Ummi Fahreey Fieeyras Assalamualaikum. Saya teringin mahu bekerja di DBP. Pernah buat latihan praktikum 3 bln disana. Kemudian m0h0n kerja disana, tetapi rezeki saya di bidang pendidikan. Bagaimana ya sy mahu buat perm0h0nan? Layakkah saya? | Salam, Sekiranya terdapat keperluan untuk mengisi sesuatu jawatan kosong, kami akan mengiklankannya melalui akhbar utama berbahasa Melayu iaitu akhbar Mingguan Malaysia dan juga disiarkan melalui laman sesawang DBP. Sdr. boleh menyemak iklan tersebut dan sekiranya berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan sdr. bolehlah menghantar borang permohonan. Terbaharu, permohonan perlu melalui SPA dengan mengisi borang Pendaftaran Pekerjaan dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i). | Lain-lain | 29.05.2014 |
cam ne nak buat sajak sy teringin nak memahami maksud sajak yang berbahasa kiasan penuh dengan pesonafikasi | Assalamualaikum wbk. Sdr. dicadangkan merujuk dan menghayati buku Panduan Menulis Sajak (terbitan DBP) karya Rahman Shaari. Dalam hal ini juga, sdr. digalakkan membaca puisi karya penulis lain terutama karya yang memenangi hadiah sastera, rajin mengikuti bengkel penulisan puisi serta banyakkan berkarya. Mudah-mudahan sdr. akan berjaya menjadi penulis/penyair yang baik. Sekian, teriama kasih. | Lain-lain | 11.10.2008 |
yearning | Saudara, Tiada soalan dikemukakan. Walau bagaimanapun, makna yearning ialah : ~ for st, yearn for st, teringin: the woman ~ed for a house of her own, perempuan itu teringin memiliki rumahnya sendiri. | | | |
| Lain-lain | 06.08.2010 |
Tuan/Puan, Mohon nasihat bagi ayat berikut: Inginkan RM5000? Tanya kami mengenai SA(nama produk). 1. Inginkan atau Ingin 2. mengenai - boleh digunakan atau ada perkataan lain yang lebih sesuai Terima kasih. | Sdr faisal, Ayat yang betul dari segi tatabahasa bahasa Melayu adalah seperti yang berikut: 1. Ingin RM5000. ingin (kata kerja)Bersinonim dengan mahu, berhasrat, berhajat, bercita-cita, berangan-angan;, Kata Terbitan : mengingini, menginginkan, teringin')">teringin, keinginan, berkeinginan 2. Kata sendi tentang digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan sesuatu atau mujarad. kata sendi tentang sering juga digantikan penggunaannya dengan bentuk mengenai. Perlu diingat bahawa perkataan mengenai sebenarnya tergolong sebagai kata kerja yang membawa maksud kena pada. Contoh penggunaannya adalah seperti yang berikut: (i) Kata-kata caciannya itu mengenai dirinya sendiri. | Tatabahasa | 25.02.2009 |
Saya rasa seronok dan mahu ucap tahniah kerana mewujudkan suatu perkataan baharu khusus untuk bahasa Melayu seperti selfie kepada swafoto. Saya teringin nak melihat suatu perkataan khusus peraturan-peraturan dalam permainan dan sukan khususnya bola sepak yang saban hari kita main, melihat dan tonton. Saya mencari perkataan bahasa Melayu untuk offside dan foul, tetapi yang saya jumpa ialah ofsaid dan faul. Saya mohon ada perkataan baharu untuk bahasa kita yang merupakan jiwa dan identiti kita. Tidak perlu yang panjang, contoh anak dara tua jadi andartu. Atau apa-apa perkataan yang mudah disebut yang semestinya pihak DBP lebih mahir dalam bidang ini. Semoga dapat dipertimbangkan dan dapat memartabatkan lagi kedudukan bahasa Melayu di peringkat antarabangsa. Sekian. | Istilah ofsaid dan faul ialah istilah yang rasmi dalam bidang sukan. Walau bagaimanapun, cadangan tuan akan kami kemukakan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk dipertimbangkan. | Istilah | 12.02.2017 |
