Bagaimanakah cara kita nak tahu kesalahan ayat tergantung kerana tiada predikat? Apakah ciri-cirinya?Boleh tuan sertakan contohnya?Setakat ini saya hanya mengenali ayat tergantung kerana tiada subjek. | Predikat ialah kata atau frasa yang menerangkan sesuatu tentang subjek, contohnya "Perdana Menteri Malaysia" frasa ini terdiri daripada subjek sahaja, predikatnya boleh menjadi "akan melawat Eropah pada minggu hadapan" barulah menjadi ayat yang lengkap, iaitu "Perdana Menteri Malaysia akan melawat Eropah pada minggu hadapan". Untuk lebih memahami topik ini rujuk Tatabahasa Dewan, halaman 467. | Tatabahasa | 09.06.2011 |
Saya hendak tanya: Potret datuk masih tergantung (di atau pada) dinding bilik tidur ibu. --penggunaan di atau pada ? mana yang betul ? kenapa? | Ayat yang gramatis ialah Potret datuk masih tergantung pada dinding bilik tidur ibu kerana pada menunjukkan keterangan tempat. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 05.03.2012 |
Assalam, saya ingin kepastian penggunaan kata depan di dan pada. Sekiranya ayat begini, yang manakah lebih tepat ayatnya. Jam itu tergantung di dinding atau pada dinding. Sekian terima kasih. | Ayat yang gramatis ialah Jam itu tergantung pada dinding. Kata sendi nama di digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat, waktu, masa atau zaman. Manakala kata sendi nama pada digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat. | Tatabahasa | 05.03.2012 |
Salam sejahtera. 1. Ali menggantung gambar di dinding. 2. Ali menggantung gambar pada dinding. 3. Gambar yang tergantung di / pada dinding itu ialah gambar datuk saya. Ayat yang mana betul ? | Ayat yang betul ialah; 1. Ali menggantung gambar pada dinding. 2.Gambar yang tergantung pada dinding itu ialah gambar datuk saya. | Tatabahasa | 14.05.2013 |
Jam tua/usang itu tergantung di/pada dinding | Jam tua/ usang (boleh digunakan) pada dinding. | Tatabahasa | 09.05.2009 |
Salam. Adakah ayat di bawah ini tergantung? Bak kata peribahasa, "Hendak melentur buluh, biarlah daripada rebungnya". | Betul ayat tersebut menjadi tidak lengkap kerana tidak ada subjek yang menjadi inti ayat. Ayat yang lengkap seperti "Ahmad mendidik anak-anaknya dengan ilmu agama sejak kecil agar mereka menjadi orang yang berguna suatu hari nanti umpama peribahasa melentur biarlah waktu rebung".
| Tatabahasa | 05.06.2013 |
apakah maksud berjela-jela? | Maknanya ialah tergantung terayun-ayun, berjuntai-juntai. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 28.05.2009 |
Salam sejahter, Berdasarkan Kamus Dewan, 'mengandar' = membawa barang dengan kandar ( yang tergantung di kedua-dua hujung kayu), memikul, menggalas. Soalan; Adakah memikul dan menggalas juga perlu menggunakan kandar ? Jika membawa beban di bahu tanpa pengandar, apa kata kerjanya ? | Merujuk Kamus Dewan memikul bermaksud membawa barang dengan galas di atas bahu, atau mengandar atau menggalas; menggalas bermaksud memikul barang-barang dengan galas (kandar) atau mengandar dan mengandar pula bermaksud membawa barang dengan kandar, atau memikul, atau menggalas. Berdasarkan huraian tersebut ketiga-tiga perkataan tersebut mempunyai makna yang hampir sama.
| Tatabahasa | 24.11.2013 |
1. Dua orang guru yang terlibat dalam aktiviti ini. (Adakah ayat ini tergantung?) 2. Murid ini melampau aktif. (perkataan 'melampau' boleh digunakan ataupun perlu ditukar kepada 'terlampau?) 3. Guru telah menyediakan rancangan pelajaran tahunan atau Rancangan Pelajaran Tahunan? 4. Murid A memperoleh 70 markah. Murid B memperoleh 72 markah. Kedua-dua orang murid ini.....(Bolehkah saya gunakan 'ini' atau perlu ditukar kepada '...murid tersebut'?) 5. Guru mengajarkan ilmu Matematik kepada murid. (Betulkah penggunaan kata kerja 'mengajarkan' di dalam ayat ini?) 6. 'dalam kalangan' atau 'di kalangan' yang betul atau lebih sesuai digunakan? | 1. Ayat tak lengkap. 2. Perlu ditukar menjadi - Murid ini terlampau aktif 3. Guru telah menyediakan Rancangan Pelajaran Tahunan. 4. Perlu ditukar menjadi - kedua-dua orang murid tersebut. 5. Penggunaan mengajarkan dalam ayat tersebut adalah betul. 6. Kedua-duanya boleh digunakan. | Tatabahasa | 11.09.2008 |
salam.saya ada beberapa soalan. apakah sinonim bagi yang berkaitan : 1.ais tirus yang tergantung ke bawah-> _,_,_,_,_,_ 2.kaum ->_,_,_,_,_,_ 3.awan berarak ->_,_,_,_,_,_,_ 4.berjalan membongkok ->_,_,_,_,_ 5.kisah perjalanan ->_,_,_,_,_,_,_,_ terima kasih. | Kami tidak menyediakan perkhidmatan untuk melayani soalan berbentuk teka kata. Untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan sila rumuk laman web kami. | Lain-lain | 04.01.2013 |