Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : menerima pakai mengambil atau menerima sesuatu (idea, keputusan, peraturan, kaedah dsb) dan menggunakannya atau melaksanakannya utk tujuan tertentu: tujuh buah negeri telah bersetuju utk ~ Enakmen Pentadbiran dan Hukum Islam; konsep tersebut turut diterima pakai oleh sektor swasta. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
terima
Kata Terbitan : menerima, penerimaan, penerima,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam tuan, Saya kemukakan beberapa rangkaim kata seperti berikut: guna pakai terima pakai pendingin hawa penghawa dingin Soalan saya: 1. yang manakah yang tepat bagi rangkai kata yang berkenaan 2. Adakah apa-apa formula yang memudahkan pelajar bagi menjawab masalah yang timbul seperti maklumat di atas

Encik Mahayuddin,

Rangkai kata yang tepat ialah guna pakai, terima pakai dan pendingin hawa. Memang setakat ini tidak ada formula yang digunakan walau bagaimanapun kita mesti memahami hukum DM - diterang yang menerangkan dan sedikit ilmu terjemahan.

Tatabahasa05.10.2010
Perkataan-perkataan berikut adakah dieja rapat atau jarak? 1. Dipindahmilik/Memindahmilik atau Dipindah milik/Memindah milik 2. Ditandatangani/Menandatangani atau Ditanda tangani/Menanda tangani 3. Digunapakai/Menggunapakai atau Diguna pakai/Mengguna pakai Terima kasih.

Ejaan yang betul ialah: 1. Dipindah milik/Memindah milik  2. Ditandatangani/Menandatangani  3. Diguna pakai/ Mengguna pakai

Ejaan17.01.2011
Saya ingin mendapat kepastian samada menerimapakai atau menerima pakai Terima kasihIstilah yang betul ialah menerima pakai yang ditulis terpisah sebagai dua perkataan.Istilah18.08.2009
BISNESS DAN SMEISTILAH BISNES TIDAK DITERIMA SEBAGAI PADANAN BAHASA MELAYU UNTUK BUSINESS. ISTILAH BAHASA MELAYU YANG DITERIMA IALAH PERNIAGAAN. PENGGUNAAN ISTILAH BISNES DALAM MEDIA CETAK, MEDIA MASSA DAN SEBAGAINYA ADALAH DI LUAR BIDANG KUASA DBP DAN MEREKA TIDAK MEMINTA KHIDMAT NASIHAT DBP. SEKIRANYA PERKATAAN ITU DIGUNAKAN UNTUK TUJUAN PENGIKLANAN (PAPAN TANDA, GEGANTUNG, SEPANDUK DAN SEBAGAINYA) DI KUALA LUMPUR, PERLU MENDAPAT PENGESAHAN DBP, KERANA DBKL TIDAK AKAN MELULUSKAN BAHAN IKLAN TERSEBUT SELAGI TIDAK DISAHKAN OLEH DBP. WALAU BAGAIMANAPUN, SEKIRANYA ISTILAH BISNES IALAH CAP DAGANG, BOLEH DIGUNAKAN DI MANA-MANA SAHAJA. ISTILAH INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS) TELAH LAMA DI TERIMA PAKAI DAN TELAH MANTAP PENGGUNAANYA. SME IALAH SINGKATAN BAHASA INGGERIS DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN.Istilah07.03.2011
Adakah ada perkataan "diguna pakai" dalam bahasa Malaysia dan adakah boleh digunakan dalam ayat berikut : Sistem tersebut telah diguna pakai oleh agensi perhutanan untuk tujuan pemantauan perubahan hutan. Terima kasih.Perkataan yang betul ialah diterima pakai, Sistem tersebut telah diterima pakai oleh agensi perhutanan untuk tujuan pemantauan perubahan hutan.Tatabahasa21.09.2012
tuan/puan bagi perkataan kuat kuasa dan guna pakai jika ditambah imbuhan awalan , apitan ejaan bagi perkataan tersebut adakah terpisah atau tidak? contoh: dikuatkuasakan berkuatkuasa, diguna pakai, menggunapakai. terima kasih.Pada asalnya kata majmuk dieja dua perkataan seperti kuat kuasa dan kemas kini. Apabila menerima awalan atau akhiran kata majmuk masih deja dua perkataan seperti berkuat kuasa dan dikemas kini. Namun apabila kata majmuk menerima apitan sama ada apitan ke-...-an atau pe-...-an barulah dieja satu perkataan seperti dikuatkuasakan dan pengemaskinian.Ejaan06.06.2012
Salam Sejahtera, Tuan, Bagaimanakah untuk membezakan penggunaan antara kata seru "amboi" dan "wah"? Adakan kedua-duanya boleh diganti pakai? Terima Kasih

