Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terhidang


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera; Tuan; Apakah perbezaan antara "berhidang" dengan "terhidang" dari segi penggunaannya? Terima kasih.Penggunaan imbuhan teR- dalam terhidang adalah yang memberi pengertian dalam keadaan tersedia. Manakala imbuhan beR- dalam berhidang memberi makna melakukan perbuatan dengan maksud seperti yang terkandung dalam kata dasar.  Lazimnya, terhidang biasa digunakan kerana lebih merujuk kepada sesuatu yang tersedia.
Tatabahasa16.01.2013
wujudkah perkataan "terhidang"? jika perkataan tersebut wujud, apakah maksudnya?

Penggunaan imbuhan teR- dalam terhidang adalah yang memberi pengertian dalam keadaan tersedia. Lazimnya, terhidang biasa digunakan kerana lebih merujuk kepada sesuatu yang tersedia. Contoh ayat: Makanan yang terhidang itu menggecarkan saya.

Tatabahasa05.07.2019
soalan 1 perkataan 'belaka' bolehkah digunakan seperti ayat berikut: 'makanan-makanan yang terhidang di atas meja itu enak-enak belaka.' soalan 2 adakah ayat berikut betul? 'Air muka Ali berubah apabila terdengar suara memanggilnya dari rumah tinggal itu.'

Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, belaka bermaksud semuanya atau  seluruhnya sekali (tidak ada kecualinya). Justeru, belaka boleh digunakan dalam ayat tersebut. Walau bagaimanapun, ayat  tersebut salah kerana kata nama ganda yang bermaksud jamak tidak boleh diikuti oleh kata adjektif ganda yang bermaksud jamak. Ayat yang betul ialah Makanan yang terhidang di atas meja itu enak-enak belaka. ATAU Makanan-makanan yang terhidang di atas meja itu enak belaka.

Ayat kedua tersebut adalah betul.

Tatabahasa16.02.2011
1) Adakah perkataan rapat BOLEH digunakan dalam ayat di bawah? Adik memeluk ibu dengan rapat apabila mendengar bunyi guruh. 2) Adakah selepas perkataan oleh di bawah boleh disertakan kata ganti nama diri kami? - Kuih-muih yang terhidang di atas meja itu dimakan oleh kami. 3) Adakah penggunaan perkataan berulang-ulang kali betul dalam konteks ayat di bawah? Peserta yang berjaya itu menjerit-jerit kegembiraan berulang-ulang kali. 4) Adakah kata ganda sampah-sampah boleh digunakan dalam ayat di bawah? - Sampah-sampah berserakan di tepi bangunan itu.1. Adik memeluk ibu dengan rapat apabila mendengar bunyi guruh.
 Adik memeluk ibu dengan erat apabila mendengar bunyi guruh.


2. Kuih-muih yang terhidang di atas meja itu dimakan oleh kami.
Kuih-muih yang terhidang di atas meja itu kami makan.

3. Peserta yang berjaya itu menjerit-jerit kegembiraan berulang-ulang kali.
Peserta yang berjaya itu menjerit-jerit kegembiraan.

4.  Sampah-sampah berserakan di tepi bangunan itu.
Sampah sarap berserakan di tepi bangunan itu.
Tatabahasa30.07.2013
Oleh sebab imbuhan ber- mengandungi maksud keadaan yang sudah berlaku, manakala imbuhan ter- bermaksud keadaan tersedia, bolehkah imbuhan ber- diganti dengan ter- atau di-? Makanan sudah berhidang. Makanan sudah terhidang. Makanan sudah dihidang.Untuk makluman tuan/puan, penggunaan imbuhan hendaklah disesuaikan dengan maksud yang hendak disampaikan dan konteks penggunaannya dalam ayat. Tatabahasa03.04.2020
Salam, Saya ingin mendapatkan kepastian berkenaan peribahasa yang pernah digunakan(bahasa pasar). Adakah peribahasa "tolak batu dan kayu" atau "tinggal batu dengan kayu" wujud? Jika tidak, apakah ayat yang sebenarnya digunakan?Ungkapan "tolak batu dan kayu" bukanlah peribahasa, hanyalah ungkapan yang lazim digunakan dalam bahasa percakapan. Ungkapan tersebut digunakan lazimnya bagi mereka yang tidak memilih makanan, apa sahaja yang terhidang di hadapannya dia boleh makan.Tatabahasa25.03.2015
1 Ada pendatang-pendatang asing yang datangke negara kita menjalankan kegiatan yang melanggar undang-undang negara. pendatang-pendatang asing boleh digandakan selepas ada ? 2 a Banyak kanak-kanak yang bermain di taman itu ditemani oleh ibu bapa mereka. b Banyak orang dating ke pameran buku itu. Banyak boleh digunakan dalam ayat ini atau guna ramai lebih sesuai ? 3 sungguh comel sekali, terhebat sekali , amat bijak sekali ---- boleh menggunakan sama sekali ? 4 Ayat-ayat di bawah ini betul atau tidak dari segi tatabahasa? a Telah ditempah oleh ibu baju raya. b Pelajar-pelajar ponteng sekolah pada saat-saat begini. c Kamu bertolek ke Tawau pada pukul berapa ? d Keputusaanya bergantung kepada tawaran yang akan dikemukakan. e Masalah ini anda perlu menyelesaikan dengan segera f Makanan yang terhidang tadi pun dikatakan masakan Melayu g Bahagian dapur belum mendinding h Supaya peredaran darah baik, saya selalu makan herba.

1. Penggandaan perkataan pendatang adalah lewah.

2. Perkataan banyak juga boleh digunakan untuk orang.

3. Yang betul ialah sungguh comel sekali dan amat bijak sekali manakala terhebat sekali salah dari segi tatabahasa kerana imbuhan "ter" sudah menunjukkan darjah penghabisan.

4.a. Ayat tidak lengkap

b. Ayat ini betul. c. Ayat ini juga betul

d. Keputusannya bergantung pada tawaran yang akan dikemukakan.

e. Masalah ini perlu anda selesaikan dengan segera.

f. Ayat ini betul.

g. Ayat ini salah dan mengelirukan.

Tatabahasa13.07.2010

Kembali ke atas