Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terdapat lah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera masitah, Soalan : Berkenaan penggunaan partikel "-lah", adakah penggunaannya wujud untuk penulisan formal? Atau penggunaannya lebih hanya untuk penulisan tidak formal. Terima kasih. Jawapan : Penggunaan kata penegas lah ialah partikel atau kata tugas yg digunakan untuk menegaskan kata yang mendahuluinya serta terikat dengannya.Penggunaan partikel lah wujud dalam penulisan formal. Contoh; Makanlah kuih itu. Janganlah kamu berasa segan. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Khidmat Nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka. Dalam jawapan di atas, contoh yang diberikan merujuk kepada perbualan. Contoh lain yang dapat saya fikirkan ialah seperti berikut: -Tidurlah wahai anakku -Belilah perisian yang original -Sayulah hatinya mengenangkan nasib yang menimpa keluarganya. -Marilah pergi mengundi -Terimalah hadiah ini Adakah perbualan dan penulisan kreatif dianggap penulisan formal. Pada pemahaman saya, penulisan formal seperti menulis surat rasmi atau laporan. Harap dapat maklum balas dengan kadar segera.Penulisan formal seperti surat rasmi dan laporan juga terdapat penggunaan partikel lah. Misalnya perkataan "hendaklah" yang lazim digunakan dalam surat rasmi mahupun pekeliling rasmi.Tatabahasa15.01.2013
Adakah terdapat perbezaan pada penggunaan perkataan "dipohon" dan "dimohon" ? Yang manakah penggunaan perkataan yang betul ? Bolehkah diberikan contoh penggunaan keduanya ? Terima kasih

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, makna mohon : 1.  bh minta, minta izin: setelah itu maka sahaya ~lah pulang; 2. sl ampunilah (kerana menolak, mengingkari, dll), maaflah: maka titah baginda, "Mahukah akan Tun Rakna Sandari, saudara Paduka Raja itu?" maka sembahnya, "~ patik, tuanku";

Perkataan pohon juga bermaksud memohon meminta dengan halus.  Walau bagaimanapun bagi penggunaan dalam ayat yang lebih tepat dan sesuai digunakan ialah dimohon.

Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat halaman 1040 dan 1220 untuk maklumat lanjut.  

Istilah03.12.2010
Selamat pagi. Apakah terdapat perbezaan anatar "termasuk" dan "termasuklah"? Misalnya, dalam ayat di bawah, adakah kedua-dua "termasuk/termasuklah" boleh digunakan? Perbezaannya adalah kali ini, bukan sahaja pengurus besar, tetapi rakan-rakan lain termasuk/termasuklah pekerja kesatuan pekerja semuanya sudi bekerjasama. Terima kasih.Lah ialah partikel atau kata tugas yang digunakan untuk menegaskan kata yang mendahuluinya serta terikat dengannya. Kedua-dua perkataan, termasuk atau termasuklah boleh digunakan dalam ayat yang dikemukakan tersebut. Tatabahasa22.08.2021
1. penggunaan perkataan 'ia' adakah untuk manusia sahaja (kata ganti nama diri ke-3) atau boleh juga diguna untuk ganti nama merujuk kepada benda seperti maksud yang terdapat dalam kamus dewan edisi ke-4. Contoh ayat: Kereta itu Baharu. Ia berwarna biru. salah atau betul sila berikan ulasan. bolehkan ia disamakan dengan 'it' dalam bahasa inggeris. 2.Apakah penjelasan bagi penjodoh bilangan 'keping' dan 'papan'. 3. perbezaan penggunaan kata seru 'wah' dan 'amboi" tolong berikan ulasan. 4. Partikel 'lah' dan'tah' apakah ulasan dan penggunaannya.

1. Kata "ia" boleh digunakan untuk orang, perkara dan benda, tidak boleh digunakan untuk binatang. "ia" boleh disamakan dengan "it" dalam bahasa Inggeris.

2. Penjodoh bilangan keping digunakan untuk benda yang pipih atau nipis seperti papan, roti, gambar, tiket, duit, kertas/syiling, getah. Penjodoh bilangan papan pula digunakan untuk benda-benda seperti mercun, asam jawa, petai, kerdas.

3. Kata seru "wah" ialah kata seru utk menyatakan kehairanan (terkejut, kagum, dll): Wah, dahsyat sungguh!; 'Amboi' ialah kata seruan utk menyatakan rasa hairan (kasihan dll) atau utk mengusik seseorang: Amboi, lajunya kereta ini! Amboi cantik sungguh awak hari ini! Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.

4. Partikel -lah dan -tah digunakan untuk memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Kehadiran -lah dan -tah sebagai kata penegas frasa predikat hanya berlaku apabila frasa predikat atau bahagian-bahagian yang ditegaskan itu mengalami proses pendepanan. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 261.

