Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
terbit (kata kerja)
1. Bersinonim dengan keluar: muncul, timbul, terpacul, terpancar, mencorak,

2. Bersinonim dengan lahir: berbangkit, timbul, datang, terpancar,

3. Bersinonim dengan tercetak: tersiar, tertulis, tercatat, terakam, terekod,

4. Bersinonim dengan tumbuh: keluar, muncul, timbul, hidup, bercambah, bertunas, terpacul,

5. Bersinonim dengan berpunca: bermula, berpangkal, berasal, berpokok, timbul, muncul,

Kata Terbitan : menerbitkan, terbitan, penerbitan, penerbit,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Soalan saya, bagaimanakah untuk menulis bibliografi bagi buku yang tidak ada tahun terbit, tempat terbit atau penerbit (buku-buku lama). Di mana saya boleh dapatkan rujukan penulisan bibliografi yang tidak lengkap maklumat sebegini? Terima kasih.

Cara untuk menulis bibliografi bagi buku yang tidak ada tahun terbit dan tempat terbit/penerbit, mengikut Gaya Dewan Edisi Keempat (2021) adalah seperti yang berikut:

1Nama penulis/editor/penyusun diikuti dengan tanda koma.

2.  Tahun terbit (t.t. sekiranya tiada tahun terbit) diikuti dengan tanda noktah.

3.  Judul dicetak dalam huruf condong, diikuti dengan tanda noktah.

4.  Jilid (jika berkenaan), diikuti dengan tanda noktah.

5.  Edisi dan cetakan (jika berkenaan), diikuti dengan tanda noktah.

6.  Tempat terbit (t.t. sekiranya tiada nama tempat terbit)diikuti dengan tanda titik bernoktah.

7.  Nama penerbit, diikuti dengan tanda noktah.

 

Contoh: Al-Ghazāliyy, Muḥammad Ibn Muḥammad, t.t. Iḥyā’ ‘Ulūm al-Dīn. t.t.: Maṭba‘aṯ ‘Īsā al-Bābiyy al-Ḥalabiyy.

Panduan untuk menulis bibliografi mengikut gaya penerbitan DBP, tuan/puan boleh merujuk Gaya Dewan Edisi Keempat (2024) terbitan Dewan bahasa dan Pustaka.

Lain-lain25.11.2024
Assalamualaikum... info...buku terbit sendiri ( Buku Kerja Pelajar Sekolah ) 1. Kerja sama DBP dengan penulis? 2. Adakah bantuan/dana penggerak? Sekian.TQ.Untuk makluman, DBP tidak menerbitkan buku terbit sendiri. Bagi penerbitan buku kerja pelajar sekolah atau buku sokongan pendidikan, penerbitannya akan diuruskan oleh Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja. Proses penerbitan dilakukan mengikut prosedur operasi standard yang telah ditetapkan. Dimaklumkan juga tiada dana galakan diberi kepada penulis.Lain-lain02.04.2020
Assalamualaikum. (1) Bagaimana format bibliografi bagi rujukan yang dipetik daripada rencana/artikel yang terbit dalam buku. (2) Untuk bibliografi, editor ditulis (ed.), penyususn ditulis (peny.), dan bagaimana pula bagi penyelenggara?

Format penulisan bibliografi penerbitan buku di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) adalah mengikut panduan penerbitan DBP, iaitu buku Gaya Dewan Edisi Ketiga. Antara contoh penulisan bibliografi bagi rujukan yang dipetik daripada rencana/artikel yang terbit dalam buku adalah seperti yang berikut:

A. Samad Said, 1979. Dari Salina ke Langit Petang: Proses Mencipta Novel.    

     Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kata “penyelenggara” pula dieja penuh dalam penulisan bibliografi contohnya:

Hamzah Hamdani (penyelenggara), 1988. Konsep dan Pendekatan Sastera.   

    Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Walau bagaimanapun, “penyelenggara” tidak lagi digunakan dalam penerbitan buku terkini DBP. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga, halaman 170 – 180.

