Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.hing.ga] | ترهيڠݢ

Definisi : terbatas, terhad: kpd beliau ini kita berhutang budi yg tidak ~; maka Laksamana keluar masuk istana tiadalah ~ lagi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.hing.ga] | ترهيڠݢ

Definisi : terbatas; terhad: Kerajaan telah membelanjakan wang yg tidak ~ banyaknya utk pembangunan negara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hingga
1. Bersinonim dengan batas
( had, takat, sempadan, )
(kata nama:)

2. Dalam konteks waktu
bersinonim dengan sampai, lajak, takat,
(kata nama:)

3. Bersinonim dengan menyebabkan
( membawa ke, mengakibatkan, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : sehingga, hinggakan, sehinggakan, berhingga, menghinggakan, terhingga, perhinggaan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum, Mohon penjelasan penggunaan pada dan kepada yang terdapat dalam ayat berikut: Allah menampakkan sedikit kesempurnaan-Nya yang tidak terhingga itu pada@kepada kewujudan insan kamil. Kepada @Pada insan kamil ini, Allah memperlihatkan ciptaan-Nya dan membahagikan kasih sayang-Nya.

Kata sendi nama pada menunjukkan keterangan waktu atau tempat, manakala kata sendi nama kepada untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan dan unsur mujarad. Namun ayat contoh yang diberi tidak menunjukkan keterangan tentang waktu atau tempat dan juga sasaran. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 272 - 276.

Tatabahasa28.10.2011
3. Setakat ini, saya masih tidak dapat membezakan antara keterangan dengan penerangan walaupun saya telah merujuki beberapa buah kamus.Boleh pihak tuan membina beberapa ayat untuk saya 4. Saya berasa senorok yang tidak terhingga. Betulkah ayat ini? Pertanyaan soalan 3 dan 4 pada 12 April 2009 telah pihak tuan terangkan tetapi kurang menepati persoalan saya. Bolehkah membuat penerangan lagi?

3.  Keterangan bermaksud huraian untuk menerangkan sesuatu, atau dalam kata yang mudah ialah penjelasan, contoh ayatnya; semua keterangan guru itu didengar oleh Aminah dengan tenang. Manakala penerangan bermaksud perbuatan atau perihal menerangkan (menjelaskan), contoh ayat; Penerangannya padat, alasan-alasannya jitu bilamana memperkatakan soal politik.

4.  Saya berasa senorok yang tidak terhingga. - Ayat ini betul

Tatabahasa14.04.2009
Ini bukan soalan...hanya untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA...MAAF ZAHIR BATIN pada semua warga kerja DBP...terima kasih yg tidak terhingga kerana banyak membantu selama ini...Balik kampung tu, berhati-hatilah..Semoga selamat sampai ke destinasi, pergi dan balik...Terima kasih. Selamat Hari Raya Aidilfitri dan selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-54.Lain-lain26.08.2011
1. Ali menabung wang di /ke dalam tabung. 2. Ali mengeluarkan wang dari/daripada tabungnya. Bolehkah memberikan penjelasan? 3. Setakat ini, saya masih tidak dapat membezakan antara keterangan dengan penerangan walaupun saya telah merujuki beberapa buah kamus.Boleh pihak tuan membina beberapa ayat untuk saya 4. Saya berasa senorok yang tidak terhingga. Betulkah ayat ini? Di sini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak DBP kerana betul-betul memberikan bantuan dalam masalah tatabahasa saya.

Puan Ming Hui,

Berikut penjelasan terhadap kemusyikalan puan tentang tatabahasa:

1.  Ali menabung wang di dalam tabung.

  (Nota: Kata sendi di digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Dalam konteks ayat ini, tabung merujuk tempat untuk disimpan duit).

2.  Ali mengeluarkan wang daripada tabungnya.

   (Nota: Kata sendi daripada untuk menyatakan punca misalnya manusia, benda, haiwan dan unsur mujarad. Dalam konteks ayat ini, daripada merujuk punca benda, iaitu tabung).

3.  Yang dimaksudkan dengan "diterangkan" dan "menerangkan" ialah merujuk hukum D-M. Penjelasan hukum D-M bermaksud D(iterangkan) dan M(enerangkan). Unsur yang diterangkan itu merupakan unsur inti yang hadir pada kedudukan pertama dan unsur menerangkan merupakan unsur penerang yang hadir pada kedudukan kedua.  Contoh, Restoran Aminah, hari esok dan sebagainya. 

4.  Saya berasa senorok yang tidak terhingga.

Tatabahasa12.04.2009
“Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta bengkel.” Inilah ungkapan yang biasa kita gunakan. Mengapakah ada orang berkata ungkapan ini tidak tepat. Adakah kerana ungkapan “terima kasih” tidak boleh dibilang?Ungkapan ini boleh digunakan. "Ribuan terima kasih"  digunakan sebagai tanda penghargaan yang tidak terhingga yang diucapkan kepada peserta bengkel.Tatabahasa25.11.2009

Kembali ke atas