Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.gi.git] | ترݢيݢيت

Definisi : 1. telah digigit; 2. boleh digigit; 3. tidak sengaja digigit; ~ lidah a) tidak bermalu, tidak menghiraukan kecaman (celaan) orang; b) tidak berani bercakap terus terang (kerana terhutang budi dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tergigit

Puisi
 

Sayang pindah naik rakit,
     Rakit berikat tali bemban;
Sedangkan lidah lagikan tergigit,
     Inikan pula sahabat sekawan.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Membuat tergigit (= tercabut) lidah.

Bermaksud :

Memberi nasihat yang sia-sia kepada orang yang berkelakuan jahat.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Merujuk kepada soalan pada 25/07/2014, mengapakah ayat berikut salah ? (1) Lim menjert kerana tergigit kerengga.Ayat ‘Lim menjert kerana tergigit kerengga’ dibetulkan menjadi ayat yang gramatis ialah ‘Lim menjerit kerana digigit oleh kerengga’. Ayat yang gramatis bukan sahaja dari aspek tatabahasa tetapi meliputi aspek makna.Tatabahasa17.08.2014
Merujuk kepada dua ayat berikut, yang mana betul ? (1) Lim menjert kerana tergigit kerengga. (2) Cikgu Tan menepuk bahu Bidi yang tertidur di dalam kelas itu.Ayat yang betul ialah ayat (2)Lain-lain25.07.2014

Kembali ke atas