Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.hem.pas] | ترهمڤس

Definisi : terbanting, tercampak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.hem.pas] | ترهمڤس

Definisi : 1 terjatuh dgn kuat; terbanting; tercampak: Kapal terbang itu telah ~ di sebuah pulau. 2 tertutup atau terbuka dgn kuat dan kena pd sesuatu: Daun tingkap itu ~ kerana ditiup angin yg kencang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hempas
Kata Terbitan : berhempas-pulas, menghempas, menghempaskan, terhempas, hempasan,

Puisi
 

Pancang di pulau jatuh terhempas,
     Hanyut sampai Pantai Serani;
Pasang tak penuh surut timpas,
     Itu bernama pasang berani.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Seperti kaca terhempas ke batu.

Bermaksud :

Hati yang hancur kerana dukacita.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera tuan. Perkataan terhempas' boleh digunakan dalam ayat ini? Dia memukul bola hoki dengan kuat dan bola itu terhantuk pada cermin kereta. Bolehkah 'terhantuk' digantikan dengan 'terhempas' dalam ayat ini? Sekian, terima kasih.Perkataan yang lebih sesuai ialah terkena.Tatabahasa23.07.2013
Bolehkah beiritahu saya perbezaan terhantuk,terhempas,terlanggar dan tertendang terima kasih

Menurut Kamus Dewan Perdana, terhantuk bermaksud kena pada sesuatu dengan agak kuat tanpa sengaja. Terhempas ialah jatuh dengan pantas dan kuat. Terlanggar ialah melanggar sesuatu atau seseorang dengan tidak sengaja. Manakala tertendang pula ialah terusir, terkeluar dan sebagainya daripada persatuan, jawatan dan lain-lain.

Makna16.10.2021
nyatakan maksud- belum duduk sudah berlunjur, biar jatuh terletak jangan jatuh terhempas, perempuan perasan lelaki pemalu

Maksud "Belum duduk sudah berlunjur":
Belum memperoleh sesuatu yang dikehendaki, sudah bergirang hati lebih dulu.

"Biar jatuh terletak, jangan jatuh terhempas" maksudnya ialah lebih baik menarik diri lebih dulu daripada diberhentikan dengan tidak hormat.

Peribahasa yang betul ialah "Perempuan serasan, lelaki pemalu" bermaksud pegangan hidup yang tidak serupa.

Makna23.02.2009
Pemandu van itu ( ) sebuah kereta ketika membuat pusingan di selekoh kanan Jalan Medan. Ada 4pilihan A terhantuk B terhempas C terlanggar D tertendang Jawapan ialah apaJawapan yang betul ialah C. terlanggar

Pemandu van itu terlanggar sebuah kereta ketika membuat pusingan di selekoh kanan Jalan Medan. 
Lain-lain16.10.2021
Mohon pengesahan perbezaan istilah "pesakit terdampar" dengan "pesakit terlantar"Terdampar bermaksud tercampak (terkandas) ke pantai setelah hanyut dibawa air, terhempas dan terkandas manakala terlantar bermaksud terletak atau terbaring, dalam keadaan yang tidak dijaga atau dipelihara, terabai, terbiar.
 
Perkataan yang sesuai digunakan ialah pesakit terlantar.

Makna30.10.2018
Adakah ayat di bawah mempunyai kesalahan dari segi struktur ayat?Mohon ulasan yang lengkap daripada pihak tuan jika ada. 1) Pesawat ringan yang para pemain naiki itu terhempas akibat cuaca buruk.Ayat tersebut betul dari segi struktur ayat.Tatabahasa04.07.2013
Adakah penggunaan perkataan "kencang" dalam ayat di bawah sesuai atau tidak?Mohon penerangan yang lebih lanjut daripada pihak tuan sekiranya membuat ulasan. 1) Wanita itu merangkul bayinya dengan kencang agar tidak terjatuh ke lantai. 2) Salun kecantikan itu menawarkan perkhidmatan yang membolehkan pelanggan memiliki kulit muka yang kencang. Adakah penggunaan perkataan "larut" dalam ayat di bawah sesuai atau tidak?Mohon penerangan yang lebih lanjut daripada pihak tuan sekiranya membuat ulasan. - Gula-gula itu larut kerana terdedah kepada cahaya matahari. Adakah kedua-dua ayat di bawah mempunyai kesalahan dari segi struktur ayat?Jika ada mohon pihak tuan perbetulkan dan mengapa ayat tersebut salah(Jika ada). - Pesawat ringan yang para pemain naiki itu terhempas akibat cuaca buruk.Ayat pertama dan kedua betul dari segi  makna perkataan, tetapi lazimnya masyarakat tidak menggunakan perkataan "kencang" dalam ayat tersebut dan  tidak sesuai digunakan. Dalam ayat pertama perkataan "erat" lebih sesuai digunakan kerana perkataan "erat" digunakan secara lazim dalam kehidupan seharian. Manakala dalam ayat kedua pula, perkataan tegang lebih sesuai digunakan berbanding perkataan kencang.

Penggunaan perkataan larut tidak sesuai dalam ayat tersebut. Perkataan yang lebih tepat ialah cair. Ayat keempat adalah betul.
Tatabahasa02.07.2013

Kembali ke atas