Tatabahasa03.08.2009
Salam sejahtera, Dalam penggunaan kata tanya, apakah peranan tambahan 'kah' di hujung setiap kata tanya? Contohnya, "Bagaimana'kah' kamu melakukannya?" Adakah ayat tetap betul tatabahasanya jika 'kah' tidak diletakkan? Terima kasih.Dalam bahasa Melayu, terdapat kata penegas yang disebut juga partikel atau kata penyerta ialah sejumlah perkataan yang memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat,  iaitu -kah, -tah dan -lah. Kehadiaran  -kah, -tah dan -lah  penting sebagai kata penegas frasa predikat hanya berlaku apabila frasa predikat atau bahagian-bahagian yang ditegaskan itu mengalami proses pendepanan, seperti contoh ayat "Siapakah majikan kamu itu?"
Tatabahasa07.10.2015
Salam sejahtera,

saya ingin bertanya, apakah partikel "kah" itu harus selalu di tulis bersambung dengan perkataan Melayu atau kata nama khas sebelumnya.

Umpamanya untuk contoh-contoh berikut:

"Ya kah, apa dia kata begitu?"

"Si Lehakah yang datang?"

Atas penjelasannya saya ucapkan setinggi-tinggi terima kasih.

Salam hormat,

Ahmad Shah

Dalam bahasa Melayu, terdapat kata penegas yang disebut juga partikel atau kata penyerta ialah sejumlah perkataan yang memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat,  iaitu -kah, -tah dan -lah. Partikel -lah, -kah dan -tah mesti ditulis bersambung dengan perkataan sebelumnya. Untuk maklumat lanjut , sila rujuk buku Tatabahasa Dewan , halaman 261.
Tatabahasa17.04.2020
Manakah yang betul? Dapatkanlahnya sebelum stok habis atau Dapatkannyalah sebelum stok habis? Setahu saya dapatkanlah diterima sebagai mematuhi hukum nahu BM (dapatkan + -lah untuk memperlembut suruhan) dan dapatkanlah perlu disusuli objek dan dalam kes ini -nya. Namun, sata ada terlihat penggunaan dapatkannyalah juga. Mana yang betul?Frasa ini lebih berbentuk frasa iklan. Terdapat penggunaan ayat yang berbeza antara frasa bentuk biasa dan bentuk iklan tanpa mengabaikan tatabahasa. Untuk frasa ini lebih tepat sekiranya menggunakan ayat: Dapatkan sebelum stok habisTatabahasa12.04.2019
Ingin meminta tunjuk ajar bagaimana untuk menerangkan kepada murid sekolah rendah cara menggunakan kata penegas dalam ayat.Kata penegas ialah sejumlah perkataan yang memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Terdapat dua jenis kata penegas, iaitu pertama yang menegaskan hanya frasa predikat, contohnya -kah, -tah dan -lah; dan kedua yang menegaskan subjek dan predikat ayat, contohnya juga, jua dan pun. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 261.Tatabahasa18.04.2013
Salam sejahtera tuan. Baru-baru ini, IPG heboh dengan penggunaan perkataan "penyuraian" tetapi kata terbitan ini tidak terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Adakah perkataan ini wujud dalam bahasa Melayu? Jika tidak, apakah istilah yang sesuai dalam konteks yang berikan? Sekian, terima kasih.Salam Sejahtera tuan/puan.  Untuk makluman tuan/puan, penyuraian ialah kata terbitan yang berasal daripada kata “surai”. Kamus Dewan Edisi Keempat memberikan definisi yang berikut:  bersurai berpisah-pisah, bercerai-cerai: setelah mayatnya ditimbus, semua yg hadir pun ~lah pulang ke tempat masing-­masing; menyurai, menyuraikan menjadikan ber­surai, membubarkan (perkumpulan dll), memisah-misahkan, mencerai-ceraikan: polis terpaksa melepaskan tembakan gas pemedih mata utk menyuraikan perkumpulan haram itu.  Sekian. Terima kasih.Tokoh11.08.2017
Assalamualaikum, saya nak minta pendapat tentang penggunaan bahasa rojak, slang, ayat-ayat yg telah dicampur bahasa melayu dengan bahasa english atau accent (seperti: lah, cincai, jom, 4eva, boss, tapau, femes, syok giler, cun, beb, relaks). apa pendapat DBP tentang perkara ini? apa langkah-langkah DBP telah lakukan untuk perkara seperti ini? Harap dapat menjawab soalan saya kerana saya akan membentangkan perkara ini di tempat kerja saya esok. terima kasih.Secara ringkasnya, bahasa rojak merupakan satu variasi atau ragam bahasa basahan yang hanya sesuai digunakan dalam suasana tidak rasmi sahaja. Jika bahasa ini digunakan dalam konteks rasmi, maka akan timbul masalah pemilihan ragam bahasa dan secara khusus masalah itu berkiatan dengan isu kesantunan bahasa. Penggunaan bahasa rojak menunjukkan penguasaan seseorang penutur bahasa Melayu sangat lemah dan tidak mempunyai semangat cintakan bahasa kebangsaan.
DBP sememangnya memantu penggunaan bahasa khususnya dalam media elektronik. Terdapat rancangan televisyen yang cenderung menggunakan bahasa pasar atau bahasa rojak terutamanya rancangan berbentuk hiburan dan santai. Melalui kerjasama DBP dengan pihak media, kami berusaha untuk memperbaik mutu rancangan dan seterusnya memartabatkan bahasa Melayu yang menjadi citra kebangsaan.
Tatabahasa24.01.2017
12

Kembali ke atas