Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.bu.ka] | تربوک

Definisi : 1. tidak tertutup (bertutup), terdedah; 2. terlepas, terurai, tertetas (ikatan, jahitan, dsb); 3. terkembang, terbentang (layar, payung, dsb); 4. terluang, ada (peluang pekerjaan dsb), tersedia: peluang pekerjaan ~ luas kpd anak-anak muda di kawasan perusahaan luar bandar; 5. telah dilihat (diketahui) orang (rahsia dsb), terdedah, terbongkar: rahsianya telah ~; 6. tidak terhad (tersekat) kpd orang tertentu sahaja; rapat ~ rapat yg boleh dihadiri oleh setiap orang; rumah ~ rumah yg dapat dikunjungi oleh semua orang (biasanya pd hari-hari perayaan tertentu spt Hari Raya Aidil Fitri dsb); surat ~ surat kpd orang tertentu tetapi dihantar utk disiarkan dlm akhbar (sbg menyatakan bantahan dsb); ~ kpd dibenarkan (boleh) disertai oleh (orang yg dinyatakan dsb); 7. secara terang-terangan, tidak secara rahsia, tidak tersembunyi; perang ~ perang secara terang-terangan (bukan perang gerila dsb); 8. terus terang (sikap, kelakuan); 9. senang dan lega (fikiran, hati, dsb), lapang: fikiran yg ~; 10. luas: pandangan yg ~; laut ~ laut yg luas; 11. mudah menerima (pengaruh luar dsb), terdedah: masyarakat di pinggir bandar lebih ~ kpd pengaruh kemajuan di bandar; 12. timbul keinginan utk melakukan sesuatu (spt makan dsb): ~ nafsu (selera); ~ di hati terasa (timbul, terlintas) dlm hati (sanubari); ~ rezeki, mudah mendapat rezeki, murah rezeki; dgn tangan ~ a) dgn murah hati; b) dgn senang hati, dgn rasa gembira; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.bu.ka] | تربوک

Definisi : 1 tidak tertutup lagi; sudah dibuka tutupnya. 2 tidak tersekat atau tidak terlarang; siapa-siapa pun boleh masuk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terbuka

Puisi
 

Kalau tidak kerana kunci,
     Tidak terbuka pintu almari;
Kalau tidak kerana budi,
     Manakan kami datang ke mari.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Bandar terbuka dagangan murah,
     badan sudah tua.

Bermaksud :

Sudah terlambat.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Hari Terbuka/Rumah Terbuka SekolahHari Terbuka SekolahLain-lain12.08.2008
Tuan, Ibu menutup lampu yang terbuka itu kerana tiada sesiapa di dalam bilik itu. Penggunaan terbuka dalam ayat betul atau salah ?Perkataan terbuka tidak tepat dalam konteks ayat tersebut. Terbuka bermaksud terdedah. Ayat tersebut boleh dipinda menjadi "Ibu menutup suis lampu yang terbuka itu kerana tiada sesiapa di dalam bilik itu".Tatabahasa01.08.2013
Bolehkah rangkai kata "menuntut keterbukaan minda" digantikan dengan "memerlukan cadangan terbuka"??Rangkai kata "menuntut keterbukaan minda" tidak sama dengan "memerlukan cadangan terbuka". Frasa cadangan terbuka lazimnya sesuatu yang dicadangkan. Frasa yang boleh digunakan ialah "memerlukan pemikiran terbuka".Tatabahasa18.07.2013
saya mahu tahu ayat mana yang btol..kejohanan futsal terbuka atau kejohanan terbuka futsalFrasa yang betul ialah Kejohanan Futsal Terbuka.Tatabahasa02.10.2009
1. saya ingin mendapat kepastian mengenai pengunaan istilah. "hari asrama terbuka" atau "hari terbuka asrama"? Mana satu istilah yang tepat. 2. Apakah beza 'mengenai' dan 'tentang'Ynag tepat ialah Hari Terbuka Asrama. Mengenai dan tentang ialah kata sendi nama yang digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum atau mujarad. Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 278.  Tatabahasa24.03.2008
makna terbukaMenurut Kamus Dewan Edisi Empat, terbuka ialah tidak tertutup (bertutup), terdedah; 2. terlepas, terurai, tertetas (ikatan, jahitan); 3. terkembang, terbentang (layar, payung); 4. terluang, ada (peluang pekerjaan), tersedia: peluang pekerjaan terbuka luas kepada anak-anak muda di kawasan perusahaan luar bandar; 5. telah dilihat (diketahui) orang (rahsia), terdedah, terbongkar: rahsianya telah terbuka; 6. tidak terhad (tersekat) kepada orang tertentu sahaja. Sila layari terbuka">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=terbuka untuk lebih lanjut.Tatabahasa07.03.2013
apakah maksud dasar langit terbuka?Dasar langit terbuka seiring dengan era globalisasi yang antaranya memudahkan lalu lintas udara, dunia tanpa sempadan atau juga bermaksud tidak terikat dengan mana-mana fahaman yang mengasingkan masyarakat. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Jabatan Perdana Menteri.Makna26.09.2007
Perkataan 'emak' ialah perkataan 2 suku kata terbuka atau tertutup? Perkataan 'biawak' ialah perkataan 3 suku kata tertutup atau terbuka? Adakah saya lihat suku kata terakhir dalam sesuatu perkataan untuk menentukan sama ada perkataan itu terdiri daripada suku kata terbuka atau tertutup?Untuk makluman, suku kata terbuka ialah suku kata yang diakhiri oleh huruf vokal, manakala suku kata tertutup ialah suku kata yang diakhiri oleh huruf konsonan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu, yang disusun oleh Encik Ismail Dahaman. Oleh itu, emak dan biawak ialah suku kata tertutup.Lain-lain20.07.2010
Yang manakah betul? Jawatankuasa Pengelola Pertandingan Badminton Terbuka Sarawak ATAU Jawatankuasa Pengelolaan Pertandingan Badminton Terbuka Sarawak.Jawatankuasa Pengelola Pertandingan Badminton Terbuka Sarawak.Tatabahasa02.03.2010
Selamat malam, 1. Adakah perkataan "hai/ran" terbentuk daripada suku kata terbuka + suku kata tertutup ? kemusykilan saya ialah adakah bunyi diftong "ai" dianggap sebagai suku kata terbuka ? 2. Adakah perkataan "se/nang" dan "ta/rikh" terbina daripada suku kata terbuka dan suku kata tertutup ? Terima kasih.Perkataan hairan, senang dan tarikh ialah suku kata tertutup. Diftong "ai" ialah suku kata terbuka. Untuk makluman, suku kata terbuka ialah suku kata yang diakhiri oleh huruf vokal, manakala suku kata tertutup ialah suku kata yang diakhiri oleh huruf konsonan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu, yang disusun oleh Encik Ismail Dahaman.Tatabahasa21.01.2010
12345678

Kembali ke atas