1) Hal ini demikian kerana "banyak terdapat" ladang... banyak terdapat atau terdapat banyak? 2) Antaranya termasuklah... Gramatis? 3) Penglibatan atau pelibatan? Terima kasih. | Menurut data kami, rangkai kata yang betul ialah "terdapat banyak ladang. Ejaan yang betul ialah penglibatan. | Tatabahasa | 31.07.2020 |
Terdapat sebuah acara paralimpik yang dipanggil "shot put seated" atau "seated shot put" di mana peserta akan melontar peluru dalam keadaan duduk di atas sebuah kerusi. Jika saya ingin menamakan acara ini dalam bahasa Melayu, adakah "lontar peluru duduk" padanan yang sesuai? | Cadangan padanan “Lontar Peluru Duduk” boleh diterima sebagai padanan seated shot put. | Istilah | 16.06.2019 |
Terdapat banyak terjemahan bagi "International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination" (ICERD) dalam media tempatan termasuk pihak kerajaan. Apakah terjemahan sesuai bagi istilah ini bagi pendapat pihak DBP? | Terjemahan untuk nama konvensyen merupakan nama khas yang telah dipersetujui oleh pihak yang berautoriti. Dari sudut bahasa, kami mencadangkan Konvensyen Antarabangsa Penghapusan Diskriminasi Kaum memandangkan setiap perkataan bahasa Inggeris ICERD mempunyai padanan dalam bahasa Melayu. | Lain-lain | 23.11.2018 |
Terdapat dua istilah yang dikemukakan oleh Dewan Bahasa bagi perkataan 'fibre optic', iaitu 'optik gentian' serta 'gentian optik'. Manakah istilah yang lebih tepat digunakan dari aspek kejuruteraan atau komunikasi. | Gentian optik | Istilah | 29.10.2018 |
terdapat perkataan PSIKOTROFIK didalam peraturan - peraturan kualiti alam sekeliling (buangan Terjadual)2005 apakah maksud perkataan tersebut dan ayatnya seperti berikut:- Dadah terbuang yang mengandungi bahan PSIKOTROFIK atau yang mengandungi bahan yang bertoksik. | PSIKOTROFIK atau dalam bahasa Inggeris, psychotropic bermaksud bahan atau dadah yang boleh menjejaskan mental seseorang. | Makna | 07.06.2018 |
Terdapat perbezaan penggunaan hamzah (perkataan Jawi) di dalam kamus DBP dengan system online DBP. Contoh perkataan seperti laut, buih, main dan sebagainya. Mohon penjelasan. Terima kasih. | Ejaan pada kedua-dua sumber, iaitu sistem dalam talian dan buku Daftar Kata Bahasa Melayu:Rumi-Sebutan-Jawi adalah sama. Penggunaan huruf hamzah juga sama. Yang membezakan antara kedua-dua sumber ialah pada buku, huruf hamzah ditulis 1/3 tinggi daripada paras huruf lain, manakala pada sistem, huruf hamzah ditulis selari dan sama paras dengan huruf lain. Hal ini kemungkinan disebabkan masalah teknikal. Kedudukan huruf hamzah yang paling tepat ialah pada buku Daftar Kata Bahasa Melayu:Rumi-Sebutan-Jawi. | Ejaan | 29.06.2016 |
Terdapat atau tidak perkataan dalam bahasa Melayu untuk 'selfie' dan 'wefie'? | Perkataan tersebut tiada dalam bahasa Melayu. | Lain-lain | 27.10.2015 |
Terdapat 1 kesalahan tatabahasa dan 1 kesalahan istilah dalam ayat ini. Mohon pihak tuan tentukan jawapannya. Mereka yang kena tipu sebenarnya tidak cuai tetapi mereka tidak menyedari bahawa ada pihak yang sanggup mengambil kesempatan atas sifat baik hati mereka itu. Sekian terima kasih. | Ayat yang betul ialah "Mereka yang tertipu sebenarnya tidak cuai tetapi tidak menyedari bahawa ada pihak yang sanggup mengambil kesempatan atas kebaikan mereka itu". | Tatabahasa | 13.09.2015 |
Terdapat Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) yang memohon untuk menjalankan program dengan nama Diploma Pengurusan Bisnes. Soalan saya, adakah perkataan 'bisnes' ini diiktiraf di dalam kamus Melayu? Sekiranya nama program tersebut diluluskan, adakah nama tersebut akan memberi kesan negatif kepada Bahasa Melayu? Sekian, terima kasih. | Padanan business dalam bahasa Melayu ialah perniagaan. Ini bermakna perkataan bisnes bukanlah bahasa yang standard, hanyalah digunakan dalam bahasa percakapan yang banyak dipengaruhi bahasa Inggeris. | Istilah | 15.01.2015 |
Adakah ayat berikut betul? 1. Di dalam zoo terdapat pelbagai jenis binatang seperti gajah, zirafah dan sebagainya. 2. Terdapat pelbagai jenis binatang seperti gajah, zirafah dan sebagainya di dalam zoo. 3. Terdapat pelbagai jenis binatang di dalam zoo seperti gajah, zirafah dan sebagainya. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah Di dalam zoo terdapat pelbagai jenis binatang seperti gajah, zirafah dan harimau. (sebutkan lagi beberapa nama-nama binatang yang lain) atau Terdapat pelbagai jenis binatang di dalam zoo seperti gajah, zirafah dan lain-lain. | Tatabahasa | 08.02.2018 |