Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.de.dah] | تردده

Definisi : 1. terbuka (bkn pintu, tingkap): pintu bilik itu sentiasa ~ dan sesiapa sahaja dapat masuk; 2. tidak tertutup (bkn badan, makanan, dll): penjaja itu membiarkan barang-barang jualannya ~; pahanya ~; 3. berada dlm keadaan terbuka kpd (pengaruh sesuatu dsb): pd dasarnya orang Melayu makin ~ kpd dunia luar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.de.dah] | تردده

Definisi : 1 terbuka (bkn pintu, tingkap dsb): Jangan biarkan pintu depan itu ~, nanti dimasuki pencuri. 2 tidak tertutup (bkn makanan, badan dll): Mengapa hidangan ini ~ saja? 3 dpt dipengaruhi oleh: Apabila hubungan diperluas, sesuatu masyarakat itu ~ kpd perkembangan peradaban dlm masyarakat lain. 4 tidak dilindungi: Tugas yg sulit itu ~ kpd bahaya (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terdedah

Puisi
 

Dari Kedah ke Tanah Liang,
     Tinggi pasir Kuala Patani;
Pintu terdedah sampai siang,
     Apa taksir pada kami.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Berselimut kain cukin;
     ditutup kepala kaki terbuka,
ditutup kaki kepala terdedah.

Bermaksud :

Serba tak cukup (miskin). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai berkain tiga hasta, b. Kain panjang empat, ditarik ke atas ke bawah tak sampai). cukin = kain basahan atau kain kecil penutup dada waktu makan.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
perbezaan-"terdedah kepada' dan 'terdedah pada'Frasa yang betul ialah terdedah kepada.Tatabahasa30.01.2010
Yang mana betul? "Terdedah pada habuk" atau "Terdedah kepada habuk" Terima kasih.Kata sendi nama yang betul ialah "kepada" (Terdedah kepada habuk) Tatabahasa10.08.2016
1)Makna-meragau ikan -terhimbau -conggoh 2)Yang manakah betul 'terdedah kepada' atau 'terdedah pada'

1. Kata terbitan yang betul ialah terimbau bermaksud terpanggil, perkataan conggoh tidak ada dalam sumber rujukan kami yang ada conggok bermaksud tegak (dengan kepala tidak tunduk), begitu juga perkataan meragau ikan tidak ada dalam sumber rujukan kami, sila hubungi kami semula dan nyatakan konsep serta contoh penggunaannya.

2. Frasa yang betul ialah "terdedah kepada".

Tatabahasa28.01.2010
Yang manakah satu betul (1)~a. terdedah kepada, ATAU~terdedah pada. (2) ~a,bergantung kepada,~b, bergantung padaSila berikan contoh ayat yang lengkap agar pihak kami dapat memberikan padanan jawapan yang yang sesuai berdasarkan konteks ayat tersebut.Tatabahasa21.04.2022
Abang Rosdi memastikan anak-anaknya tidak terdedah .......... bahaya dadah apa jawapan yang tepat daripada atau kepada?Abang Rosdi memastikan anak-anaknya tidak terdedah kepada bahaya dadah.  kepada - kata sendi nama di hadapan kata nama yang menyatakan sasaran merujuk manusia, haiwan dan unsur mujarad.Tatabahasa27.06.2011
makna terbukaMenurut Kamus Dewan Edisi Empat, terbuka ialah tidak tertutup (bertutup), terdedah; 2. terlepas, terurai, tertetas (ikatan, jahitan); 3. terkembang, terbentang (layar, payung); 4. terluang, ada (peluang pekerjaan), tersedia: peluang pekerjaan terbuka luas kepada anak-anak muda di kawasan perusahaan luar bandar; 5. telah dilihat (diketahui) orang (rahsia), terdedah, terbongkar: rahsianya telah terbuka; 6. tidak terhad (tersekat) kepada orang tertentu sahaja. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=terbuka untuk lebih lanjut.Tatabahasa07.03.2013
Kanak-kanak yang bermastautin di dalam bandar sentiasa terdedah kepada alam siber dan permainan komputer. ayat ini betul?Frasa yang gramatis dengan konteks ayat tersebut ialah "di bandar".Tatabahasa04.08.2013
Keropok di atas meja itu sudah lemau kerana terdedah kepada udara. pola ayat ialah? FN + KAdjektif atau FKerja? kata' lemau' ialah kata adjektif atau kerja? tq

Encik Yu,

Perkataan 'lemau' ialah kata kata adjektif. Oleh itu, pola ayat ialah FN + FA. 

Tatabahasa14.06.2010
Walaupun isu rasuah di dalam institusi pentadbiran agama Islam seperti jabatan atau majlis agama Islam, mahkamah syariah, dan institusi masjid tidak begitu ketara, namun tidak dinafikan bahawa institusi-institusi ini juga terdedah kepada pelakuan rasuah terutama jika dilihat dari aspek salah laku pentadbiran. !. adakah ayat ini tepat? 2. ..di dalam institusi atau dalam institusi?Walaupun isu rasuah dalam institusi pentadbiran agama Islam seperti jabatan atau majlis agama Islam, mahkamah syariah dan institusi masjid tidak begitu ketara namun tidak dinafikan bahawa institusi tersebut juga terdedah kepada pelakuan rasuah, terutamanya dari aspek salah laku pentadbiran.Tatabahasa22.11.2021
Bolehkah terjemah "vulnerable employment" kepada pekerjaan mudah terjejas? "those who are vulnerable employed" kepada pekerja yang mudah terjejas?Berdasarkan data kami, perkataan "vulnerable" bermaksud mudah terdedah pada bahaya, mudah dipengaruhi, mudah dikecam, mudah terjejas dan mudah diserang. Sila sesuaikan dengan konteks penggunaan frasa tersebut.Makna21.09.2020
1234

Kembali ke atas