Maklumat Kata
Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
|
Tesaurus |
---|
| ikat (kata nama) | 1. Dalam konteks alat bersinonim dengan tali, benang, kain,
2. Bersinonim dengan berkas: kumpulan, gabungan,
| Kata Terbitan : berikat, mengikat, terikat, ikatan, perikatan, pengikatan, pengikat, |
|
|
Khidmat Nasihat
Banyak kenyataan yang saya jumpa mengatakan kata ganti nama ku- dan kau- ditulis serangkai dengan kata yang mengikutinya. Persoalan saya, bilakah penggunaan kau- dan ku- boleh dijarakkan selain adanya kata sendi nama yang mengikutinya. Adakah ia perlu dirapatkan jika kata yang mengikutinya itu sama ada kata bantu, kata nafi, kata nama, kata pemeri dan sebagainya. Mohon pencerahan dari pihak DBP berkenaan persoalan yang dikemukakan. | Kata ganti nama ku dan kau ditulis serangkai dengan kata yang mengikutinya; ku, mu, dan nya ditulis serangkai dengan kata yang mendahuluinya. Kata ganti nama diri kau ialah kependekan engkau, digunakan sebagai awalan yang terikat dengan kata kerja pasif maka itu ditulis bercantum contohnya: kaubacalah buku ini. Kata ganti nama diri ku ialah kependekan aku dan digunakan juga sebagai awalan yang terikat dengan kata kerja pasif atau kata yang mendahuluinya, contohnya kulihat, kudengar, rumahku, menemaniku dan lain-lain. Bagi kata ganti nama diri mu pula (kependekan kamu), digunakan sebagai akhiran yang terikat dengan kata yang mendahuluinya, contohnya kepadamu, bukumu, menyayangimu dan lain-lain. | Tatabahasa | 07.04.2015 |
apakah bezanya bumiputera dng melayu | Kamus Dewan menakrifkan bumiputera ialah anak tulen dari sesebuah negara; atau disebut juga peribumi. Manakala Melayu ialah nama suatu bangsa dan bahasa (terutama di Semenanjung Malaysia); masuk ~ a) mengikut cara hidup orang Melayu; b) masuk Islam; memelayukan menterjemahkan ke dlm bahasa Melayu, menjadikan bersifat atau menunjukkan ciri-ciri bahasa Melayu: ~ isti-lah ilmiah; kemelayuan ciri atau sifat yg memperlihatkan keperibadian orang Melayu: suasana kampung yg masih terikat erat dgn tradisi dan adat-istiadat ~nya; golongan yg mahu unsur ~ diutamakan; pemelayuan perihal (perbuatan dsb) memelayukan: ~ istilah. Walau bagaimanpun untuk aspek yang lebih teknikal saudara perlu merujuk sumber yang sahih seperti Perlembagaan Persekutuan untuk memperincikan maksud bumiputera dan Melayu. | Tatabahasa | 28.11.2012 |
Kembali ke atas
Thanks for clicking. That felt good.
Close