Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.di.ri] | ترديري

Definisi : 1. (telah sedia) berdiri atau didirikan, (tiba-tiba, masih) berdiri: perempuan muda yg sedang menaiki tangga itu terhenti dan ~ apabila namanya dipanggil; berhambuslah segera, aku benci melihat muka-muka pengecut ~ di hadapanku; 2. telah didirikan (dibina, dibangunkan), terbina, terbangun: di kiri kanan lorong sempit itu, ~ beberapa buah rumah; 3. sl dapat bertahan: maka segala rakyat Indera Puri Negara dgn hulubalang empat itu lalu pecah tiada ~ lagi lalu larilah datang kpd Sardal dan Kamdakata; ~ drpd terbentuk (terjadi, ter­jalin) drpd: mereka yg menyerang dan merompak itu ~ drpd pe­muda-pemuda yg telah rosak akhlak; penaja perkumpulan ini hanya ~ drpd dua orang sahaja; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.di.ri] | ترديري

Definisi : 1 (tiba-tiba) berdiri atau didirikan: Sedang ia berjalan, ia berhenti dan ~ kerana terdengar akan suara orang meminta tolong. 2 (telah) didirikan atau dibina; terbina: Banyak bangunan tinggi yg ~ di tengah bandar itu. 3 (telah) dibentuk (ditubuhkan); terbentuk; tertubuh: Dlm tahun 1930, ~ sebuah persatuan panah diraja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terdiri


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Interaksi sosial tentu sukar "berlaku" jika anggota masyarakat yang "terdiri" daripada pelbagai kaum dan bahasa tidak saling memahami bahasa masing-masing. adakah terdiri merupakan kata kerja? berlaku dan terdiri merupakan Kata kerja tak transitif berpelengkap ?Perkataan berlaku dan terdiri ialah kata kerja tak transitif berpelengkap.Tatabahasa24.03.2012
Ayat manakah yang betul? A) Kelas itu terdiri daripada pelajar-pelajar baharu. B) Kelas itu terdiri daripada pelajar baharu.

Kata pelajar boleh bermaksud tunggal atau jamak bergantung pada konteks penggunaannya. Walau bagaimanapun kata kelas dalam ayat tersebut telah menunjukkan ada ramai pelajar di dalamnya. Oleh itu, ayat 'Kelas itu terdiri daripada pelajar baharu' adalah lebih tepat.

Tatabahasa22.02.2011
1. Mengapakah dalam buku Tatabahasa Dewan menyatakan bahawa kata terbitan yang menerima imbuhan apitan terdiri daripada 3 morfem, contohnya 'berkakikan' dikatakan terdiri daripada morfem ber+kaki+kan sedangkan jika diteliti imbuhan apitan beR-...-kan wujud sebagai 1 morfem. Oleh yang demikian saya inginkan kepastian bahawa adakah semua imbuhan apitan dikira sebagai 1 morfem ataupun 2 morfem? Sekian terima kasih.Morfem ialah satuan terkecil dalam bahasa yang mempunyai erti atau fungsi ter­tentu, seperti perkataan perumahan terdiri daripada satu morfem bebas iaitu perkataan rumah dan dua morfem terikat iaitu pe(r)- dan -an. Bagi perkataan berperikemanusiaan, terdapat lima morfem , iaitu ber- + peri + ke- + manusia + -an; dua morfem bebas, iaitu peri dan manusia serta tiga morfem terikat, iaitu ber-, ke- dan -an. Semua imbuhan dikira satu morfem terikat kerana tidak dapat berdiri dengan sendiri dan tiada makna. Berkakikan mempunyai tiga morfem iaitu dua morfem terikat (ber dan kan) dan satu morfem bebas (kaki).Tatabahasa11.01.2013
apakah itu frasa keterangan?

Ayat terdiri daripada frasa subjek dan frasa predikat. Frasa predikat terdiri daripada frasa kerja dan frasa keterangan yang berfungsi sebagai penerang kepada subjek.

Tatabahasa28.01.2010
Adakah penggunaan perkataan penduduk mendukung makna jamak? Contohnya - Penduduk Malaysia terdiri daripada pelabagai kaum atau Pendudu-penduduk malaysia terdiri daripada pelbagai kaum. Terima kasihPerkataan penduduk sudah membawa makna jamak.Tatabahasa10.05.2008
Salam sejahtera. Adakah biri-biri dan kura-kura dikategorikan sebagai kata ganda yang terdiri daripada kata dasar biri & kura? Terima kasih.Kura-kura, obor-obor dan kunang-kunang ialah kata nama yang terdiri daripada kata ganda seluruh. Tidak ada asal kata bagi kata ganda ini seperti kata ganda yang lain.Tatabahasa24.12.2012
apakah makna konglomerat? Merujuk Kamus DEwan Edisi Keempat, konglomerat bermakna firma perniagaan yg besar yg terdiri drpd gabungan beberapa syarikat dgn tujuan utk meningkatkan kecekapan melalui fungsi pemasaran, agihan, dan pembelian. 2.batu ~ (Geo) batu yg terdiri drpd pecahan batu atau kerikil yg bergumpalan dgn pasir dan tanah liat. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna15.10.2008
huraian mengenai frasa nama dan frasa kerjaFrasa nama ialah frasa yang perkataan utamanya terdiri daripada kata nama, kata nama terbitan atau kata ganti nama. Frasa nama ialah satu daripada konstituen utama dalam binaan ayat. Frasa kerja ialah sekumpulan perkataan yang perkataan utamanya terdiri daripada kata kerja. Frasa kerja ialah satu daripada konstituen utama dalam binaan ayat. Untuk keterangan lanjut sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.Istilah01.02.2009
Jelaskan penggunaan kata ganda rata-rata. Adakah ayat berikut betul? Rata-rata pelajar di sekolah itu terdiri daripada bangsa Melayu. Adakah penggunaan yang di awal ayat tergolong dalam ayat yang gramatis, contohnya yang berikut manakah kata kerja transitif?Ayat rata-rata pelajar di sekolah itu terdiri daripada bangsa Melayu betul. Rata-rata bermaksud pada umumnya. Penggunaan yang (kata hubung relatif)di awal ayat gramatis. Contoh, Yang indah itu bahasa; Yang berikut, manakah kata kerja transitif?   Tatabahasa12.05.2008
Ada berapa morfem bagi kata ' keberkesanan' dan 'kemenjadian' ?terima kasihPerkataan "keberkesanan" terdiri daripada satu morfem bebas iaitu perkataan "kesan" dan tiga morfem terikat iaitu "ke", "ber" dan "-an". Manakala perkataan "kemenjadian" terdiri daripada satu morfem bebas iaitu perkataan "jadi" dan tiga morfem terikat iaitu "ke", "men" dan "-an".Lain-lain03.03.2010
12345678910...

Kembali ke atas