Adakah penggunaan ayat ini betul? "SELAMAT TAHUN MELAWAT TERENGGANU 2008" | Ungkapan yang betul dan biasa digunakan ialah "Selamat Datang ke Terengganu" atau "Tahun Melawat Terengganu 2008" | Tatabahasa | 18.12.2007 |
Siva Balan Daramakoday AHA 10.52 PTG Siva Balan Daramakoday Good day Sir I was at Terengganu Airport at Kuala Terengganu. Found a huge banner on Visit Terengganu. The Tamil phrase is mistakenly written. Supposed to be "மீண்டும் வருக". Kindly assist on the correction. Thank you. My personal number is 012 333 6024. My email sivabalandaramakoday@gmail.com. The photo attached | Salam sejahtera... Untuk pertanyaan mengenai aduan iklan dalam bahasa Melayu, tuan boleh menghubungi pegawai kami di Bahagian Penguatkuasaan melalui talian 0321479114 (En. mulia) Sekian terima kasih | Penyemakan dan penterjemahan | 24.09.2017 |
Terengganu merupakan negeri yang termasyhur sekali dalam bidang tenunan songket di Malaysia. Apakah kesalahan yang ada dlm ayat tersebut? | Penanda darjah penghabisan ter-, paling dan sekali tidak dapat hadir serentak dalam satu binaan. | Tatabahasa | 23.07.2013 |
Tuan, Pentadbiran SUK Terengganu bercadang untuk mencetak kad jemputan bagi jemputan acara, majlis rasmi kerajaan negeri. Mohon pandangan yang manakah lebih tepat, sesuai, betul/ Kerajaan Negeri Terengganu Darul Iman mempersilakan YB. Dato'/Y.Bhg. Dato'/Tuan/Puan ATAU Yang Behormat Setiausaha Kerajaan Terengganu mempersilakan YB. Dato'/Y.Bhg. Dato'/Tuan/Puan PERBEZAANNYA IALAH yg pertama Kerajaan menjemput dan kedua individu iaitu YB SUK yg jemput. TK | Jika majlis yang diadakan ialah anjuran kerajaan negeri Terengganu maka ayat pertama yang wajar digunakan, jika YB Setiausaha Kerajaan Negeri menganjurkan majlisnya sendiri, maka ayat kedua wajar digunakan. | Tatabahasa | 06.12.2011 |
Salam tuan, Yang manakah 'contoh' ayat yang lebih tepat untuk paparan: i. Anugerah Pereka Grafik Terbaik Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman Tahun 2020 ii. Anugerah Pereka Grafik Terbaik Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman 2020 iii. Anugerah Pereka Grafik Terbaik Tahun 2020 Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman iv. i. Anugerah Pereka Grafik Terbaik 2020 Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman Sekian, terima kasih | Salam sejahtera, ayat yang betul ialah ayat pertama dan kedua. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 21.09.2020 |
Sultan Terengganu telah menerima hadiah daripada pihak hotel. Hadiah patut ditukarkan kpd kata apa yang sesuai? | Selain perkataan hadiah, perkataan yang boleh digunakan ialah cenderamata. | Tatabahasa | 27.09.2013 |
Ayat mana yang betul? 'Lanjutan dari itu, penempatan puan ditukar dari UiTM Shah Alam ke UiTM Terengganu' atau 'Lanjutan daripada itu, penempatan puan adalah ditukar dari UiTM Shah Alam ke UiTM Terengganu' | Ayat yang betul: 'Lanjutan daripada itu, penempatan puan ditukar dari UiTM Shah Alam ke UiTM Terengganu' | Tatabahasa | 05.05.2011 |
Pohon pencerahan tuan berkenaan 'Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Terengganu' atau 'Jabatan Pengangkutan Jalan Terengganu' dalam Bahasa Inggeris. Terima kasih atas jawapan. | DBP menyediakan perkhidmatan penyemakan hasil terjemahan bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu sahaja dan bukan sebaliknya. | Lain-lain | 24.02.2014 |
Assalamualaikum, mohon pencerahan berkaitan panduan penulisan surat rasmi Panggilan Hormat Penerima atau Kata Sapaan (Surat yang ditujukan kepada agensi kerajaan). Kata sapaan dengan gelaran kebesaran atau dimulakan dengan ‘Tuan’. Contoh 1: Yang Berhormat Penasihat Undang-Undang Negeri TERENGGANU. Contoh 2: Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri TERENGGANU. Contoh 3: Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu. Contoh 4: Sahibus Samahah Dato’ Mufti Negeri TERENGGANU. Contoh 5: Dato’ Pengelola Bijaya DiRaja, Kepada K.D.Y.M.M. Sultan TERENGGANU. Di atas kerjasama dan perhatian yang bersegera tuan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.Sekian. | Panggilan hormat ialah bentuk sapaan atau rujukan kepada orang tertentu mengikut gelar dan jawatannya. Bagi orang yang bergelar tetapi tidak memegang jawatan dalam kerajaan, maka panggilan hormat kepadanya berdasarkan pada gelar yang dimilikinya, sebagaimana yang ditetapkan oleh Bahagian Adat Istiadat Perdana Menteri. Sebagai contoh, orang yang bergelar Dato’ tetapi tidak memegang jawatan kerajaan dirujuki atau disapa dengan panggilan hormat Yang Berbahagia. Orang yang berjawatan pula, katakanlah ia menteri, maka sama ada ia bergelar atau tidak ia dirujuki atau disapa dengan panggilan hormat Yang Berhormat. Jika ia bergelar, contohnya gelar Dato’, maka gelar itu tidak mempengaruhi panggilan hormat yang didasarkan pada jawatannya. Beliau tetap dirujuki atau disapa dengan panggilan hormat Yang Berhormat. | Lain-lain | 20.02.2019 |
Salam, saya ingin bertanya, bolehkah jika perkataan Terengganu (di dalam alamat syarikat) dipendekkan ke 'trg' sahaja di papan tanda syarikat? | Pada alamat syarikat seelok-eloknya ditulis penuh Terengganu dan dalam teks umum dan ringkas ejaan tersebut boleh dipendekkan menjadi Trg. | Ejaan | 29.08.2012 |