Adakah terdapatnya program atau aktiviti untuk orang yang bukan berwarganegara malysia untuk mempelajari bahasa melaysia? | Untuk makluman tuan, semua urusan yang berkaitan kursus diselaraskan dan diuruskan oleh Akademi DBP. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Dr. Amran bin Joned, Ketua Akademi DBP melalui talian 03-21479000 atau e-mel amran@dbp.gov.my. | Lain-lain | 20.11.2015 |
Sila nyatakan adakah ayat di bawah betul atau salah, nyatakan sebabnya. I Di pinggir jalan menuju ke pekan, terdapatnya sebuah gerai roti canai yang enak sungguh. II Majlis yang amat meriah itu dihadiri oleh rakyat dari seluruh pelosok negara. III "Minta tuan-tuan bertenang seketika kerana sistem pembesar suara mengalami masalah teknikal," kata pengacara majlis. IV Pelajar itu tidak pandai, tetapi suka membaca buku apabila ada masa lapang. | I. Di pinggir jalan menuju ke pekan, terdapatnya sebuah gerai roti canai yang enak sungguh. - Ayat ini tidak gramatis kerana nya (terdapatnya) ialah kata ganti nama diri ketiga dan tidak gramatis untuk aayat ini. II. Majlis yang amat meriah itu dihadiri oleh rakyat dari seluruh pelosok negara. - Ayat ini gramatis. III. "Minta tuan-tuan bertenang seketika kerana sistem pembesar suara mengalami masalah teknikal," kata pengacara majlis. - Ayat ini boleh digunakan dalam konteks arahan. IV. Pelajar itu tidak pandai, tetapi suka membaca buku apabila ada masa lapang. - Ayat ini betul kerana tetapi ialah kata hubung untuk menyatakan kata-kata yang berlawanan. | Tatabahasa | 28.05.2012 |
Assalamualaikum. Boleh saya tahu di mana terdapatnya koleksi Majalah Dewan Sastera yang lepas-lepas? Contohnya Majalah Dewan Sastera yang memuatkan laporan penuh panel untuk pemenang Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2010/2011. Terima kasih | Majalah Dewan Sastera yang lepas dan terkini terdapat di Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, dan dijilidkan mengikut tahun. Tuan/Puan boleh membuat permohonan salinan artikel yang diperlukan melalui e-mel: khidmat1@dbp.gov.my. | Lain-lain | 09.12.2022 |
Bolehkah istilah "insolvensi" digunakan sebagai terjemahan "insolvency", memandangkan bahawa terdapatnya Jabatan Insovensi di Malaysia? Terima kasih. | Perkataan "insolvensi" tidak boleh digunakan sebagai terjemahan kepada perkataan "insolvency". Padanan istilah yang betul bagi perkataan tersebut ialah "ketakmampuan bayar". | Istilah | 28.10.2019 |
Salam dan terima kasih kerana membantu. Adakah ayat-ayat berikut gramatis? "Sentiasa mencuba dan tetap menggunakan cara yang mudah adalah penting, terutamanya pada mulanya. Akan terdapatnya banyak bahagian yang bergerak, tarikh akhir yang sukar untuk ditepati dan matlamat yang hebat. Semakin ringkas struktur kempen anda, semakin efisien dan berkesan struktur itu akan menjadi." | Ayat yang betul: 1. Sentiasa mencuba dan tetap menggunakan cara yang mudah merupakan perkara penting, terutamanya pada peringkat permulaan. 2. Semakin ringkas kempen, semakin efisien dan berkesan. 3. Akan terdapatnya banyak bahagian yang bergerak, tarikh akhir yang sukar untuk ditepati dan matlamat yang hebat - Ayat ini tidak dapat difahami, sila berikan padanan jika diterjemahkan daripada bahasa Inggeris untuk kami lihat kesesuaian konsepnya sebelum memberikan jawapan yang tepat. | Lain-lain | 04.09.2019 |
salam,,saya ingin membuat kajian tentang dialog antara agama di Malaysia.soalan saya adakah terdapatnya buku tersebut di DBP..terima kasih | Terima kasih atas soalan anda. Secara terperincinya, bahan untuk kajian saudara itu amat kurang di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP. Ini kerana koleksi kami menumpukan kepada koleksi bahasa,sastera dan budaya.Saudara boleh membuat rujukan di Perpustakaan IKIM, Jalan Duta, Perpustakaan JAKIM di Putrajaya, Perpustakaan Tun Seri Lanang, UKM dan Perpustakaan Negara Malaysia. | Lain-lain | 15.07.2010 |
Yang mana satukah, ayat berikut yang betul. Jika salah sila nyatakan kesalahannya. 1. Di pinggir jalan menuju ke pekan, terdapatnya sebuah gerai roti canai yang enak sungguh. 2. Pelajar itu tidak pandai, tetapi suka membaca buku apabila ada masa lapang, | Ayat pertama tidak gramatis. Kata ganti nama nya tidak perlu dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 23.05.2012 |
maksud peribahsa GELITA KERANA CINTA BENDERANG KERANA KASIH | Tidak terdapat peribahasa sedemikian dalam rujukan kami. Mohon dinyatakan sumber terdapatnya peribahasa ini. | Lain-lain | 29.04.2008 |
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya mengenai ayat berikut: "Dari/daripada mana datangnya tenaga pada masa hadapan?" Ayat ini ingin menyatakan sumber tenaga tersebut. Jadi, adakah 'daripada' digunakan, atau 'dari' digunakan kerana terdapatnya perkataan 'mana' di situ? Sekian, terima kasih. | Ayat yang diberikan jelas menunjukkan sumber. Maka kata sendi "daripada" lebih tepat. | Tatabahasa | 29.10.2015 |
Semua tawanan perang itu jangan kalian pengapakan,” kata Bendahara Ali kepada anak-anak buahnya. (munsyi, adakah pengapakan sesuai digunakan dalam sastera lama ini?) | Saudari, Tidak terdapatnya perkataan 'pengapakan' dalam sumber rujukan kami. Namun, untuk contoh ayat yang di atas, lebih gramatis sekiranya digunakan perkataan 'apa-apakan'. Misalnya: Semua tawanan perang itu jangan kalian apa-apakan. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami. | Sastera | 05.09.2012 |