salam DBP, saya ingin bertanya tentang "terikat pada / kepada". Berdasarkan kata kerja "tertakluk", "tertakluk pada" digunakan dan bukannya "kepada", kerana "tertakluk" tidak menunjukkan aksi yang nyata. Contohnya: Hal ini tertakluk pada syarat-syarat tersebut. Jadi, bagaimanakah pula tentang kata kerja "terikat"? contoh: 1. Balu bererti seorang wanita telah kehilangan suami, maka dia tidak terikat pada / kepada suaminya lagi. 2. Perahu itu terikat pada / kepada tepi jeti. Saya juga berasa terkeliru dan ada percanggahan apabila melihat contoh-contoh dalam kamus laman web ini. Mohon tunjuk ajar, terima kasih. | Ayat yang betul adalah seperti yang berikut:1"> - Hal ini tertakluk pada syarat-syarat tersebut.1">
- Balu bererti seorang wanita telah kehilangan suami, maka dia tidak terikat kepada suaminya lagi.1">
- Perahu itu terikat pada tepi jeti.1">
| Tatabahasa | 21.01.2015 |
Bagaimanakah nak kelaskan morfem bebas dengan morfem terikat. Adakah apitan dikira 1 @ 2 morfem? Umpamaya perkataan ,'berperikemanusiaan' dikira sebanyak 4 morfem, adakah apitan 'ke...an' dianggap 1? | Morfem ialah satuan terkecil dalam bahasa yang mempunyai erti atau fungsi tertentu, seperti perkataan perumahan terdiri daripada satu morfem bebas iaitu perkataan rumah dan dua morfem terikat iaitu pe(r)- dan -an. Bagi perkataan berperikemanusiaan, terdapat lima morfem , iaitu ber- + peri + ke- + manusia + -an; dua morfem bebas, iaitu peri dan manusia serta tiga morfem terikat, iaitu ber-, ke- dan -an. | Tatabahasa | 20.05.2011 |
1. Mengapakah perkataan 'hartawan' dan 'perkahwinan' mengandungi dua morfem, iaitu:{harta}+{wan}, dan {per-...-an}+{kahwin}? Jelaskan. 2. Berapakah bilangan morfem yang terdapat dalam perkataan yang berikut? Nyatakan jenis morfem tersebut. Untuk morfem terikat, nyatakan jenisnya. (a) misalan (b) berterbangan (c) memperjuangkan (d) menterbalikkan; dan (e) kemeriahan | 1. Dalam buku Tatabahasa Dewan, morfem dibahagikan kepada dua iaitu bebas dan terikat. Harta dan kahwin ialah morfem bebas dan hartawan serta perkahwinan ialah morfem terikat. Morfem terikat mengandungi dua morfem. Terdapat perbezaan antara morfem dengan perkataan. Perkataan ialah bentuk bebas dan boleh menerima awalan, akhiran dan apitan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 43, 44 535, 596 dan lain-lain. 2. Misalan, berterbangan, memperjuangkan, menterbalikkan dan kemeriahan ialah contoh morfem terikat dan terdiri daripada dua morfem. | Tatabahasa | 27.09.2012 |
1. Mengapakah dalam buku Tatabahasa Dewan menyatakan bahawa kata terbitan yang menerima imbuhan apitan terdiri daripada 3 morfem, contohnya 'berkakikan' dikatakan terdiri daripada morfem ber+kaki+kan sedangkan jika diteliti imbuhan apitan beR-...-kan wujud sebagai 1 morfem. Oleh yang demikian saya inginkan kepastian bahawa adakah semua imbuhan apitan dikira sebagai 1 morfem ataupun 2 morfem? Sekian terima kasih. | Morfem ialah satuan terkecil dalam bahasa yang mempunyai erti atau fungsi tertentu, seperti perkataan perumahan terdiri daripada satu morfem bebas iaitu perkataan rumah dan dua morfem terikat iaitu pe(r)- dan -an. Bagi perkataan berperikemanusiaan, terdapat lima morfem , iaitu ber- + peri + ke- + manusia + -an; dua morfem bebas, iaitu peri dan manusia serta tiga morfem terikat, iaitu ber-, ke- dan -an. Semua imbuhan dikira satu morfem terikat kerana tidak dapat berdiri dengan sendiri dan tiada makna. Berkakikan mempunyai tiga morfem iaitu dua morfem terikat (ber dan kan) dan satu morfem bebas (kaki). | Tatabahasa | 11.01.2013 |
