Adakah ayat ini betul? Buku itu telah saya hantar ke pengirimnya semalam mengikut alamat yang tercatat pada bungkusan buku tersebut. | Jawapan: Buku itu telah saya hantar kepada pengirimnya semalam mengikut alamat yang tercatat pada bungkusan buku tersebut. | Lain-lain | 08.10.2014 |
saya ingin mendapatkan panduan dari pihak tuan. Yang mana satu adalah benar? 1)catat atau catit? 2)....sepertimana yang tercatat ...atau .....sepertimana yang tercatit...? | Ejaan yang betul ialah catat dan tercatat. | Ejaan | 10.11.2011 |
Buku itu telah saya hantar kepada pengirimnya semalam mengikut alamat yang tercatat pada bungkusan buku tersebut. ( munsyi, apakah kesalahan pada ayat ini? sila tunjuk ajar. terima kasih_ | Tiada kesalahan dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 14.01.2014 |
Tuan, boleh tolong jelaskan apa maksud perkataan "buan" seperti mana yang tercatat dalam buku teks Bahasa Malaysia tahun 3(tajuk: keluarga kita)! Jasa tuan diucapkan ribuan terima kasih terlebih dahulu. Sekian, terima kasih ! Lim | Buan ialah sejenis pokok yang daunnya digunakan oleh masyarakat untuk membungkus makanan seperti untuk memasak ikan keli bakar. Kebiasaanya digunakan oleh masyarakat Bidayuh di Sarawak.Buan juga merupakan bakul sikit daripada rotan. | Tatabahasa | 10.01.2013 |
Saya pernah terbaca iklan yang menggunakan ungkapan rumah berbandung. Ungkapan ini belum tercatat dalam Kamus Dewan. Adakah ungkapan ini sesuai digunakan? | Frasa Rumah Berbandung tiada di dalam Kamus Dewan tetapi frasa yang tepat ialah Rumah Sebandung, iaitu dua buah rumah yang dijadikan (bercantum menjadi) satu. | Tatabahasa | 10.01.2013 |
Selamat pagi, Saya ingin memastikan sama ada perkataan "berenda" adalah perkataan formal yang tercatat dalam Kamus Edisi Keempat? Perkataan tersebut hanya wujud dalam lajur "takrif" tetapi tidak dinyatakan dalam lajur "kata". Sekian terima kasih. | Perkataan berenda merupakan kata terbitan apabila menerima imbuhan be-.Kata akar perkataan berenda ialah renda. Dalam Kamus Dewan Edisi Empat, renda bermaksud sejenis kerawang yang biasa dipasang di tepi baju. | Tatabahasa | 02.10.2013 |
Pada masa ini = Kini. Akan tetapi, dalam buku Tatabahasa Dewan halaman 258, ada tercatat Pada masa kini... Yang manakah frasa yang betul? | Kedua-duanya betul. | Tatabahasa | 31.05.2010 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ejaan manakah yang betul, Perancis atau Peranchis? Kedua-dua ejaan ini ada tercatat dalam data DBP. Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah Perancis. | Ejaan | 27.05.2014 |
1) Istilah kata majmuk berpasangan 'suri rumah ( housewife ) bukankah tanpa tangga ? Mengapakah Kamus Dewan Edisi 4 masih mencatatkan 'suri rumah ( tangga )' Apakah penjelasan tentang tangga dalam kurungan ini ? 2) Istilah 'mertua' ( Bahasa Jawa ) yang salah juga tercatat dalam Kamus yang sama . Adakah kata ini diterima selain 'mentua'? | 1. Fungsi (tangga) dalam perkataan suri rumah (tangga) seperti yang tercatat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat merupakan pilihan. Pengguna diberi pilihan untuk menggunakan suri rumah sahaja ataupun suri rumah tangga. Kedua-duanya betul. 2. Istilah mertua berasal dari Jakarta, tidak digunakan di Malaysia. Yang diterima pakai di negara kita ialah mentua. | Istilah | 08.02.2010 |
Saya ingin maklumat lanjut tentang peranan DBP | Peranan DBP selaras dengan Matlamat Dewan Bahasa dan Pustaka yang tercatat dalam Akta DBP (semakan tahun 1978, pindaan dan peluasan 1995): a) objektif untuk membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi; b) untuk memperkembangkan bakat sastera, khususnya dalam bahasa kebangsaan; c) untuk mencetak atau menerbitkan atau membantu dalam percetakan atau penerbitan buku-buku, majalah-majalah, risalah-risalah dan lain-lain bentuk kesusasteraan dalam bahasa kebangsaan dan dalam bahasa-bahasa lain; d) untuk membakukan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan; untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul; dan e) untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan supaya ia akan digunakan secara meluas bagi segala maksud mengikut undang-undang yang sedang berkuat kuasa. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku atau makalah yang tentang DBP, antaranya ialah: Peranan DBP lebih tegas dan jelas oleh Awang Sariyan [diwawancara oleh Adnan Abd. Majid] Dewan Masyarakat 01/07/2004 . 2. Permasalahan dalam pembangunan bahasa Melayu sebagai asas pembangunan negara bangsa Malaysia oleh Ismail Dahaman Dewan Bahasa 01/07/2001 . 3. DBP akan terus mainkan peranan Utusan Malaysia 06/01/1988 4. DBP kembangkan peranannya oleh Nor Sedek Ismail Utusan Malaysia 11/11/1994 . 5. Peranan DBP sebagai penasihat bahasa AGHA Utusan Malaysia 01/03/1996 6. Citra : Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia = Citra : Institute of Language and Literature Malaysia Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2003 . 7. CITRA : Dewan Bahasa dan Pustaka Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2002 . 8. Citra DBP 40 tahun Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 1996. | Lain-lain | 04.04.2013 |