| Saya ingin bertanya tentang penggunaan "terhadap". Salah satu definisi "berkenaan dengan atau tentang". Apakah syarat penggunaan dalam konteks ini? Adakah penggunaan terhadap + abstrak seperti terhadap maklumat, terhadap tanggungjawab, adalah salah sama sekali? | Kata sendi nama terhadap biasanya digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu sama ada manusia, haiwan, atau benda. Contohnya: Kajian terhadap beberapa ekor lembu tenusu menunjukkan dapatan yang agak menarik. Walau bagaimanapun, terdapat kecenderungan pengguna menggunakan kata sendi nama terhadap sebagai unsur yang membawa maksud rujukan umum atau mujarad. Dalam hal ini, penggunaan yang demikian harus digantikan dengan kata sendi nama tentang. Contohnya: Penghulu itu mengambil berat terhadap kebajikan orang kampung. (seharusnya: Penghulu itu mengambil berat tentang kebajikan orang kampung.) Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 281 - 282. | Tatabahasa | 03.05.2026 |
| Assalamualakum, tuan/puan, soalan saya perkataan "terhadap", jika pada tajuk adakah ditulis sebagai "Terhadap" atau "terhadap". Mohon pencerahan. | Soalan tidak jelas. Sila kemukakan soalan dengan ayat yang lengkap. | Lain-lain | 05.10.2021 |
| Saya ingin bertanya tentang penggunaan "terhadap" dan "kepada".Kalau melibatkan perasaan..perlu guna terhadap atau kepada.. Contoh: 1. Saya cinta kepada negara/ Saya cinta terhadap negara. 2. seluruh rakyat seharusnya menerima hakikat ini dan memberi sepenuh kecintaan kepada bahasa kebangsaan/seluruh rakyat seharusnya menerima hakikat ini dan memberi sepenuh kecintaan terhadap bahasa kebangsaan. Mohon pihak DBP memberikan penjelasan tentang pengunaan terhadap dan kepada dalam konteks abstrak/perasaan..eg. pengorbanan, kesetiaan dan sebagainya. | Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, (DBP, 2021) halaman 721 dan 1054, kata sendi nama “terhadap” bermaksud menyatakan sasaran yang merujuk manusia atau sesuatu; dan berkenaan dengan atau tentang. Kata sendi nama “kepada” bermaksud arah ke (dipakai sebelum nama orang atau kata pengganti diri); menyatakan sasaran yang merujuk manusia atau sesuatu (terhadap); menyatakan hubungan pemilikan, penguasaan, pengawalan dan sebagainya antara seseorang atau sesuatu dengan seseorang atau sesuatu yang lain. Penggunaan kata sendi nama terhadap dan kepada boleh digunakan bergantung pada kesesuaian penggunaan dalam ayat. Ayat yang sesuai: Saya cinta kepada negara. (terhadap tidak sesuai digunakan) Seluruh rakyat seharusnya menerima hakikat ini dan memberi sepenuh kecintaan kepada/terhadap bahasa kebangsaan. | Tatabahasa | 13.10.2025 |
| apakah perbezaan terhadap dan kepada, bilakah kita menggunakan perkataan terhadap dan kepada dalam ayat. adakalanya nampak sama sahaja penggunaan terhadap dan kepada. contoh ayat. ".... para majikan memandang ringan terhadap para pekerja..." atau "..... para majikan memandang ringan kepada para pekerja...." sila bantu saya. | Kata sendi nama "kepada" terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad, menyatakan pecahan dan menyatakan perubahan keadaan. Kata sendi nama "terhadap" biasanya digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu, sama ada manusia, haiwan atau benda. ".... para majikan bersikap lepas tangan terhadap para pekerja..." | Tatabahasa | 06.01.2015 |
| Yang ketiga, sokongan masyarakat umum "terhadap" aktiviti kebahasaan juga banyak membantu usaha pengembangannya. adakah terhadap merupakan kata kerja?? terhadap dalam ayat di atas merupakan Kata kerja tak transitif berpelengkap ? | Perkataan terdiri ialah kata kerja tak transitif berpelengkap. | Tatabahasa | 24.03.2012 |
| 'ke atas' atau 'terhadap' "... memberi perhatian [ke atas/ terhadap] perkara dibangkitkan." Kata yang mana satu betul diggunakan? | Perkataan yang lebih sesuai ialah "terhadap" --> ...memberi perhatian terhadap yang dibangkitkan. | Lain-lain | 29.05.2016 |
| Saya alah kepada / terhadap kacang. Yang manakah kata sendi yg sesuai utk ayat di atas? Terima kasih. | Penggunaan kata sendi yang betul ialah "terhadap". Saya alah terhadap kacang. | Tatabahasa | 30.05.2013 |
| Salam sejahtera, Saya ingin membuat sedikit pertanyaan. 1) Pendedahan kepada/pada/terhadap bahan kimia tertentu boleh menyebabkan kerengsaan kulit. 2) Ujian pendedahan kepada/pada/terhadap bahan kimia tertentu pada/terhadap/kepada tikus menunjukkan kesan buruk. Saya harap pihak khidmat nasihat dapat menyediakan penerangan sekali dan penggunaan ayat yang betul. Terima kasih. | 1) Pendedahan terhadap bahan kimia tertentu boleh menyebabkan kerengsaan kulit. 2) Ujian pendedahan terhadap bahan kimia tertentu pada/terhadap/kepada tikus menunjukkan kesan buruk. Kata sendi nama "terhadap" digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu sama ada manusia, haiwan atau benda. | Tatabahasa | 30.05.2016 |
| Terhadap atau kepada? | Soalan yang dikemukakan tidak jelas. Mohon nyatakan pertanyaan dengan lengkap dan jelas. | Lain-lain | 18.04.2025 |
| Penggunaan mana yang betul ?(simpati terhadap , pada ,dengan) | Penggunaan yang betul ialah simpati terhadap. Kata sendi nama terhadap biasanya digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu, sama ada manusia, haiwan, atau benda. Contoh: Ali berasa simpati terhadap orang tua itu. | Tatabahasa | 29.04.2021 |