Sdr. Andrew, terima kasih kerana menghubungi KNBDB

Amboi membawa makna kata utk menyatakan rasa hairan (kasihan dll) atau utk mengusik seseorang: ~, lajunya kereta ini!; ~, cantik sungguh awak hari ini! manakala

wah membawa makna utk menyatakan kehairanan (terkejut, kagum, dll): ~, dahsyat sungguh!; ~, bukan main banyaknya wang masuk!

Kadang kala kedua-dua perkataan ini sering ditukar ganti dalam penggunaannya walaupun memang terdapat sedikit kelainan. Terima kasih

Makna29.08.2009
Terima kasih atas jawapan yang diberi kepada soalan-soalan sebelum ini. Namun demikian, saya masih ingin mendapatkan kepastian sama ada kedua-dua ungkapan, 'Tahun Baharu', dan 'Tahun Baru' memang boleh diterima pakai? Terima kasih.Kedua-dua frasa Tahun Baharu dan Tahun Baru boleh digunakan.Tatabahasa26.06.2008
Apakah terjemahan 'stakeholders' di dalam bahasa melayu? Stakeholders di sini bermaksud pihak-pihak yang terlibat di dalam menjayakan sesebuah perniagaan seperti pelanggan, kakitangan, pemegang saham, pembekal dan masyarakat di sekeliling. Saya menterjemahkannya sebagai 'Rakan-rakan niaga'. Adakah terjemahan ini boleh diterima pakai? Terima kasih.

Encik Rusman,

Kamus Inggeris - Melayu  Dewan menterjemahkan  secara harfiah  dalam bahasa Melayu kata stakeholder (leg.) pemegang amanah harta/pemegang saham. Walau bagaimanapun, stakeholders yang dimaksudkan oleh tuan dalam  konteks perniagaan/ekonomi, iaitu "pihak berkepentingan"  dalam sesebuah syarikat atau organisasi sama ada yang terlibat secara langsung atau sebaliknya. Oleh itu. cadangan tuan "Rakan Niaga" tidak dapat diguna pakai dalam konteks ini kerana membawa maksud atau interpretasi yang berbeza. Kami mengucapkan terima kasih atas cadangan istilah ini.

Istilah30.03.2009
Salam sejahtera. 'dari sudut' pandang 'dari segi. pendapatan merujuk kepada ungkapan di atas dalam keadaan yang macam mana kita boleh mengguna pakai 'dari sudut...' dan konteks macam mana kita boleh mengguna pakai 'dari segi...' ? terima kasih

Antara maksud sudut termasuklah pokok atau dasar pandangan (penelitian, penyelidikan, dan sebagainya),  arah pandangan, atau segi; manakala segi dikiaskan kepada pandangan terhadap sesuatu atau disebut sebagai sudut pandang. Berdasarkan huraian tersebut, frasa yang betul ialah 'dari sudut pandang'. Frasa 'dari segi' lebih kepada aspek atau bahagian yang diberikan perhatian, seperti 'dari aspek fizikal'.

Tatabahasa03.04.2011
123456789

Kembali ke atas