Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.de.ngar] | تردڠر

Definisi : 1. (sudah) didengar: apabila ~ oleh Pak Pandir bunyi itu, ia pun lari lintang-pukang; 2. dapat (boleh) didengar: sebelum dia masuk, ~ olehnya bunyi orang mencuci baju; 3. ki sanggup (tahan) didengar: tenarlah bunyi sumpah seranahnya akan Pak Pandir, hingga tiada ~ oleh anjing dan kucing; 4. didengar, diketahui: berita itu sudah ~ merata-rata; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.de.ngar] | تردڠر

Definisi : 1 sudah didengar: Apabila ~ suara orang bang, dia pun pergi ke surau. 2 dpt didengar; boleh didengar: Suara orang bang tidak ~ kerana masjid agak jauh dr sini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terdengar


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya terdengar dalam Radio Bernama 24 2-3 minggu lepas ttg penggunaan "ahli" yang merujuk kepada pakar dan bukan keanggotaan. Kalau ini betul, adakah ahli jawatankuasa atau AJK perlu dipinda kepada anggota jawatankuasa? Buku apakah yang boleh saya rujuk berkenaan perkara tersebut? Terima kasih SabaKata 'ahli' digunakan untuk menunjukkan mahir dalam sesuatu perkara seperti ahli muzik, ahli silap mata dan ahli fizik. Manakala bagi membawa maksud menyertai dalam sesuatu kumpulan atau bidang, lazimnya digunakan 'anggota' seperti anggota polis, anggota bulan sabit dan anggota kelab. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk buku Kunci Bahasa Melayu oleh  Awang Sariyan, 1986, Sasbadi, halaman 147.Tatabahasa14.05.2010
Dia berketuk pintu sebelum masuk. Kami terkejut kerana terdengar berketuk di dinding. Guru saya kata ayat ini betul. saya musykil kerana berketuk dalam kamus merujuk bunyi ayam sahaja. Mohon penjelasan pihak tuan. terima kasih.Ayat yang betul ialah Dia mengetuk pintu sebelum masuk. Kami terkejut kerana terdengar ketukan di dinding.Tatabahasa30.07.2009
Salam sejahtera.. Kebelakangan ini sering kali terdengar pengucapan oleh individu-individu tertentu termasuk pemimpin yang menggunakan perkataan "mereka-mereka". Apakah tindakan DBP supaya perkara ini dapat dibetulkan terutama kepada pihak atasan supaya menggunakan bahasa dengan lebih baik lagi.

Encik Mohd Fadhil terima kasih kerana menghubungi KNBDBP

Penggunaan mereka-mereka sepatutnya tidak lagi berlaku kesalahan, kerana mereka telah membawa makna banyak atau ramai. Kesalahan seperti ini biasanya pihak Dewan Bahasa akan menulis terus kepada pengguna dan menerangkan apakah kesalahan yang telah dilakukan dan kita meminta supaya pada masa akan datang kesalahan ini tidak berulang lagi.

 

Tatabahasa11.11.2009
adakah perkataan "Latek" perkataan Melanau yang bermaksud Lumpur sudah digunakan dalam dbp. kertana saya terdengar salah saorang daripada guru menggunakan bahasa ini dalam ucapan beliau yang menjurus simpulan maknanya dalam penyampayan nya yang bermeksud masih di tekuk yang lama.Buat masa ini kata tersebut belum dirakamkan di dalam kamus terbitan DBP.Lain-lain31.03.2008
Selamat pagi, saya ada soalan tatabahasa untuk bertanya, harap dapat selesaikan. Manakah yang betul ? 1 sebuah mangkuk atau sebiji mangkuk ? 2 adik dihidangi oleh ibu sepinggan nasi atau adik dihidangkan oleh ibu sepinggan nasi ? 3 mereka memperdengar , memperdengarkan atau terdengar bunyi orang bercakap ketika melalui rumah itu ? 4 kakak mengirim atau mengirinkan sepucuk surat kepada datuk ? 5 imbuhan ter, sungguh, paling di belakang tidak boleh bubuh sekali, betul tak ? 6 di belakang amat boleh bubuh sekali tak ? cth. amat cantik sekali Terima kasih.1 sebuah mangkuk atau sebiji mangkuk ?
tiada penjodoh bilangan  khusus untuk mangkuk. sebiji dan sebuah adalah penjodoh bilangan yang paling hampir.

2 adik dihidangi oleh ibu sepinggan nasi atau adik dihidangkan oleh ibu sepinggan nasi ?
Dua-dua betul.

3. mereka memperdengar , memperdengarkan atau terdengar bunyi orang bercakap ketika melalui rumah itu ?  - terdengar bunyi orang bercakap ketika melalui rumah itu.

4 kakak mengirim atau mengirinkan sepucuk surat kepada datuk ? - kakak mengirimkan sepucuk surat kepada datuk.


