Selamat sejahtera, Di sini saya ingin mengemukakan beberapa soalan . 1. apakah kata kerja bagi perbuatan murid sekolah rendah yang membawa beg di kedua-dua belah bahu di belakang mereka. Adakah kata kerja itu menggalas atau menyandang ? Apabila disemak kamus menggalas menggunakan kayu tetapi setahu saya perbuatan itu kita sebut sebagai menggalas beg manakala menyandang hanya di sebelah bahu. contohnya menyandang senapang , pedang dan beg tangan. harap pihak DBP dapat berikan penjellasan. tk Soalan kedua tersadai dan terdampar Jika disemak kamus seakan-akan sama. pemahaman saya pula... tersadai untuk benda manakala terdampar boleh pada orang atau mayat. bagaimanakah hendak bezakannya kerana apabila disemak kamus , agak keliru. terima kasih,harap mendapat jawapan secepat mungkin kerana soalan dalam peperiksaan sekolah. terima kasih. | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat perbuatan membawa beg di belakang ialah menggalas beg manakala membawa beg disebelah bahu ialah menyandang. Perkataan dampar membawa maksud hanyut dan terkandas di pantai. Perkataan sadai membawa maksud terdampar. Kedua-dua perkataan ini boleh digunakan secara bertukar ganti. | Makna | 13.05.2008 |
Beza antara perkataan 'melihat' dan 'memandang'. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, melihat bermaksud 1. nampak apabila memandang, tidak buta, celik: ia tidak dapat ~ lagi kerana matanya sudah kabur; 2. memandang (menengok, menonton, dll) dgn menggunakan mata: mereka pergi ke tepi pantai ~ kapal yg terdampar itu; 3. menilik, meramal (nasib dll): ~ nasib; 4. membuat kesimpulan dgn menggunakan pancaindera, memaklumi (mengetahui dsb) dgn atau setelah melihat (mendengar dsb), meninjau: setelah ~ raja murka itu segalanya orang besar-besar semuanya takut gementar tulangnya; dlm hal ini kita cuba ~ beberapa sebab tersebut; dilihat dr sudut bahasa, beliau tidak menyambung pencapaian bahasa dlm cerpen-cerpen Keris Mas; 5. melawat (orang sakit dll), menziarahi: ~ orang sakit; ~ bulan datang haid. Memandang pula ditakrifkan sebagai 1. menggunakan mata utk mengetahui, melihat seraya mengendahkan, memperhatikan, mengamati: dipandangnya bangunan yg tiga tingkat itu; segala perempuan yg ~ itu semuanya tertawa gelak-gelak; 2. menganggap: Wan Derus dipandang sbg seorang ketua; 3. memikirkan, mempedulikan, memerhatikan: keadilan tidak ~ pangkat atau harta; 4. menghormati, menghargai: ia dipandang orang di kampung itu; ~ berat menganggap sesuatu bukan sbg perkara kecil atau tidak penting, memberikan perhatian dgn penuh kesungguhan; ~ enteng (gampang, mudah, ringan, sepi) menganggap enteng (gampang dll), menganggap tidak penting; ~ hina (rendah) a) menganggap hina (rendah); b) menghinakan (merendahkan); ~ jauh (ke hadapan) memberikan perhatian kpd atau memperhitungkan perkembangan (kepentingan dsb) jangka panjang; ~ kpd mengambil kira akan, memperhitungkan, memikirkan; ~ serong menganggap tidak jujur, tidak mempercayai. | Istilah | 03.12.2009 |