soalan 1.Huraikan definisi morfologi secara rinci. 2.Huraikan morfem bebas dan morfem terikat secara rinci. 3.Huraikan maksud sintaksis secara rinci. | Morfologi ialah kajian tentang pembentukan kata dalam sesuatu bahasa, termasuk infleksi, terbitan, dan pemajmukan; morfem ialah satuan terkecil dalam bahasa yang mempunyai erti atau fungsi tertentu: contohnya perkataan perumahan terdiri daripada satu morfem bebas iaitu perkataan rumah dan dua morfem terikat iaitu pe(r)- dan -an; dan sintaksis ialah kajian tentang susunan kata dalam ayat. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 29.04.2012 |
1. "Kenapa awak tak terbitkan buku lagi?" tanya Puan Ainon kepada Amira. Bukankah kata dasar "tanya" itu kata dasar terikat yang tidak mempunyai maksud? Oleh itu, kata "tanya" tidak boleh digunakan dalam ayat tersebut kerana taraf terikat kata itu. "Tanya" patut diterbitkan menjadi "bertanya" yang mempunyai maksud dan, oleh itu, bersifat bebas dalam ayat. Pada pandangan saya, ayat yang tepat: 2. "Kenapa awak tak terbitkan buku lagi?" Puan Ainon bertanya kepada Amira. atau 3. "Kenapa awak tak terbitkan buku lagi?" bertanya Puan Ainon kepada Amira. (ayat songsang) Apakah pandangan tuan? | Berdasarkan contoh ayat yang diberikan, kata dasar “tanya” lebih tepat dari segi tatabahasa. Sekiranya penulis ingin menggunakan kata terbitan “bertanya”, perkataan tersebut perlu menggunakan akhiran -kan serta diikuti kata penyambut, contohnya “bertanyakan soalan” kerana setiap kata kerja transitif memerlukan penyambut. Untuk makluman lanjut berkaitan penggunaan tatabahasa yang tepat dan betul, tuan boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.1"> | Tatabahasa | 19.06.2020 |
Soalan : 1.Bagaimanakah cara membezakan klausa bebas dan klausa terikat? 2.Ali memberitahu Abu bahawa adiknya sakit.(frasa manakah klausa bebas?apa alasannya? 3.Apakah beza homonim,homograf dan homofon? 4.Frasa..antara satu dengan/sama lain? 5.Ali menyatakan bahawa dirinya tidak sebijak Abu.Adakah frasa bahawa.....Abu itu dianggap objek?Adakah frasa'menyatakan' itu kata kerja transitif sedangkan tidak boleh dipasifkan? 6. Apakah maksud bilangan kardinal?adakah masih digunakan dalam linguistik? 7. Abu tidak pergi ke sekolah kerana sakit. Abu tidak pergi ke sekolah kerana beliau/dia sakit. Soalan :Adakah ayat pertama dianggap tidak gramatis kerana tergantung kerana tiada KGND beliau/dia? Bagaimana nak kenal pasti ayat yang tergantung atau pengguguran? 8.Apakah penjodoh bilangan yang sesuai bagi ekor lembu yang dipotong dari pangkalnya (sepanjang 1 meter barangkali)? 9.Kali pertama dianggap lewah,adakah frasa Mesyuarat Agung pertama kali itu lebih tepat? #Terima kasih atas khidmat nasihat DBP,semoga sama2 dapat memartabatkan bahasa ibunda kita.Insya-Allah. 6. | 1. Klausa bebas ialah klausa yang dapat berdiri sendiri dan bersifat sebagai ayat lengkap apabila diucapkan dengan intonasi yang sempurna. Klausa terikat/klausa tak bebas tidak dapat berdiri sendiri. Dalam ayat yang mengandungi klausa bebas dan klausa tak bebas, klausa bebas disebut klausa utama, contoh: Kamu pandai, manakala klausa tak bebas disebut klausa kecil, contoh: kerana kamu rajin belajar. 2. Ali memberitahu Abu ialah klausa bebas, manakala bahawa adiknya sakit ialah klausa terikat. Alasannya dijelaskan pada perkara 1. 