Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
terima
Kata Terbitan : menerima, penerimaan, penerima,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. 1. Di sini bermula sejarah pewaris........ 2. Di sinilah bermula sejarah pewaris...... Ayat pertana dan ayat kedua, yang mana satu betul tentang penggunaan partikel lah? Terima kasih.Partikel -lah atau kata penegas berfungsi untuk memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Jika hendak diberi penekanan maka partikel -lah boleh digunakan dan sebaliknya jika ditiadakan ayat tersebut masih lengkap. Oleh itu, partikel -lah boleh ada atau tiada dalam ayat. Penggunaan kata perlu/perlulah, mesti/mestilah, di sini/di sinilah dan hendak/hendaklah dibolehkan asalkan bersesuaian dengan konteks ayat yang digunakan.Tatabahasa22.04.2013
Salam sejahtera, Perkataan ada jika diikuti dengan lah; haruskah ianya dicantumkan? Contoh ayat: A: Kau yang melakukannya? B: Tak adalah / Tak ada lah. Terima kasih!Kata penegas atau disebut juga partikel -lah ditulis bersambung dengan kata sebelumnya. Contoh: inilah. mungkinlahEjaan24.07.2020
Salam sejahtera, Yang mana betul : Siti Nurhalizalah atau Siti Nurhaliza lah / YouTubelah atau YouTube lah. Bolehkah lah dicantumkan kepada kata nama khas/slanga/dan lain-lain jenis perkataaan? Sekian, terima kasih!Penggunaan perkataan yang betul ialah Siti Nurhalizalah/YouTubelah. Partikel "lah" boleh digunakan pada kata nama khas dan slanga mengikut kesesuaian konteks yang digunakan.Ejaan16.11.2020
Salam sejahtera! Dari sudut dialog...."dah lah tu...jangan bersedih lagi." Adakah dah dicantumkan/dipisahkan dengan lah -> dahlah atau dah lah? Sekian terima kasih!Ejaan yang betul ialah "dahlah".Lain-lain11.11.2021
Salam sejahtera, Bagi ayat dialog ini: "tak ada lah" -> Haruskah lah dicantumkan kupada perkataan "ada" atau dipisahkan? Sekian, terima kasih!

lah” perlu dieja bercantum dengan perkataan “ada”.

Lain-lain21.03.2022
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Bagaimana dengan penggunaan perkataan 'lah'. Dijarakkan atau dirapatkan? Contoh : bosanlah atau bosan lah Sekian, terima kasih.Kata penegas atau disebut juga partikel seperti -kah, -lah dan -tah ditulis bersambung dengan kata sebelumnya; contohnya siapakah, itulah dan apatah.Tatabahasa13.12.2014
Salam, 1. Untuk partikel 'lah' 'kan' bertemu dengan kependekan, misalnya 'tu' 'ni'; partikel tersebut harus a) disambungkan contoh, 'nilah', 'tulah', 'tukan' kemudian kata tersebut diitalikkan @ tidak? ATAU b) ni lah, tu lah, tu kan ditulis seperti ini? 2. Negeri Bawah Bayu, Negeri Matahari Terbit --> setiap panggal kata ditulis dengan huruf besar atau huruf kecil - terima kasih -

1. Dieja bersambung dan tidak italik. Walau bagaimanapun, yang lebih gramatis perlu ditulis penuh, contohnya itulah, inilah.  

2. Perlu ditulis dengan huruf besar.

Tatabahasa01.10.2010
ayat tanya yang meliputi partikel -kah dan -lah..apa fungsinya.. terima kasih

Partikel lah  digunakan untuk menegaskan kata yang mendahuluinya serta terikat dengannya. Contohnya, Makanlah kuih itu. Partikel kah pula merupakan penegas untuk mementingkan predikat dalam ayat tanya. Contohnya, Bukankah hari ini hari ulang tahunnya?

Tatabahasa31.03.2010
Berkenaan penggunaan partikel "-lah", adakah penggunaannya wujud untuk penulisan formal? Atau penggunaannya lebih hanya untuk penulisan tidak formal. Terima kasih.Penggunaan kata penegas lah ialah partikel atau kata tugas yg digunakan untuk menegaskan kata yang mendahuluinya serta terikat dengannya.Penggunaan partikel lah wujud dalam penulisan formal.

Contoh;
Makanlah kuih itu. Janganlah kamu berasa segan.
Tatabahasa10.01.2013
Salam sejahtera masitah, Soalan : Berkenaan penggunaan partikel "-lah", adakah penggunaannya wujud untuk penulisan formal? Atau penggunaannya lebih hanya untuk penulisan tidak formal. Terima kasih. Jawapan : Penggunaan kata penegas lah ialah partikel atau kata tugas yg digunakan untuk menegaskan kata yang mendahuluinya serta terikat dengannya.Penggunaan partikel lah wujud dalam penulisan formal. Contoh; Makanlah kuih itu. Janganlah kamu berasa segan. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Khidmat Nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka. Dalam jawapan di atas, contoh yang diberikan merujuk kepada perbualan. Contoh lain yang dapat saya fikirkan ialah seperti berikut: -Tidurlah wahai anakku -Belilah perisian yang original -Sayulah hatinya mengenangkan nasib yang menimpa keluarganya. -Marilah pergi mengundi -Terimalah hadiah ini Adakah perbualan dan penulisan kreatif dianggap penulisan formal. Pada pemahaman saya, penulisan formal seperti menulis surat rasmi atau laporan. Harap dapat maklum balas dengan kadar segera.Penulisan formal seperti surat rasmi dan laporan juga terdapat penggunaan partikel lah. Misalnya perkataan "hendaklah" yang lazim digunakan dalam surat rasmi mahupun pekeliling rasmi.Tatabahasa15.01.2013
123456

Kembali ke atas