Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.go.long] | ترݢولوڠ

Definisi : termasuk (dlm kumpulan dll): Tongkat Warrant ~ sbg penyajak beraliran realisme; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.go.long] | ترݢولوڠ

Definisi : termasuk dlm sesuatu kumpulan atau kelompok. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tergolong


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Walaupun Osman tergolong antara pemain terkecil dalam pasukannya namun kelincahannya sehebat rakan-rakannya yang lain. kata tergolong dan antara dalam ayat di atas betul atau tidak? atau yg salah ialah kata terkecil?tqAyat yang lebih tepat ialah "Walaupun Osman tergolong dalam pemain terkecil dalam pasukannya, namun kelincahannya sehebat rakan-rakannya yang lain."Tatabahasa03.10.2013
1. Kata kerja "mempunyai" tergolong dalam kata kerja transitif atau tak transitif ? 2. Kata adjektif "malu" tergolong dalam kata adjektif perasaan atau kata adjektif sifat/keadaan ? 3. Dalam kata "kedua-duanya", apakah fungsi "-nya" ? Adakah sebagai kata pembenda, kata ganti nama atau kata penegas ?

1. Kata kerja mempunyai tergolong dalam kata kerja transitif kerana memrlukan objek yang terdiri daripada kata nama atau frasa nama untuk melengkapkan maksudnya. Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek sesudahnya.

2. Malu ialah kata adjektif perasaan sama seperti segan, suka dan sebagainya. Lihat buku Tatabahasa Dewan, halaman 231.

3. Kedua-duanya boleh menjadi kata penegas, iaitu menegaskan sesuatu/dua perkara yang diperkatakan dalam ayat yang sebelumnya.

Tatabahasa17.04.2010
'Benar' tergolong dalam kata penguat belakang (tatabahasa dewan m/s 260) tetapi dalam m/s 417 kata penguat 'benar' diletakkan di hadapan kata adjektif - mahu benar pandaiHal ini akan kami rujuk kepada penyususn buku Tatabahasa Dewan. Kami akan menghubungi saudara semula melalui e-mel di atas.Tatabahasa25.06.2012
perkataan UNTUK tergolong dalam golongan kata apa?skata sendi nama atau kata hubung.saya pernah terlihat dalam buku ada yang menyatakan perkataan UNTUk merupakan kata hubung dan ada juga buku yang menyatakan perkataan tersebut merupakan kata sendi nama.Berdasarkan buku Tatabahasa Dewan edisi ketiga, "untuk " ialah kata sendi nama. Kata sendi nama "untuk' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama.Tatabahasa06.03.2013
adakah 'sanggup' tergolong dalam kata kerja??Perkataan "sanggup" tergolong dalam kata kerja.Tatabahasa20.08.2013
Perkataan "mengenai" tergolong dalam kata apa? Cth ayat: 1.Tembakan itu mengenai sasaran. 2. Datuk bercerita mengenai kehidupannya semasa kecil.Perkataan "mengenai" tergolong sebagai kata kerja yang membawa maksud kena pada. Contohnya: Tembakan pemburu itu mengenai sasarannya.

Walau bagaimanapun, penggunaan "mengenai" yang disamakan dengan tentang serupa dengan penggunaan bentuk kata kerja lain seperti melalui, mengikuti dan menerusi, iaitu berfungsi sebagai kata sendi nama walaupun kata-kata ini sebenarnya tergolong dalam kata kerja. Contoh penggunaan kata kerja ini sebagai kata sendi nama adalah seperti yang berikut:
1. Antara laporan yang disediakan itu termasuklah ringkasan mengenai keperluan tenaga manusia dan keperluan kemudahan.
Tatabahasa19.10.2012
Perkataan 'sebab' tergolong dalam kata apa?Sebab tergolong dalam kata nama Istilah25.02.2010
Adakah "justeru" tergolong dalam Penanda Wacana?. Tq...Perkataan "justeru" tergolong dalam kata tugas.Tatabahasa24.06.2013
Perkataan "sebab" tergolong dalam kata apa?"Sebab" tergolong dalam kata namaIstilah05.03.2010
Adakah berbagai-bagai itu tergolong dalam kata bilanganBerbagai-bagi tidak tergolong dalam kata bilangan dan membawa maksud bermacam-macam atau berjenis-jenis.Tatabahasa03.03.2010
12345678910...

Kembali ke atas