Apakah kesalahan imbuhan dan ejaan dalam ayat di bawah? 1.Para penonton yang menyaksikan pertunjukkan sarkas itu terhibur dengan aksi yang mengkagumkan. | Berikut ayat yang betul setelah dipinda; 1.Para penonton yang menyaksikan pertunjukan sarkas itu terhibur dengan aksi yang mengagumkan. | Tatabahasa | 16.08.2013 |
Apakah kesalahan imbuhan dan ejaan dalam ayat di bawah? 1.Para penonton yang menyaksikan pertunjukkan sarkas itu terhibur dengan aksi yang mengkagumkan. 2. Doktor Syaza menjalani pembedahan terhadap seorang pesakit yang menghidap penyakit jantung berlubang. | Berikut ayat yang telah diperbaik: 1.Para penonton yang menyaksikan pertunjukan sarkas itu terhibur dengan aksi yang mengagumkan. 2. Doktor Syaza menjalankan pembedahan terhadap seorang pesakit yang menghidap penyakit jantung berlubang. | Tatabahasa | 16.08.2013 |
Salam sejahtera tuan, adakah tertarik dengan berbeza dengan terpikat oleh? Bolehkan tuan berikan contoh untuk membezakan kedua-dua frasa tersebut? Terima kasih. | Berikut ialah maksud perkataan tertarik, terpikat dan dengan berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat: tertarik: kiasan berasa suka (ingin dan lain-lain) kepada, terhibur oleh, terpikat (hatinya) oleh terpikat: kena pikat, tertarik (hati) dengan: oleh, kerana, atas Oleh itu, perkataan tertarik dengan, tertarik oleh, terpikat dengan dan terpikat oleh mempunyai maksud yang sama dan boleh digunakan bertukar ganti mengikut kesesuaian konteks ayat. | Makna | 20.08.2021 |