Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ca.pai] | ترچاڤاي

Definisi : (sudah) dicapai, sudah sampai (ke), sudah sampai (maksud), terlaksana; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ca.pai] | ترچاڤاي

Definisi : 1 dpt dicapai: Tidak ~ olehnya buah di hujung dahan itu. 2 sudah sampai atau berjaya mendapat (sesuatu maksud dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tercapai

Puisi
 

Apa direndam dalam bijana,
     Kain sutera hendak disidai;
Siang malam termenung merana,
     Kerana cinta tidak tercapai.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Sebelum tercapai pantang surut.

Bermaksud :

Tidak mahu mundur sebelum maksud tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: Pantang patah di tengah).

 

Lihat selanjutnya...(40)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kemerdekaan negara itu tercapai hasil daripada satu perundingan meja bulat - Edisi Ketiga Cetakan Kelima 2009 Kemerdekaan negara itu tercapai hasil satu perundingan meja bulat - Edisi Ketiga Cetakan Keenam 2010 Merujuk kepada ayat-ayat di atas, yang manakah yang betul (yang ditulis dengan kata sendi 'daripada' atau sebaliknya)?Kemerdekaan negara itu tercapai hasil daripada satu perundingan meja bulat. Tatabahasa11.02.2011
Slm, Mintak tuan/puan semaka ayat di bawah. Kakak gembira cita-citanya untuk menjadi doktor tercapai./Kakak gembira dapat mencapai cita-citanya untuk bergelar doktor. tqAyat yang gramatis ialah "Kakak gembira cita-citanya untuk menjadi doktor tercapai".Tatabahasa01.09.2015
Apakah maksud peribahasa "bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat"?Maksudnya kata sepakat tercapai dengan mesyuarat.Tatabahasa01.11.2009
boleh jelaskan penggunaan perkataan 'kemajuan' dan 'pembangunan'Definisi kemajuan ialah perihal maju (taraf hidup dll): ~ yg tercapai dlm masa sepuluh tahun ini dapat dibanggakan; ~ material kemajuan yg berkaitan dgn aspek kebendaan (spt kemajuan ekonomi); ~ roha-niah kemajuan yg berkaitan dgn aspek kero­hanian (spt etika, moral, dsb), manakala  pembangunan ialah perbuatan, cara dsb membangunkan sesuatu: ~ luar bandar; ~ masjid itu telah memakan masa dua tahun.Makna25.11.2018
apakah maksu 'kalu tidak dipecahkan ruyungnya,manakan dapat sagunya'?Makna peribahasa "Kalau tidak dipecahkan ruyung, di mana boleh mencapat sagu ialah tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Asyik memangku tangan, mati dalam angan-angan, b. Kurang sisik, tinggal lidi di buku; kurang selidik, tinggal kaji di guru, c. Pengayuh sayang dibasahkan, sampan takkan sampai ke seberang). Harap maklumMakna06.08.2007
Adakah penggunaan peribahasa "bertepuk tangan sebelah,tidak akan berbunyi" betul dalam ayat ini? Kemajuan negara kita dalam bidang teknologi maklumat,perubatan,pertanian dan sebagainya tidak akan tercapai tanpa kerjasama daripada semua rakyat kerana "bertepuk tangan sebelah,tidak akan berbunyi".Penggunaan peribahasa  "bertepuk tangan sebelah,tidak akan berbunyi" tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut kerana maksud peribahasa itu ialah cinta kasih yang tidak berbalas. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=bertepuk+sebelah+tangan+tidak+akan+berbunyi&d=11. Peribahasa yang sesuai dengan ayat tersebut ialah "bersatu teguh bercerai roboh"Lain-lain24.12.2015
Kepastian tentang penggunaan 'agar' dan 'supaya'?Agar bermaksud supaya dan semoga. Contoh penggunaan agar seperti yang berikut: Awak harus makan ubat agar cepat sembuh.

Definisi supaya ialah mudah-mudahan tercapai atau sampai maksudnya, agar; hendaknya. Contoh penggunaan supaya seperti yang berikut: Belajarlah daripada kesilapan supaya kamu tidak mengulanginya kembali.

Penggunaan agar dan supaya boleh digunakan pada kedua-dua contoh ayat yang dinyatakan di atas.
Makna06.02.2019
Saya ingin memohon jasa baik tuan/puan untuk mendapatkan pengesahan sama ada ayat "hasrat dikabulkan" hanya sesuai digunakan untuk membawa maksud keagaaman, sebagaimana dalam konteks "doa dikabulkan". Menurut pemahaman saya, dan menurut Kamus Dewan, perkataan "kabul" bererti "tercapai", "terlaksana", "tertunai". Harap mendapat penjelasan dan pengesahan DBP. Terima kasih atas bantuan yang diberikan.

Kata kabul atau frasa hasrat dikabulkan bukan istilah khusus yang hanya digunakan dalam bidang agama. Oleh itu, kata dan frasa tersebut boleh digunakan dalam konteks umum.

Tatabahasa20.09.2011
tolong terangkan kesalahan dalam ayat ini - 1. Begitu juga dengan pelancong dari dalam dan luar negeri yang sentiasa membanjiri kawasan Putrajaya tanpa mengira waktu. 2. Berikut ialah nama murid yang akan menyertai lawatan ke Langkawi. 3.Semoga hasratnya tercapai untuk melanjutkan pelajaran di menara gading. 4. Mi segeralah kita makan pada malam ini. 5. Terima kasih kerana memberikan peluang kepada saya untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam majlis yang mulia ini. 6. Baginda akan mengurniai rakyat yang banyak berjasa sempena Hari Keputeraan baginda esok.1. Luar negeri sepatutnya luar negara. 2. Ayat ini betul. 3. Melanjutkan pelajaran ke menara gading bukan di menara gading. 4. Dialog ini betul. 5. dalam majlis sepatutnya pada majlis. 6. Ayat sepatutnya Baginda mengurniakan pingat kepada rakyat yang banyak berjasa.Tatabahasa14.04.2010
Saya ingin bertanya, kata panggilan hormat untuk presiden sekiranya presiden itu adalah perempuan. Perlu kekalkan menggunakan nama Tuan atau Puan? Contohnya : Beliau adalah Presiden Amerika Syarikat wanita yang pertama, yang dipanggil ‘Tuan Presiden’ oleh kakitangannya, akan memastikan keamanan dunia tercapai di bawah pentadbirannya. “Tuan Presiden, tuan adalah orang yang paling berkuasa di dunia. Apa sahaja tindak-tanduk tuan mampu mengubah dunia,” kata Julius, selaku penasihat kanan kepada presiden itu. Sekian, terima kasih.Kata tuan walaupun sinonim dengan lelaki, tuan juga merupakan sapaan kepada orang yang dihormati. Jika dirangkaikan dengan jawatan sapaan yang tepat dalam konteks bahasa Melayu ialah Tuan Presiden walaupun beliau seorang perempuan.Lain-lain02.01.2014
123

Kembali ke atas