.bi.na] | تربينا

Definisi : 1. dibina, terbangun, terdiri: bangunan-bangunan tinggi yg ~ di bandar raya Kuala Lumpur; 2. terbentuk drpd beberapa unsur (bahan dll): bumi yg ~ drpd batu-batan dan logam yg keras; 3. ki (sudah) wujud: memupuk kasih sayang sehingga ~ istana cinta; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terbina


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
3 contoh Slogan 1. Bersatu Luar Bandar Maju 2. Perpaduan Teras Kemajuan Luar Bandar 3. Luar Bandar Sejahtera, Perpaduan TerbinaUntuk makluman. ketiga-tiga slogan tersebut boleh digunakan. Walau bagaimanapun, slogan yeng pertama perlu diletakkan tanda koma selepas "Bersatu". Oleh itu, slopgan yang berikut adalah betul dan boleh digunakan. 1. Bersatu, Luar Bandar Maju 2. Perpaduan Teras kemajuan Luar Bandar 3. Luar Bandar Sehajtera, Perpaduan terbinaTatabahasa14.04.2014
Kumpulan perkataan manakah yang terbina daripada gabungan morfem bebas dan morfem terikat? A tempurung, kayu, kampung B cantik, gelanggang, maharaja C jurutera, berdampingan, contohi D juruterbang, kelupas, dijaringkan Pohon beri alasan untuk setiap pilihan jawapan. Terima kasih.

Morfem bebas ialah morfem yang dapat wujud bersendirian. Sebaliknya, morfem terikat ialah morfem yang hanya wujud bersama-sama morfem lain. Sebagai contoh, perkataan sekolah dan laut ialah morfem bebas, tetapi imbuhan ber- dalam bersekolah dan -an dalam lautan ialah morfem terikat, oleh sebab unit-unit itu tidak boleh wujud tanpa kata dasar.

Berdasarkan takrifan tersebut, A dan B merupakan morfem bebas manakala C dan D gabungan morfem bebas dan morfem terikat.
Tatabahasa17.10.2013
MAKNA KATA Adakah perkataan 'opsyen' telah terbina dalamnya sifat majmuk, atau perlu saya menulis 'opsyen-opsyen'? TK DBP!Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, opsyen bermaksud 1. hak (kebebasan) untuk memilih, pilihan 2. hak untuk membeli atau menjual sejumlah sekuriti dan sebagainya pada harga tertentu dalam tempoh tertentu (bidang Ekonomi). Berdasarkan maksud yang diberikan, perkataan opsyen tidak perlu diulang kerana telah jelas maksudnya. Perkataan ini biasanya digunakan apabila sesuatu pihak diberi hak untuk memilih satu sahaja daripada beberapa pilihan.Makna14.02.2012
Apakah maksud predikat?

Saudara Muhd. Amar,

Ayat terbina daripada dua bahagian, iaitu subjek dan predikat. Subjek ialah bahagian ayat yang diterangkan dan predikat ialah bahagian ayat yang menerangkan subjek. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.

Tatabahasa23.06.2010
terjemahan untuk Built Environment ke dalam Bahasa Melayu.dari segi terjemahan harfiah persekitaran terbina, walau bagaimanapun sdr perlu nyatakan skop dan konteks dalam penggunaan yang dicadangkan.Makna03.08.2007
yang mana panggunaan yang betul; 1) berpunca daripada / berpunca pada 2)di kalangan / dalam kalangan 3) rumah itu terbina pada..../ rumah itu dibina pada..... 3)rumah itu terjejas teruk / rumah itu teruk terjejasPanggunaan yang betul ialah berpunca daripada, dalam kalangan, rumah itu dibina pada... dan rumah itu terjejas teruk.Tatabahasa27.04.2007
1.Beliau memulakan mesyuarat itu dengan bacaan doa. 2.Hadiah di atas meja itu untuk anak kesayangannya. soalan;adakah ayat tersebut terbina daripada dua klausa?

Ayat tersebut terdiri daripada dua klausa.

Tatabahasa10.08.2008
Salam, soalan1 -apa itu ayat tunggal?Boleh beri contoh? Soalan2-apa itu ayat majmuk?Boleh beri contoh?Ayat tunggal ialah ayat yang terbina daripada dua bahagian, iaitu subjek dan predikat. Subjek ialah bahagian ayat yang diterangkan dan predikat ialah bahagian ayat yang menerangkan subjek. Contoh ayat tunggal ialah Ali berjalan kaki. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 463. Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih, dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga menjadikannya ayat baharu. Contoh ayat majmuk ialah Guru Sekolah saya tekun dan berdedikasi. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 497.Tatabahasa05.01.2010
build-in alarm system dalam istilah BM terima kasihSdr. Chee Koi Lee, istilah BM bagi built-in system ialah sistem penggera terbina dalam. Terima kasih kerana menggunakan KNBDBP.Istilah23.02.2009
Berikan contoh ayat tunggal yang mengandungi keterangan bahagian predikatnya.tqvm

Ayat tunggal ialah ayat yang terbina daripada dua bahagian, iaitu subjek dan predikat. Subjek ialah bahagian ayat yang diterangkan dan predikat ialah bahagian ayat yang menerangkan subjek. Contoh ayat tunggal  yang mengandungi keterangan bahagian predikatnya ialah:

1. Ali mandi di sungai - (di sungai - keterangan)

2. Mereka datang dengan kereta api - (dengan kereta api - keterangan) 

Tatabahasa06.11.2011
12

Kembali ke atas