Terpaling cantik? Betul atau tidak? | Jawapannya adalah SALAH. Penanda darjah penghabisan, iaitu ter-, paling dan sekali tidak dapat hadir serentak dalam satu binaan ayat. Contoh kesalahan lain: tercantik sekali, paling cantik sekali, terpaling cantik, paling tercantik. | Tatabahasa | 07.09.2014 |
Jika ayat' Kereta itu tercantik sekali.' dikatakan salah. Adakah ayat' Pahlawan itu terkenal sekali ' juga salah? Terima kasih. | Untuk makluman saudara Kata penguat amat, sangat, sungguh, dan begitu boleh digunakan serentak dengan kata penguat "sekali". Walau bagaimanapun kata Kata penguat "ter" dan "paling" tidak boleh digunakan dengan sekali. oleh Itu, kedua-dua contoh ayat (Kereta itu tercantik sekali dan Pahlawan itu terkenal sekali) yang saudara berikan adalah salah. | Tatabahasa | 05.03.2010 |
Ayat mana yang betul? A) paling cantik sekali B) sangat cantik sekali C) sungguh cantik sekali D) amat cantik sekali E) tercantik sekali TQ | Ayat yang betul ialah B) sangat cantik sekali C) sungguh cantik sekali D) amat cantik sekali. Ayat A) paling cantik sekali dan E) tercantik sekali salah kerana imbuhan teR- dan kata penguat sekali dan paling sudah menunjukkan darjah penghabisan. Oleh itu, kedua-dua atau ketiga-tiganya tidak boleh digunakan serentak. Misalnya, apabila suatu kata adjektif itu telah menggunakan imbuhan teR-, maka kata penguat sekali dan paling tidak perlu lagi. | Tatabahasa | 29.03.2010 |
Selamat pagi, Adakah “paling besar sekali" betul? Bilakah kata penguat “sekali” boleh digunakan? Adakah kata penguat sekali boleh hadir bersama dengan kata penguat yang lain? Sebagai contoh, “sungguh indah sekali”, “tercantik sekali” dan sebagainya. Terima kasih | Yang betulnya ialah paling besar, sungguh indah sekali. tercantik. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 25.05.2010 |
salam sejahtera, saya ada kemusykilan tentang imbuhan 'ter' yang dikatakan hanya bergabung dengan kata adjektif, contohnya 'tercantik ' tidak boleh hadir bersama-sama kata penguat paling dan sekali. Persoalannya, bagaimana dengan imbuhan 'ter' yang bergabung dengan kata nama contohnya 'ternama' dan yang bergabung dengan kata kerja contohnya 'terdesak'. Bolehkah perkataan-perkataan tersebut menerima kata penguat paling dan sekali. Sekian, terima kasih. | Ada dua isu yang berbeza dalam hal ini. Pertama, awalan teR- boleh bergabung dengan kata kerja (terduduk) dan kata nama (ternama). Dan kedua ter + kata adjektif bagi mengungkapkan darjah penghabisan tidak termasuk dalam awalan teR-. Penggunaan kata adjektif yang betul ialah ter + kata adjektif (tercantik), kata adjektif + sekali (cantik sekali) dan amat/sangat/sungguh + kata adjektif + sekali (amat cantik sekali). Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 170 dan 244. | Tatabahasa | 29.01.2013 |
amat terindah, amat tercantik dan sebagainya. tatabahasa betul? | Penggunaan yang betul ialah teramat indah atau teramat cantik, ter + amat + kata adjektif. | Tatabahasa | 10.05.2011 |
merujuk soalan 73 yang telah saya tanya. Ayat' kereta itu tercantik sekali' sememangnya salah kerana kata adjektif'cantik' menggunakan kata penguat 'ter' dan 'sekali'. Walau bagaimanapun , ada pendapat yang mengatakan bahawa kata dasar bagi kata' terkenal' ialah 'kenal' iaitu bukan adjektif sebaliknya kata kerja. Oleh itu , ayat ' Pahlawan itu terkenal sekali' dianggap betul. Minta pendapat tuan. Terima kasih. | Imbuhan "ter" bagi terkenal bukan menunjukkan darjah penghabisan tetapi bermaksud "sedia kenal", oleh itu boleh digunakan perkataan sekali menjadi terkenal sekali. | Tatabahasa | 08.03.2010 |
APAKAH MAKSUD " MUSTIKA" | Ejaan yang betul ialah mestika yang bermaksud sejenis permata bernilai atau sebagai kata kiasan bagi menggambarkan sesuatu yang termolek, tercantik atau sesuatu yang disayangi, iaitu kekasih. | Makna | 15.05.2009 |
apakah makna mustika? | Tidak ada perkataan 'mustika' dalam bahasa Melayu. Dalam Kamus Dewan, yang ada ialah 'mestika' yang bermakna batu sakti, yang tercantik atau tersayang. | Makna | 16.11.2006 |
TD Edisi Ketiga ( m/s 244-247)membincangkan Penggunaan kata adjektif dalam ungkapan darjah penghabisan. Selain yang dibincangkan, cara lain boleh tak diterima seperti .. (i) sungguh cantik betul. (ii) paling cantik betul (iii) sangat cantik betul. (iv) amat cantik nian. (v) tercantik betul. | (i) sungguh cantik betul. (ii) paling cantik (iii) sangat cantik betul. (iv) amat cantik nian. (v) tercantik. | Tatabahasa | 05.03.2010 |