Tatabahasa03.02.2022
Perkataan terbitan: 1. Pelantikan 2. Perlantikan Wujudkan kedua-dua kata terbitan tersebut?1. Kata terbitan yang betul ialah "pelantikan" , iaitu perihal melantik. Dari kata dasar lantik, terbit kata melantik dan perihal melantik ialah pelantikan. Lazimnya apabila awalan ber- diimbuhkan kepada kata dasar seperti  jalan menerbitkan kata berjalan, dan baharulah wujud perjalanan, iaitu perihal berjalan. Tidak ada kata berlantik, maka tidak ada wujud kata perlantikan.Tatabahasa28.06.2013
Bermula pada tahun 1985, apabila sebuah puisi saya terbit dalam sebuah akhbar, saya berkira-kira bahawa sudah 30 tahun yang berkreatif. 1) Adakah susunan ayat 'saya berkira-kira bahawa sudah 30 tahun yang berkreatif' membawa apa-apa maksud dan difahami maksudnya? 2) Apakah maksud perkataan 'BERKREATIF' dan boleh digunakan dengan menggantikan sebagai "BERKARYA"? 3) Sekiranya saya mahu gantikan ayat di atas íaitu 'saya berkira-kira bahawa sudah 30 tahun yang berkreatif', apakah ayat yang lebih sesuai untuk menggantikannya?Ayat "saya berkira-kira bahawa sudah 30 tahun yang berkreatif" tidak tepat.  Ayat ini boleh dibaiki seperti :  "saya berkira-kira sudah 30 tahun saya berkarya/menulis."Karya31.05.2016
Mengapakah perkataan di bawah salah? 1. Matahari timbul di sebelah timur. Apakah maksud ....Kehadiran Ali dalam menjalani latihan drama itu tenggelam timbul.

Salah satu makna timbul ialah terbit, oleh itu ayat "matahari timbul di sebelah barat" adalah betul. Maksud "Kehadiran Ali dalam menjalani latihan drama itu tenggelam timbul." ialah sikap Ali yang tidak bersungguh-sungguh ketika menjalani latihan.

 

Tatabahasa09.12.2008
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apakah perbezaan skrip dan manuskrip? Bolehkah "skrip" digunakan untuk menggantikan penggunaan "manuskrip" untuk merujuk karya yang belum terbit? Terima kasih

Mengikut Kamus Dewan Perdana (2021), skrip mempunyai dua maksud, iaitu 1. Cerita, maklumat dan sebagainya bagi kategori tertentu seperti drama, filem, dokumentari dan sebagainya yang ditulis atau ditaip, mengandungi tema, watak, dialog, penceritaan latar dan sebagainya; 2. Dokumen yang merupakan bukti hak milik terhadap saham yang dikeluarkan oleh pendaftar syarikat masing-masing.

Manuskrip pula ialah 1. Karangan, tulisan dan sebagainya yang bertulis tangan; 2. Karya yang bertulis tangan atau bercetak yang telah disediakan oleh penulis, editor dan sebagainya untuk diterbitkan.

Skrip tidak boleh digunakan untuk menggantikan penggunaan manuskrip untuk merujuk karya yang belum terbit.

Lain-lain27.11.2024
1)Adakah betul penggunaan ayat seperti berikut.. Air mata terbit daripada matanya setelah dimaraji oleh gurunya? 2) Saya yakin saya dapat mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. atau Saya yakin saya boleh mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

Ayat yang betul dari segi tatabahasa adalah seperti yang berikut:

(1) Air matanya mengalir setelah dimarahi oleh gurunya. (Tidak perlu dinyatakan punca air mata kerana air mata sememangnya berpunca daripada mata dan lewah).

(2) Saya yakin saya dapat mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. (Kata "dapat" merupakan kata bantu ragam yang menyatakan ragam perasaan  dan keupayaannya, manakala kata "boleh" juga merupakan kata bantu tetapi keadaan keupayaannya yang diizinkan, misalnya;  Shisa boleh menyertai peraduaan itu.)

Tatabahasa25.02.2009
1. Apakah Langkah-Langkah dalam proses editorial. 2. Apakah kriteria atau persoalan yang difikirkan ketika saya membuat semakan kandungan dan format sesuatu manuskrip.Langkah-langkah umum dalam proses editorial ialah mengedit manuskrip sehingga bersih, membuat penyemakan pruf dan seterusnya dihantar ke bahagian percetakan sehingga manuskrip terbit. 2. Sewaktu menyemak manuskrip, kriteria yang perlu disemak ialah tatabahasa, ejaan, gaya bahasa dan sebagainya.Untuk keterangan terperinci, mohon mendapatkan maklumat lanjut melalui Jabatan Penerbitan.Lain-lain21.06.2014
Tuan, 1) mengapakah kata dasar taksir boleh menerima imbuhan pe- dan pen- dengan makna yang sama? Dalam K/Dewan Ed 2 ada entri penaksiran dan Ed 4 ada kata penaksiran dan pentaksiran. 2) Adakah akronim halaju terbit darpada hal laju atau had laju? Terima kasih.1. Perkataan taksir ialah homonim, perkataan yang sama tetapi berbeza makna. Taksir yang pertama membawa maksud lalai menerbitkan kata mentaksirkan, manakala taksir yang kedua membawa maksud hitung atau kira menerbitkan kata menaksir, taksiran, penaksiran dan penaksir.
2. Halaju dan had laju ialah dua perkataan yang berbeza, had laju bermaksud kelajuan maksimum yang dibolehkan, manakala halaju ialah kelajuan atau kecepatan, dan bukan juga hal laju.
Tatabahasa04.03.2012
12345

Kembali ke atas