5 imbuhan ter, sungguh, paling di belakang tidak boleh bubuh sekali, betul tak ?
Kata penguat bebas boleh digabungkan dengan awalan ter- dan hadir sebelum kata adjektif dalam konteks penanda darjah penghabisan. Contoh : teramat pandai,teramat cantik, tersangat pandai, tersangat cantik.

darjah penghabisan boleh juga menerima kata penguat belakang "sekali" dengan kata penguat bebas amat, sangat, atau sungguh yang hadir sebelum kata adjektif. Contoh : amat cantik sekali, sungguh pandai sekali,sangat cantik sekali.   

Tatabahasa31.08.2012
Salam hormat, tuan. Saya ada sedikit kemusykilan tentang penggunaan kata "nan" yang membawa maksud 'yang'. Adakah boleh kata "nan" digunakan pada sebarang keadaan? Sebelum ini saya ada terdengar tentang kata "nan" hanya digunakan sekiranya kata sebelumnya berakhir dengan huruf 'n'. Misalnya; frasa "lautan nan luas". Jadi, frasa "karya nan indah" dianggap tidak gramatis kerana kata 'karya' tidak diakhiri dengan huruf 'n'. Saya musykil tentang ini. Mohon penjelasan daripada pihak tuan.Tidak ada dapatan sedemikian dalam rujukan kami. Kata "nan" boleh digunakan bagi membawa maksud "yang" , contohnya rumah nan jauh.Tatabahasa15.06.2012
Saudara, Adakah ayat-ayat yang berikut gramatis? Kalau tidak, apakah kesalahannya? 1. Adalah menjadi kesalahan sekiranya menjual rokok kepada kanak-kanak. 2. Mak Temah terkejut dan pengsan apabila terdengar bunyi letupan. 3. Razak membawa hatinya ikut suka ke mana sahaja. Terima kasih. Salam hormat, LIM KHAN SAN

Encik Lim terima kasih kerana menghubungi KNBDBP

Ayat ini (1) adalah ayat kenyataan/pemakluman jadi ayat tersebut betul walaupun ayat ini menggunakan perkataan adalah pada permulaan ayat. Ayat kedua perkataan dan seharusnya diganti dengan perkataan lalu. Manakala ayat ketiga sepatutnya ditulis. Razak membawa diri mengikut kata hatinya.

Terima kasih.

Tatabahasa17.01.2010
soalan 1 perkataan 'belaka' bolehkah digunakan seperti ayat berikut: 'makanan-makanan yang terhidang di atas meja itu enak-enak belaka.' soalan 2 adakah ayat berikut betul? 'Air muka Ali berubah apabila terdengar suara memanggilnya dari rumah tinggal itu.'

Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, belaka bermaksud semuanya atau  seluruhnya sekali (tidak ada kecualinya). Justeru, belaka boleh digunakan dalam ayat tersebut. Walau bagaimanapun, ayat  tersebut salah kerana kata nama ganda yang bermaksud jamak tidak boleh diikuti oleh kata adjektif ganda yang bermaksud jamak. Ayat yang betul ialah Makanan yang terhidang di atas meja itu enak-enak belaka. ATAU Makanan-makanan yang terhidang di atas meja itu enak belaka.

Ayat kedua tersebut adalah betul.

Tatabahasa16.02.2011
Bukankah Bahasa Baku telah diarahkan supaya diberhentikan kegunaannya secara resmi, kenapa kini masih terdapat kegunaannya secara berleluasa oleh pihak TV, khanya penyampai berita di TV 3 dan TV1, kami berasa agak pedih telinga setiap kali terdengar bacaan yang anih dan pelik sama sekali bertentangan dengan dasar Kerajaan dalam Penggunaan Bahasa Malaysia yang betul. tolong beri nasihat, terima kasih.

Encik Wong, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Mengenai arahan supaya bahasa baku diberhentikan penggunaanya, tidak pernah pula saya melihat arahan tersebut. Bagi saya penggunaan bahasa baku itu adalah baik kerana sebutan dibuat mengikut ejaan. Kalau  hendak dibandingkan dengan bahasa Perancis umpamanya lagi teruk. Ejaannya lain bunyinya lain. Cuma bagi saya semua itu 'alah bisa tegal biasa' -jika telah biasa kita gunakan tentu kita tidak menghadapi masalah untuk menyebutnya.

Tatabahasa25.02.2009
Adakah penggunaan 'kemudian' perlu diikuti dengan tanda koma? Terima kasih atas maklum balas pihak tuan. -kemudian atau -kemudian,Penggunaan tanda koma selepas perkataan kemudian bergantung pada konteks ayat tersebut. Contohnya ... tidak lama kemudian, adiknya muncul di hadapan rumah ... dan ... kemudian terdengar dentuman bom jatuh bertubi-tubi ....Tatabahasa18.09.2012
12

Kembali ke atas