Salam sejahtera dan salam perpaduan diucapkan, saya seprang pelajar dari unimas. Saya amat berminat untuk mengarang esei mahupun cerpen pendek...saya juga teringin untuk menghasilkaan artikel-artikel yang dapat dikongsi kepada yang lain melalui hasil penulisan saya. Bolehkah tuan/puan mencadangkan kepada saya, di mana saya dapat menghantar artikel-artikel yang dikarang oleh saya atau dapatkah membuatnya sebagai kerja sambilan sambil belajar...saya turut boleh mengarang sesuatu artikel mengikut tajuk yang diberikan kepada saya...motif utama adalah untuk memperutuhkan penggunaan bahasa melayu saya dengan lebih mendalam lagi...diharapkan agar tuan/puan dapat memberikan respon terhadap soalan yang telah saya utarakan...sekian, terima kasih. | Salam sejahtera kepada saudari, Berkaitan dengan pertanyaan saudari tersebut, KNB mencadangkan saudari merujuk majalah-majalah yang diterbitkan oleh DBP. Untuk makluman saudari, DBP setiap bulan menerbitkan pelbagai majalah dalam pelbagai bidang antara Dewan Masyarakat, Dewan Bahasa, Dewan Budaya, Dewan Ekonomi, Dewan Kosmik, Dewan Siswa, Pelita Bahasa, dan lain-lain. Dalam seperti majalah tersebut, ada disediakan surat atau pendapat daripada pembaca. Justeru, saudari boleh memanfaatkan ruangan-ruangan tersebut untuk menghantar setiap hasil tulisan saudari yang berkaitan. Untuk penulisan kreatif pula seperti cerpen dan puisi, saudari boleh menghantar karya ke majalah Tunas Cipta dan Dewan Sastera. Untuk mendapat alamat setiap majalah tersebut, saudari boleh merujuk di laman internet DBP. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 21.02.2010 |
Salam sejahtera. Setahu saya, apabila suatu kata adjektif itu telah menggunakan imbuhan teR-, maka kata penguat sekali dan paling tidak perlu lagi. Dalam contoh berikut: "Aku teringin benar balik ke rumah.", adakah penggunaan kata penguat dalam ayat ini betul? Sekian, terima kasih. | Ayat tersebut betul dan boleh digunakan. | Lain-lain | 08.07.2010 |
http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=dies&d=139128LIHATSINI dies1 ~ hard, (of custom, belief, etc) sukar ditinggalkan: old habits ~ hard, sst yg menjadi kebiasaan sukar ditinggalkan; ~ in o’s bed, mati kumlah; ~ in /harness, o’s boots/, meninggal semasa masih bekerja: he refused to retire and later ~d in his boots, dia enggan bersara dan kemudiannya meninggal semasa masih bekerja; ~ in the last ditch, berjuang mati-matian; ~ laughing, (exaggeration) /ketawa, gelak/ setengah mati; /could have, nearly / ~d, (colloq) rasa macam nak mati: when he read out my letter in front of the class, I nearly ~d, apabila dia membaca surat saya di hadapan kelas, saya rasa macam nak mati; never say ~, jangan berputus asa; be dying of, sangat: I am dying of hunger, saya sangat lapar; be dying /for, to do/ st, teringin sangat hendak + approp v: he’s dying for a cigarette, dia teringin sangat hendak merokok; (Tatabahasa di sini adalah salah.) | Soalan tidak difahami. Sila kemukakan soalan yang jelas, ringkas dan mudah difahami. | Lain-lain | 23.04.2020 |
Umu Aimi Mar 3rd, 12:16pm assalamualaikum.. nama saya Aimi. maaf kalau saya mengganggu masa Tuan. Baru-baru ni saya hadir program majlis wacana ilmu di smk seremban jaya . saya tertarik dengan ucapan dari Datuk Dr haji Awang sendiri, mengenai keadaan bahasa kita sekarang . jadi saya berminat untuk mengetahui lebih lanjut mngenai program DBP dan kalau berkesempatan saya teringin juga nak menyumbang sedikit tenaga untuk menggerakkan bahasa melayu . saya harap DBP sudi menerima dan mengajar saya yang tak seberapa ni. sekarang ni saya tengah rancang dengan kawan-kawan alumnai sekolah saya untuk buat satu program pemantapan bahasa melayu. kalau Tuan ada masa yang lapang saya harap pihak Tuan dapat kongsi sedikit tips atau apa-apa cadangan supaya program yang kami nak jalankan ini mantap. maaf kalau bahasa yang saya guna agak kasar atau tidak sesuai dan harap Tuan dapat tegur kesalahan saya. terima kasih . assalamualaikum w.b.t | Untuk makluman tuan, DBP akan menguar-uarkan kegiatan kebahasaan dan kesusasteraan melalui laman web kami. Tuan boleh mengambil bahagian dan bersama-sama kami dalam kegiatan yang sesuai. Sebarang pertanyaan boleh hubungi, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat, TUan Haji Razali Che Mat di talian 03-21479000 atau e-mel razali3@dbp.gov.my. | Lain-lain | 03.03.2015 |