3. Homonim ialah perkataan yang sama bunyi atau ejaannya dengan perkataan lain tetapi berbeza maknanya. Homograf ialah perkataan yang sama ejaannya dengan perkataan lain tetapi berbeza maknanya. Homofon ialah perkataan yang sama bunyi dengan perkataan lain tetapi berbeza maknanya. 4. Frasa yang betul ialah antara satu sama lain. 5. Frasa Ali tidak sebijak Abu ialah frasa bandingan. 6. Bilangan kardinal atau nombor kardinal ialah nombor yg menyatakan kuantiti mis 1, 2, 3... 7. Ayat tersebut gramatis kerana yang sakit itu merujuk Abu sahaja. Ayat yang lengkap perlu ada subjek dan predikat. 8. Penjodoh bilangan yang sesuai ialah batang. 9. Mesyuarat Agung Pertama sudah memadai. | Tatabahasa | 05.11.2011 |
Assalamualaikum Apakah terjemahan yang sesuai bagi: 1) Non-binding resolution 2) Honored Colleague Terima kasih | Waalaikumsalam WBT. Cadangan terjemahan kami, (1) Non-binding resolution - Penyelesaian Tidak Terikat (2) Honored Collegue - Felo Kehormat. | Penyemakan dan penterjemahan | 11.01.2016 |
Ayat seperti ayat (1) disalahkan oleh Dr. Asraf dalam buku tatabahasa beliau Petunjuk Bahasa Melayu Baku KBSM (1989) pada halaman ke-170: (1) Bangunan itu tertinggi. Penyalahan ini dilakukan kerana beliau mendakwa bahawa sifat yang berawalan ter- seperti "tertinggi" tidak dapat bekerja cerita sebaliknya perlu dibetulkan kepada "paling tinggi" seperti ayat (1) (a): (1) (a) Bangunan itu paling tinggi. Saya hendak menanyakan sebab penyalahan ayat (1)? Ayat 1 (a) memang tepat kerana bahagian kata penguat "paling" dan bahagian kata sifat "tinggi" dapat membentuk frasa sifat "paling tinggi" yang dapat bekerja cerita, tetapi mengapatah kata sifat "tertinggi" sendiri tidak dapat menjadi frasa sifat? Bukankah satu kata seperti "tertinggi" apabila menjadi cerita, memegang kuasa frasa, maka "tertinggi" bukan lagi kata, tetapi frasa kerana hanya frasa yang dapat bekerja benda dan cerita. Namun begitu, Dr. Asraf menyalahkan sifat ter- "tertinggi" yang bekerja cerita pula. Apakah alasan beliau? Penyalahan ini bukan sahaja ditunjukkan dalam buku Petunjuk Bahasa Melayu Baku KBSM, malah buku Dr. Asraf yang lain yang bertajuk tatabahasa SPM 4 & 5 Nexus Asasi keluaran Sasbadi, hasil kerjasama penulisan beliau dengan Dr. Supian Mohd. Noor dan Ramlah Razali pada halaman ke-111. Adakah Dr. Nik Safiah Karim dalam Tatabahasa Dewan juga mendakwa bahawa sifat yang berawalan ter- seperti tertinggi, tercantik tidak dapat bertugas cerita? | Tuan/puan, apakah yang dimaksudkan dengan "tidak dapat bertugas cerita"? Untuk makluman tuan/puan, DBP menggunakan buku Tatabahasa Dewan sebagai rujukan utama dalam menjawab pertanyaan bahasa. Untuk pertanyaan yang lebih lanjut, tuan/puan hendaklah mengemukakan pertanyaan kepada yang lebih arif yang tidak terikat dengan rujukan DBP atau melakukan penyelidikan. Harap maklum. | Tatabahasa | 27.12.2016 |
SAYA INGIN BERTANYA PERKATAAN :- 1. TATATERTIB DAN SALAH LAKU; ATAU 2. TATATERTIB DAN SALAHLAKU; MANA SATU YANG BETUL? SEANDAINYA SALAH LAKU 2 PERKATAAN KENAPA IA DUA PERKATAAN DAN BEGITU JUGA SEBALIKNYA. TERIMA KASIH. | Awalan tata merupakan bentuk terikat dan oleh yang demikian dieja bersambung dengan kata yang mengikutinya. Kata salah dan laku merupakan kata tunggal yang boleh berdiri sendiri dan apabila membentuk rangkai kata salah laku perkataan ini dieja sebagai dua perkataan. | Ejaan | 24.10.2008 |