Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.ria/] | ترياق

Definisi : 1. teriakan; 2. Kd, Kl tangis; berteriak 1. berseru (memanggil dll) dgn suara yg keras dan nyaring, melaung, meme­kik: maka ~lah kawan bertanya, ‘Perahu dr mana ini?’; 2. Kd, Kl bp menangis; meneriak memanggil (menyeru, melaung) dgn suara yg keras dan nyaring: tiada berapa lama sampailah ia ke rumahnya, lalu Pak Pandir ~ Mak Andeh; meneriaki ark memanggil dgn berteriak; meneriakkan 1. menyerukan sesuatu dgn suara yg keras dan nyaring, melaungkan, me­me­kikkan: budak-budak berlarian ke kam­pung dan ke rumah ~ Nor sudah bebas; 2. menyerukan atau menawarkan (dgn ber­teriak): kedengaran suara penjaja itu ~ barang-barang dagangannya; 3. = meneriak-neriakkan menggembar-gemburkan (sesuatu fahaman dll), melaung-laungkan, mempropa-gandakan: semboyan yg diteriakkan dan ditulis oleh kaum Nazir terdapat di mana-mana; teriakan seruan dgn suara yg keras dan nya­ring (utk memanggil, menarik perhatian, dll), jeritan, laungan, pekikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.ria/] | ترياق

Definisi : , = teriakan seruan dgn suara yg keras dan nyaring kerana meminta tolong dll; jerit; pekik: Kedengaran ~ orang meminta tolong. berteriak berseru dgn suara yg keras dan nyaring; menjerit; melaung; memekik: Cuba lihat siapa yg ~ itu. meneriak menyeru dgn suara yg keras dan nyaring: Mak Munah ~ anaknya supaya pulang. meneriakkan memekikkan sesuatu dgn suara yg keras dan nyaring; menyerukan; melaungkan: Guru itu ~ perkataan yg kurang jelas kpd muridnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
teriak
Kata Terbitan : berteriak, meneriak, meneriakkan, meneriak-neriakkan, teriakan,

Puisi
 

Cincin perak di jari manis,
     Tiada contoh mata dua;
Jangan teriak jangan menangis,
     Tiada jodoh kita berdua.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Berdengking si tua memekik,
     mustahil akan menggigit jema.

Bermaksud :

Orang yang terlalu marah serta berteriak-teriak, biasanya tidak sampai mempergunakan tangan akan memukul. si tua = harimau; jema = orang.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Afifah........semasa ......dengan seekor ular di luar pagar rumahnya. A. berteriak...terpijak B.teriak.....bersua C.teriakan...bertembung D. meneriak....terlihat 2........,berani kamu bersemuka dengan Panglima Hitam yang garang itu! A. wah B.syabas c.amboi d.cisAyat pertama tiada jawapan dan ayat kedua jawapannya ialah A.Tatabahasa11.07.2012

Kembali ke atas